Siapa dah pernah beli milo cube ni di kedai pasti mengeluh sebab harganya mahal teramat jika dibandingkan dengan kuantiti yang terdapat di dalamnya. Lingkuran harga RM19.90 sepeket dengan kuantiti yang tak seberapa di dalamnya pasti rasa terbeban. Terutama bagi yang mempunyai bilangan anak yang ramai.
Kalau dah beli pula terpaksa bahagikan sama rata setiap orang supaya adil agihannya. Mak tak payah pening kepala, apa kata cuba sahaja buat sendiri di rumah. Senang dan berbaloi. Boleh makan dengan tenang tanpa berebut-rebut. Maklumlah kuantitinya banyak.
Saudara Fendi Islam yang berkongsi di facebooknya cara-cara membuat milo cube import ini mendapat perhatian netizen. Jangan buang masa, jom cuba sekarang!
“Teringin sangat nak makan. Study-study sikit, abe try buat sendiri je. Rupa mesti tak sama tapi rasanya menjilat habis. Sedap oit.
Tak tahu lah sama ke tak dengan rasa yang diimport tu..sebab tak beku lagi. Free boleh cuba. Mudah sangat bahan-bahannya”.
RESIPI MILO CUBE HOMEMADE
Bahan-bahan:
100gm UHT whipping krim
100gm Coklat bar
100gm serbuk Milo
Kertas aluminium foil
Bekas ais cube
Cara-caranya:
Campurkan semua bahan, whip krim, coklat dan serbuk milo tu ke dalam mangkuk kaca. Gaulkan sedikit. Kalau nak kurang manis, lebihkan uht whipping cream tu.
Jadikan 120gm pun ok. Panaskan guna microwave dalam 3 minit pada suhu 250c. Boleh juga gunakan kaedah double boiled.
Gaulkan sebati hingga menjadi coklat ganache. Suhu jangan terlalu panas hingga coklat berminyak..sebab nanti lambat nak beku.
Sediakan aluminium foil macam gambar. Tak nak letak pun takpe, nak isi bekas lain kemudian potong-potongkan pun boleh.
Tuangkan coklat ganache ke dalam bekas tu dan bekukan 5 hingga 6 jam.
Selamat mencuba. Abe punye tengah dibekukan…slurpp. Kalau tak jadi bentuk “cube” pun takpe lah asalkan rase kena dengan selera abe, menjilat jari. Nak makan dengan roti pun takde hal. Nanti update yang dah keras, yang nak beli siap dah pun takde masalah. Abe share resepi olahan saja. Kalau kene dengan selera alhamdulillah.
Update: ok dah update gambar siap. Tak berapa beku pun layan je..janji ngap ngap ngap.
Nampak macam sangat menyelerakan. Jom kita cuba sama-sama.
Kredit: Fendi Islam