
Berpantang maut sebelum ajal, demikian yang boleh diungkapkan dengan wanita ini. Melihatkan rupa keretanya mungkin ramai menyangka, pemandunya sudah tiada lagi. Namun Allah masih mengasihinya.
Tarikh 23 Mac yang lalu pasti menjadi detik yang sukar untuk dilupakan oleh Farah Amirah lebih mesra dengan panggilan(Famie). Dia yang memandu sebuah kereta Perodua Bezza terlibat dengan kemalangan arah Bulatan kemajuan ke Bulatan Selangor, Seksyen 15 berhampiran Kompleks Media Karangkraf .
Dalam kejadian tersebut, pemandu sebuah lagi kenderaan maut di tempat kejadian manakala Famie dikejarkan ke Hospital Shah Alam. Famie mengalami Kecederaan di bahagian kepala dan bahagian kaki(lutut dan peha) Kepala berjahit dan 3 kali menjalani pembedahan bahagian kaki.
“Dalam tempoh seminggu, ‘mimpi ngeri’ itu bertukar menjadi kenangan yang tidak dapat saya lupakan sampai bila-bila,” Demikian luahan Famie yang terpaksa melangsungkan pernikahan di atas “stretcher”.
Kakitangan Islamic Relief Malaysia (IRM) memberitahu, terpaksa meneruskan majlis tersebut kerana kad undangan telah diedarkan kepada tetamu.
Sementara menunggu proses untuk keluar daripada hospital dan Ambulans, Famie bersiap dengan berbaju pengantin, berinai di Hospital. Famie yang dibawa keluar hospital Pantai Klang menggunakan ambulan dan berada di atas ‘stretcher’, tetap gembira ketika melangsungkan akad nikah kerana dapat memenuhi impian dan harapan keluarga.
“Dalam tempoh mendapatkan rawatan di hospital saya hanya berdoa untuk diberi kekuatan bagi meneruskan majlis pernikahan yang sudah dirancang.
“Ketika kejadian memang saya tak sedar, dan tak percayapun saya boleh selamat apabila melihat gambar kedua-dua kereta remuk teruk.
“Bagaimanapun, saya bersyukur kerana terselamat dan dapat meneruskan hari bersejarah kami walaupun terpaksa berada di atas katil,” katanya.
Sumber: Sinar harian & Famie Amirah
Apabila Cuaca Sejuk, Selsema Teruk, Masalah Sinus Dan Sakit Tekak Mesti Telinga Jadi Tak Dengar. Doktor Ini Ada Jawapannya

Mengapa apabila cuaca sejuk, selsema yang teruk, masalah sinus dan sakit tekak mesti telinga menjadi tak dengar? Pernah tak anda alami masalah seperti ini? Pernah terfikir sebab-sebabnya?
Cuma lihat gambar di bawah. Eustachian tube merupakan saluran penting yang menghubung telinga tengah ke bahagian belakang hidung. Lazimnya ia akan tertutup. Ia hanya terbuka ketika kita mengunyah, makan dan menguap. Ini membolehkan udara menghala ke ruang telinga tengah dan membenarkan sebarang cairan daripada telinga tengah mengalir ke belakang hidung.
Apa berlaku ketika cuaca sejuk atau kita mengalami selsema teruk? Kenapa telinga menjadi seperti ‘block’ dan rasa tertutup?
Apabila jangkitan pada tekak dan hidung berlaku, atau ketika cuaca sejuk, pembengkakan bukaan eustachian tube atau pengumpulan mukus di kawasan ini akan menghalang daripada udara untuk bergerak ke bahagian telinga tengah. Ini menyebabkan tekanan udara di bahagian telinga tengah lebih rendah berbanding telinga bahagian luar. Gegendang telinga ‘struktur yang memisahkan telinga luar dan telinga tengah’ akan tertarik ke bahagian dalam. Ini mengakibatkan pesakit mengalami sakit pada telinga! Keadaan ini juga menyebabkan getaran pada gegendang telinga tidak berlaku seperti normal. Pendengaran pesakit juga akan terjejas!
Siapa yang lebih berisiko untuk mengalami masalah ini?
