Keibubapaan

Micromanage Anak Bukan Tindakan Bijak, Serba Serbi Nak Bantu Anak!

Share

Dalam tak sedar ada waktunya kita sebagai mak ayahlah yang menjadikan anak jadi tidak pandai berdikari dan tidak mampu buat keputusan sendiri. Semuanya perlu dirujuk hingga anak jadi tidak pandai serba serbi.

Menurut Penulis Keibubapaan, En Mohd Fhais Salim, ada beberapa perkara yang tanpa kita sedar kita micromanage anak dalam segala hal. Elakkan!

Ini rupanya tanda bila kita terlalu Micromanage kepada anak!

1 – Tak boleh nampak anak susah sikit cepat je nak menolong, “aduh kasihannya dia, meh ibu tolong…”

2 – Risau berlebih-lebihan, “eh mainan ni tak boleh nanti dia masuk mulut, eh panjat ni tak boleh nanti jatuh, eh tak boleh berlari nanti tersadung”

3 – Selalu nak cepat, “nak tunggu adik naik kereta sendiri memang terkial-kial, meh ayah angkatkan”

 

4 – Mudah tak sampai hati dengan anak, contoh nak ajar anak potty train tapi bila tengok anak gelisah, susah benar nak buang air, terus fikir macam-macam kang sembelit pula budak ni. 😅

5 – Terlalu perfectionist sangat pun tak boleh. “tak cantik tulisan abg ni, tulis semula” kadang yang tak cantik tu la anak selesa dan happy belajar.

6 – Tak suka rumah bersepah, “kakak main jangan bersepah-sepah” Suruh anak bermain tak bersepah ibarat kita suruh anak mandi tapi jangan basah. Tak releven langsung.

7 – Terlalu obses nak anak jadi sebiji macam kita. “Ibu dulu pandai matematik, jadi abg pun kena pandai matematik”

8 – Tak benarkan langsung anak buat salah atau gagal, suka membetulkan kerja sekolah anak sebelum anak habis buat pun lagi.

9 – Cemas sangat kalau anak menangis, mengamuk atau tantrum. Terus beri apa sahaja anak minta masa itu adalah sangat bahaya, itu namanya kita Reward Bad Behaviour dia.

Tanpa sedar sikap micromanage ni sebenarnya melemahkan kemahiran self-manage anak kita.
– berdikari lemah
– autonomi lemah
– coping skil lemah
– self-control lemah

Ibarat kita ni jadi PA anak-anak, semua rutin kehidupan dia kita nak uruskan. Tanpa kita, anak langsung tak boleh survive!

Jika di rumah ( dunia kecil ) ni anak anak tak mampu untuk survive sendiri, bagaimana dia nak survive di dunia luar yang lebih buas, lebih ganas dan lebih merisaukan kita nanti.

Berhenti la micromanage sebelum terlambat!