Dah menjadi kebiasaan buat pasangan suami isteri memberi kejutan atau meluahkan bait-bait indah buat yang tersayang terutamanya ketika pada hari-hari penting seperti ulangtahun perkahwinan.
Tidak ketinggalan, suami kepada usahawan dan pempengaruh Cik Epal, Jofliam turut berkongsikan kata-kata indah perihal isterinya di laman Instagram miliknya baru-baru ini.
Malah, bagi yang biasa mengikuti kedua-dua individu ini, pasti mengetahui bahawa Jofliam sememangnya menyanjungi, sentiasa memuji dan menganggap kejayaan kini sebagai menumpang rezeki dari isterinya.
“Selamat ulang tahun kelahiran isteri ku yang tercinta @cikepal06 . Isteri Million International dari semua sisi.
“Seorang yang orang kenal tegas dan kezzah,tapi bila bersama suami berduaan,adalah seorang yang sangat lembut dan manja.Seorang yang berjiwa besar dalam mengimpikan sesuatu dan jenis mengejar impian hingga berjaya.
“Seorang yang setia.Sentiasa menjaga mata nya.Sentiasa meletakkan suami nya di depan dalam apa jua keadaan.Sentiasa disisi suaminya.Sentiasa tersenyum riang dan setiap senyuman membuatkan saya rindu.” tulisnya di bahagian kapsyen perkongsianya.
Malah, Jofliam yang merupakan rakyat Malaysia pertama diiktiraf sebagai cef piza oleh Organisasi Piza Napoli (APN) di Itali, beberapa minggu lalu turut menitip doa buat suri hatinya untuk kekal istiqamah dalam ibadah dan apa yang wanita itu hajati serta berterima kasih sudi menjadikan dirinya sebahagian dalam hidup.
“Sempena ulang tahun kelahiran ini,moga istiqamah dalam mendekatkan diri dengan Allah,sentiasa istiqamah dalam melakukan apa jua ibadah.Sesungguhnya setiap kali turun ke level 2 di waktu dhuha,melihat dirimu diatas sejadah cukup melembutkan dan menggembirakan hati seorang suami.Membuatkan suami mu ingin menjaga mu hingga akhir hayat yang ada.
“Teruskan apa yang sedang diamalkan dan tambahkan apa yang perlu ditambahkan.Kejar lah cita2 yang dihajatkan.
“Semoga cita2 dan hubungan kita,berkekalan hingga ke syurga bersama Han dan Yuki.
“I love u so much sayang.
“Terima kasih sebab sudi menerima diri ini untuk hadir menjadi sebahagian dari diri mu sayang.Sentiasa lah didalam pelukan ku sayang.” tambahnya.
Dalam pada itu, dah menjadi kebiasaan untuk meraikan ulangtahun kelahiran di tempat yang istimewa, namun lain pula bagi Cik Epal hanya meminta suaminya untuk belanja mereka sekeluarga makan makanan ‘street food’ sahaja. Betul-betul lain daripada yang lain kan?!
Apapun, semoga hubungan mereka berkekalan selamanya. InsyaAllah!