1. Obesiti boleh meningkatkan risiko anda kerana pengumpulan lemak boleh berlaku di sekitar tiub eustachian.
2. Merokok boleh merosakkan rerambut pelindung di telinga tengah, yang dipanggil silia, dan meningkatkan risiko lendir untuk terkumpul.
3. Pesakit yang mempunyai alahan dan masalah sinus akan mengalami lebih banyak lendir pada bukan eustachian tube, yang membawa kepada peningkatan risiko masalah ini.
4. Kanak-kanak. Eustachian tube mereka lebih pendek daripada orang dewasa. Ini menyebabkan lebih mudah untuk kuman merebak ke telinga tengah dan cecair juga lebih mudah terperangkap di sana. Juga, sistem imun kanak-kanak tidak berkembang sepenuhnya. Ini menjadikannya lebih sukar bagi mereka untuk melawan jangkitan.
Kesemua masalah ini akan sembuh antara kira-kira seminggu atau dua minggu setelah masalah hidung anda selesai. Dapatkan pemeriksaan doktor jika anda mengalami masalah ini. Kami akan bantu.
Jika anda rasa tulisan ini bermanfaat, #kongsi kepada orang yang anda sayang. Moga lebih ramai mendapat manfaat.
Sumber: Dr. Ezairy M.Sallih
Doktor telinga, hidung & tekak
Bagaimana pula telinga jadi sakit dan tak dengar ketika turun daripada flight? Pernah rasa kan?
Viral Jual Nasi Lemak RM1, Bang Sudu Cuti Seminggu & Kini Selamat Bernikah!

Berniaga nasi lemak dengan harga RM1, pemuda yang mesra dengan panggilan Bang Sudu ini pernah viral malah lebih dikenali kesan daripada impak kehadiran selebriti media sosial, Khairul Aming yang sudi mencuba makanan jualannya.
Nyata rezeki tidak pernah salah alamat, perniagaan yang dijalankan mendapat sambutan ramai hingga membuatkan ramai yang sanggup beratur panjang dan baru-baru ini berkongsi berita gembira menerusi video di aplikasi TikTok.
Bang Sudu atau nama sebenarnya Muhammad Fazrie Haiqal Faizal dilihat telah selamat disatukan bersama dengan wanita pilihan hatinya, ‘Atirah Izlan di dalam satu majlis pernikahan yang berlangsung dengan penuh meriah.
Rakaman berdurasi lebih satu minit itu juga turut memaparkan momen bahagia sewaktu mereka menjalin hubungan cinta enam tahun lalu sehingga diijabkabulkan sebagai suami isteri pada 3 Jun yang lalu.
Sementara meninjau di instagram @atirahizlan turut berkongsi sekeping gambar pernikahan mereka serta mendedikasikan coretan istimewa buat suaminya.
“Dengan sekali lafaz, syurga yang dulunya ada pada mama, kini bertukar kepada suami. Sayang, i might not be the best. But im trying my best to be the best version of myself. Ketahuilah diri ini tidak sempurna.
“6 tahun berkawan membuatkan kita mengambil keputusan untuk bersama selamanya. Mungkin selama perkenalan kita, diri ini terlihat sempurna membuatkan kau mengambil keputusan untuk bersamaku.
“Tapi mungkin selepas ini segala kekurangan akan terlihat selepas tinggal bersama. Maafkan aku andai ada kekurangan selepas ini. Terima kasih kerana memilih diri ini.
“Bimbinglah isterimu ini. Tegurlah andai ada salah diri ini. Semoga kita dapat melengkapi satu sama lain. Memenuhi kekurangan diri ini dengan kelebihan dirimu. Dan begitulah sebaliknya,” tulisnya.
“Bimbinglah isterimu ini. Tegurlah andai ada salah diri ini. Semoga kita dapat melengkapi satu sama lain. Memenuhi kekurangan diri ini dengan kelebihan dirimu. Dan begitulah sebaliknya,” tulisnya.
‘Atirah berkata, tiada hadiah istimewa buat suami tercinta sempena ulang tahun kelahiran hari ini sebaliknya menyedari bahawa dia kini memikul tanggungjawab berat sebagai isteri.
