Miliki 5 Ijazah Di Usia 12 Tahun. Kanak-Kanak Ini Atasi Rekod Graduan Termuda

Share

Dalam usia yang masih muda dimana rakan-rakan seusianya mungkin masih ingin bermain tanpa memikirkan masa depan, namun tidak bagi kanak-kanak ini.

Clovis Hung, seorang kanak-kanak dari California yang berusia 12 tahun telah berjaya melakukan sesuatu hal yang luar biasa apabila berjaya mendapatkan lima ijazah di usia yang masih mentah.

Dia berjaya melakukan semua ini melalui hasil didikan di rumah dan menamatkan pengajiannya bersama rakan sekelas yang lain.

Menurutnya, dia mendapat inspirasi untuk menghadiri Kolej Fullerton selepas melihat Jack Rico iaitu seorang remaja berusia 16 tahun mendaftar dan menamatkan pengajian dengan empat ijazah pada usia muda 13 tahun.

Clovis bagaimanapun berjaya mengatasi rekod itu dan telah menjadi graduan termuda dalam sejarah Fullerton. Beliau telah menamatkan pengajiannya dengan lima ijazah Bersekutu Seni dalam Sejarah, Sains Sosial, Tingkah Laku Sosial dan Pembangunan Diri, Seni dan Ekspresi Manusia, serta Sains dan Matematik.

Fullerton mempunyai program khas yang membolehkan pelajar menghadiri kolej mereka sambil melengkapkan kurikulum homeschool.

Clovis dan ibunya mengakui agak sukar untuk melakukannya lebih-lebih lagi dengan pembahagian masa. Bagaimanapun, usahanya berjaya membuahkan hasil.

“Soalan pertama yang biasa ditanya oleh profesor dan rakan sekelas ialah berapa umur saya. Mereka terkejut dengan apa yang saya buat di sini dan sentiasa ingin tahu tentang markah kuiz dan peperiksaan saya.

“Namun, selepas itu, saya telah menunjukkan sikap yang serius terhadap pelajaran saya. Membuatkan mereka semua percaya pada keupayaan dan keazaman saya untuk mendapat gred yang baik,” katanya.

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club