Dah menjadi kebiasaan buat pasangan suami isteri memberi kejutan atau meluahkan bait-bait indah buat yang tersayang terutamanya ketika pada hari-hari penting seperti ulangtahun perkahwinan.
Tidak ketinggalan, suami kepada usahawan dan pempengaruh Cik Epal, Jofliam turut berkongsikan kata-kata indah perihal isterinya di laman Instagram miliknya baru-baru ini.
Malah, bagi yang biasa mengikuti kedua-dua individu ini, pasti mengetahui bahawa Jofliam sememangnya menyanjungi, sentiasa memuji dan menganggap kejayaan kini sebagai menumpang rezeki dari isterinya.
“Selamat ulang tahun kelahiran isteri ku yang tercinta @cikepal06 . Isteri Million International dari semua sisi.
“Seorang yang orang kenal tegas dan kezzah,tapi bila bersama suami berduaan,adalah seorang yang sangat lembut dan manja.Seorang yang berjiwa besar dalam mengimpikan sesuatu dan jenis mengejar impian hingga berjaya.
“Seorang yang setia.Sentiasa menjaga mata nya.Sentiasa meletakkan suami nya di depan dalam apa jua keadaan.Sentiasa disisi suaminya.Sentiasa tersenyum riang dan setiap senyuman membuatkan saya rindu.” tulisnya di bahagian kapsyen perkongsianya.
Ads
Malah, Jofliam yang merupakan rakyat Malaysia pertama diiktiraf sebagai cef piza oleh Organisasi Piza Napoli (APN) di Itali, beberapa minggu lalu turut menitip doa buat suri hatinya untuk kekal istiqamah dalam ibadah dan apa yang wanita itu hajati serta berterima kasih sudi menjadikan dirinya sebahagian dalam hidup.
“Sempena ulang tahun kelahiran ini,moga istiqamah dalam mendekatkan diri dengan Allah,sentiasa istiqamah dalam melakukan apa jua ibadah.Sesungguhnya setiap kali turun ke level 2 di waktu dhuha,melihat dirimu diatas sejadah cukup melembutkan dan menggembirakan hati seorang suami.Membuatkan suami mu ingin menjaga mu hingga akhir hayat yang ada.
Ads
“Teruskan apa yang sedang diamalkan dan tambahkan apa yang perlu ditambahkan.Kejar lah cita2 yang dihajatkan.
“Semoga cita2 dan hubungan kita,berkekalan hingga ke syurga bersama Han dan Yuki.
“I love u so much sayang.
Ads
“Terima kasih sebab sudi menerima diri ini untuk hadir menjadi sebahagian dari diri mu sayang.Sentiasa lah didalam pelukan ku sayang.” tambahnya.
Dalam pada itu, dah menjadi kebiasaan untuk meraikan ulangtahun kelahiran di tempat yang istimewa, namun lain pula bagi Cik Epal hanya meminta suaminya untuk belanja mereka sekeluarga makan makanan ‘street food’ sahaja. Betul-betul lain daripada yang lain kan?!
Ini yang dinamakan kasih ayah sepanjang masa. Perkongsian seorang anak mengenai rasa kekaguman pada ayahnya yang sanggup menamatkan perkhidmatan di syarikat lain agar dapat berkerja di syarikat yang sama tempatnya bekerja. Sweetnya ayah macam ni!
Menurut Safia Anisa di Twitter, bapanya telah sudah 40 tahun berkhidmat di syarikat penerbangan lamanya. Namun sanggup menjadi juruterbang ‘junior’ untuk terbang bersama dua orang anak perempuannya.
Pastinya ia pengalaman manis apabila dapat mengelolakan pesawat bersama bapa sendiri terbang di awan biru. Sungguh inspirasi cara bapa wanita ini. Tentu pelbagai ilmu penerbangan yang diperolehi oleh anak-anak perempuannya.
Aww thank you for the well wishes everyone!! ♥️ Just for clarification, my dad started flying right after spm, he was a cadet for MAS. After 40 years there, me and my sister both got a job at airasia. He then decided to come to airasia so he could fly w us before he retires! pic.twitter.com/bx6tOPqkMR
Dalam pada itu, perkongsian Safia telah menarik perhatian netizen sehingga mendapat 47k retweet. Netizen melahirkan rasa kagum dengan cara bapanya dan mendoakan dipermudahkan dengan kerjaya sebagai juruterbang.
Sepanjang diadakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP ) ini, pelbagai karenah dan kes dilaporkan . Selain masalah sesetengah pihak yang melanggar arahan PKP, ada juga kes yang mana pelbagai pihak berkongsi pengalaman dan situasi mereka.
Ini termasuklah satu kisah yang dikongsikan oleh seorang bapa. Menurut Ir. Khairil Nizam yang memuat naik sekeping surat yang ditulis anaknya untuk mendapatkan bajet bagi membeli kolam.
Di dalam surat tersebut, anaknya yang bernama Ain mewakil adik-beradik yang lain meminta bajet sebanyak RM100 bagi tujuan tersebut.
Di dalam surat tersebut juga diberitahu akan anaknya sudah berjaya mengumpul RM300 dengan adik-beradik yang lain dan hanya memerlukan lagi RM100 bagi membeli kolam berkenaan.
Anak-anak millennia. Request minta budget dari ayah bersempena PKP.
Ayah masih berbincang dgn Menteri Kewangan aka Bentaraguru utk kelulusan supplementary budget nih 🤣🤣
Dalam pada itu, surat yang dimuat naik tersebut mendapat reaksi dari pengikut lelaki berkenaan. Rata-rata memuji dan meminta supaya si ayah mempertimbangkan permohonan tersebut.