“4 Jun, masuk hari kedua bergelar isteri. Maaf, tiada hadiah untuk tahun ini pada hari istimewamu. Tapi percayalah sayang akan janji ini, selepas terlafaznya akad itu, aku sedar akan besarnya tanggungjawab menjadi isteri itu.
Ada maruah yang harus aku jaga. Kalau dulu aku bebas untuk buat apa sahaja, kini namamu harus aku jaga. Izin mu harus diminta dalam apa sahaja. Ya, diri ini tidak sempurna.
Tapi seusai akad dilafaz olehmu, aku janji akan cuba jadi yang terbaik semampuku. Bantu aku untuk sempurnakan kekurangan ini. Jangan pernah mengalah untuk kita. Selamat ulang tahun, suamiku,” katanya lagi.
Baca artikel menarik lain di sini:
- “Bijaknya Adik Ni…”-Warganet Tumpang Bangga, Senang Je Jawab Beza Pemimpin Tempatan & Eropah!
- “Abang Sentiasa Buat Saya Rasa Dihargai ..”-Coretan Isteri Reda Permergian Suami, Undang Sayu!
- Kuih Telaga Emas, Rupa Cantik Rasa Pun Sedap. Ni Resipi Boleh Cuba Buat!
Bisnes tutup seminggu sebab kahwin
Terdahulu turut dikongsikan info kepada pelanggan setianya mengenai penutupan operasi jualan nasi lemak selama seminggu kerana cuti kahwin. Dikesempatan itu juga Bang Sudu turut menitipkan permohonan maaf jika ada yang selama ini beratur panjang untuk mendapatkan nasi lemak jualannya.
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Garam Masakan Bukan Je Nak Bagi Rasa Hidangan, Tapi Dr Ni Jelaskan Perbezaan Garam Untuk Kesihatan!

Memasak hidangan tanpa garam pastinya tidak berasa dan hambar jadinya. Walau hanya dimasukkan secubit garam, barulah sempurna masakan yang dimasak.
Pun begitu, garam yang Kita gunakan bukan semata-mata garam yang memberi rasa masin tetapi, menurut doktor itu berbeza garam yang digunakan berbeza pula khasiatnya. Jom semak.
GARAM-GARAM ITU GARAM SEMATA?
Terkejut saya bila baca satu artikel yang lalu di wall saya bahawa garam semuanya adalah sama kerana semua kandungan pelbagai garam itu mengandungi kuantiti sodium yang tinggi. Tiada manfaat bahan lain dalamnya?
Terpanggil saya nak kupas sebab saya memang banyak dah makan garam bab garam ni. Saya belajar nutrisi. saya amal. Saya sebar insha Allah.
Kandungan mineral dalam Garam-garam di pasaran.
Garam pasir : Sodium Klorida semata
Garam alami : Sodium klorida dan mineral lain termasuk magnesium, potassium dan sebagainya.
SODIUM KLORIDA
Tidaklah kita nafikan bahawa garam berlebihan itu membawa mudarat terutamanya berkait masalah gangguan imuniti…dan hmmm..sedikit lah penurunan tekanan darah tinggi. Namun perlu kita sedar juga bahawa garam sodium itu lah garam electrolit paling utama diperlukan dalam tubuh badan kita. Kekurangan garam atau (hyponatraemia) itu boleh membawa maut ya. Jadi kesimpulannya kena ambil tapi jangan berlebihan!
Persoalan seterusnya..betul ke garam lain di pasaran tu tak berguna dan bermanfaat untuk kesihatan.
MAGNESIUM
Garam magnesium ini sangat penting kepada lebih 300 reaksi biokimia di dalam badan termasuk pembinaan protein, kesihatan saraf malah pengawalan gula darah dan juga tekanan darah tinggi.
Garam magnesium ini sangat terkenal dengan kesan “relax” salur darah dan otot-otot tegang..oleh kerana itu banyak SPA menggunakan rendaman kaki berisi air garam magnesium sulfat.