Seorang ayah yang baik, tuan perlu pertimbangkan pemohonan ni.
Bila tuan luluskan, ia akan mendatangkan kegembiraan pd si anak. Saya tahu laa rasa tu sebab saya seorang anak. 🤣
Tak mustahil bila tuan luluskan, mereka akan membesar menjadi anak yang terus patuh & taat pd tuan.
Menteri kewangan luluskan dgn syarat yg semua perbelanjaan akan dikeluarkan drpd perbendaharaan ayah sahaja. 100% termasuk kos rantai emas yg tertangguh dibelikan dek penguatkuasaan PKP fasa 1.
Rumahtangga yang bahagia adalah kunci sebuah kebahagiaan. Sikap tolak ansur amat penting, namun ego seorang suami ada kala sering menjadi penyebab keruntuhan rumah tangga. Lebih menyedihkan lagi jika ia hanya berpunca daripada masalah kecil yang tidak sepatutnya menjadi punca perbalahan. Tambah menakutkan jika ada suami yang sanggup memukul isteri apabila berasa egonya tercabar.
Lelaki pemarah biasanya tinggi egonya. Mereka jarang rasa bersalah biarpun tidnakan mereka melukakan hati si isteri. Keadaan seperti ini sudah pasti menyukarkan bagi sesebuah perkahwinan apatah lagi, jika pasangan berdepan dengan masalah seperti kesuburan dan sukar menimang cahaya mata. Sekiranya anda berada dalam situasi sebegini, anda perlu lebih berstrategi untuk berdepan dengan suami yang ego dan lekas marah apabila diajak berbincang.
Perlu diingat, antara topik yang sukar dibincang oleh pihak suami ialah berkenaan seks dengan isteri, kesuburan ataupun masalah kelelakian. Ada sesetengah suami boleh mengugut menceraikan isteri kerana masalah sebegini. Jadi, bagi membantu anda berdepan dengan situasi sebegini, pihak isteri perlu bijak memilih pendekatan bagaimana caranya berdepan dengan mereka.
Tindakan anda mendiamkan diri kerana takut dimarahi suami hanya membebankan lagi masalah tersedia ada. Jika anda ingin berbincang mengenai topik sensitif berkaitan dirinya, pastikan ia dilakukan mengikut masa dan mood yang sesuai.
Terdapat beberapa panduan boleh dipraktiskan:
1. Elak berdebat atau kemukakan pandangan anda di saat suami sedang beremosi. Tindakan anda mungkin sia-sia sahaja malah boleh mengundang padah apabila si suami semakin marah kerana rasa ditentang atau dicabar oleh isteri sendiri. Akibatnya, si isteri boleh terikut-ikut menjadi ‘panas’ sehingga berlakunya pertelingkahan. Jika berlarutan, psikologi si isteri boleh terganggu dan pernikahan juga akan terancam. Sebaiknya dalam situasi ini, anda perlu sedikit mengalah atau mengambil sikap tidak mempedulikannya dulu.
2. Langkah yang baik adalah mengajaknya berbicara untuk menyelesaikan masalah yang menjadi punca kemarahannya. Lakukan saat kemarahannya sudah reda. Gunakan gaya bicara yang halus agar emosinya tidak ‘naik’ lagi. Mungkin anda boleh berbincang sambil mengurut-urut badan suami selepas pulang kerja ataupun ketika menonton bersama. Yang pasti pilih masa dan mood yang baik!
3. Suami pemarah lebih suka berterus-terang. Salah satu aspek positif yang terdapat pada suami panas baran ataupun pemarah ialah sikap suka berterus-terang dan jujur mengenai apa yang mereka suka ataupun tidak. Hanya sayangnya, cara mereka mengungkapkan lebih cenderung kasar dan bernada marah. Jadi elakkan diri daripada menyindir, berkias-kias ataupun menunjukkan muka seperti berahsia sesuatu daripadanya.
4. Apabila suami memberi pandangan yang agak keras, anda perlu menganggapnya sebagai satu kritikan untuk anda. Dan ambil sebagai satu cabaran untuk memperbaiki kelemah diri anda. Tidak guna terlalu emosi dengan kata-kata suami terhadap anda. Walau mengalir air mata sekalipun si suami pemarah biasanya sukar mengubah pendapatnya dan lebih buruk lagi, mereka tidak akan berasa bersalah sedikitpun!
5. Cuba fahami latar belakang suami anda. Individu yang memiliki sifat ‘temperamental’ biasanya mudah terpancing kemarahannya oleh situasi atau keadaan di luar keinginananya. Hanya kerana tersilap kata ataupun nada suara yang salah sahaja sudah boleh mengundang pertengkaran. Menurut penulis buku ‘The Complete Idiot’s Guide to Body Language’, Dr Peter Andersen, sifat pemarah ataupun panas baran juga sebenarnya boleh disebabkan oleh pola asuhan dalam keluarga juga mempunyai kaitan kepada sifat pemarah individu berkenaan.
6. Justeru itu, pastikan keadaan rumah tangga anda berdua berada dalam keadaan menyenangkan agar suami anda berasa nyaman dan tidak mudah marah-marah seperti berada dalam keluarganya dulu. Cuba dapatkan lebih banyak maklumat mengenai apa yang menyebabkannya gembira dan sebaliknya yang membuatnya kesal dan marah.
Gelagat anak-anak yang sedang membesar sememangnya cukup menghiburkan dalam apa jua perkara. Malah ketika di dalam solat pun, gelagat anak-anak memang menghiburkan.