Garam magnesium chloride makin meningkat popularity di pasaran oleh kerana kadar penyerapan yang jauh lebih baik berbanding garam magnesium sulfat.
Oh ya sebelum saya lupa, di wad hospital juga menggunakan infuse magnesium sulfat untuk kes darah tinggi waktu mengandung (PE) yang sangat serius kerana kemujarabannya.
Selamatkah diminum? Iya, tiada masalah kerana magnesium ini bersifat laksatif bila berlebihan. Jika terlebih, cirit birit akan berlaku..Maka kuranglah risiko toksik oleh kerana berlebihan dos.Namun begitu, disarankan pengambilan mengikut sukatan disarankan atau nasihat doktor jika mempunyai penyakit tertentu.
POTASSIUM.
Elektrolit penting badan ini amat penting untuk keseimbangan cecair badan, transmisi maklumat saraf dan juga pergerakan otot termasuk otot jantung. Malah potassium juga terbukti secara saintifik mengurangkan tekanan darah tinggi! (rujuk CPG Hypertension). Amat bahaya kekurangan potassium yang sering berlaku dalam kes muntah dan cirit birit kerana ia boleh menyebabkan kelesuan, kejang (cramp), lumpuh atau jantung takberirama. Sebab itulah kes potassium rendah diberi garam ORS (campuran elektrolit) atau infusi darah (suntikan). Berlebihan sebenarnya adalah lebih bahaya kerana menyebabkan jantung terhenti dan kematian! Oleh sebab itu, pemeriksaan doktor adalah penting untuk kes kekurangan atau berlebihan garam potassium ini.
GARAM HIMALAYA ATAU GARAM BUKIT
Garam yang digunakan dalam masakan sebagai menggantikan garam putih ialah garam berwarna pink ini yang kaya dengan khasiat sehingga 84 jenis mineral galian. Walaupun kadar mineral sodium chloride di dalamnya dikatakan lebih 97% saya masih memilih garam pink ini di dalam masakan di rumah saya.
3 SEBAB MENGAPA SAYA PILIH GARAM BUKIT/PINK MENGGANTIKAN GARAM PUTIH
1) KHASIAT : Sedikit khasiat lebih baik daripada tiada langsung. Garam putih hanya mengandungi semata garam sodium klorida berbanding garam alami seperti garam pink. Biarlah hanya 2-3% kandungannya tetapi hari-hari pun makan garam kan? Kesan terapeutik? Itu panjang ceritanya kemudian saya jelaskan ya.
2) ALAMI KURANG PROSES: Garam bukit adalah lebih alami..tidak diproses tinggi berbanding dengan garam putih yang mengalami proses refine, bleach menggunakan ejen peluntur serta penggunaan bahan kimia ejen antipenggumpalan. Sikit pun risiko kita rasa..tapi hari-hari makan garam kan?
3) KURANG PENCEMARAN : Garam bukit datang daripada sumber yang lebih selamat berbanding garam laut. Selain risiko pencemaran logam berat seperti merkuri, aluminium dan arsenic yang jauh lebih tinggi berbanding lombong garam di Kawasan berbukit, mikroplastik yang mencemari laut juga boleh mencemari garam putih ini. Apa itu plastic mikro?
Bayangkan mikroplastik, logam berat ni serta bahan kimia antipenggumpalan kita ambil setiap hari dalam masakan harian kita. Mahal harga yahudi? Garam pink murah pun ada. takde lah mahal pun kalau kita kurangkan pengambilan dan topup beberapa ringgit ekstra untuk garam yang lebih baik..kan?
Terapeutik atau tidak sesuatu garam bergantung kepada jenis garam yang berbeza fungsinya. Penyakit seperti darah tinggi perlu pendekatan holistik bukan sahaja kurangkan garam, tetapi juga kurangkan berat badan, kawal stres dan keradangan.
Dalam halpemilihan garam ini, saya lebih selesa dengan garam alami yang mempunyai kandungan nutrient yang seimbang secara semulajadi..ciptaan Allah yang lebih sempurna berbanding ciptaan manusia.
Sumber :Hafiz Sulaiman-Pejuang Kesihatan.