Siapa yang tak kenal dengan bintang Hollywood kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh, 62. Namun, di sebalik kejayaan besarnya, beliau mengakui bahawa tidak berupaya untuk hamil merupakan salah satu kesedihan terbesar dalam hidupnya.
Pengakuan itu diluahkan oleh pemenang Pelakon Wanita Terbaik Oscar 2023 ketika menjawab soalan mengenai cahaya mata dalam satu sesi wawancara baru-baru ini.
Dalam usia lewat 20-an ketika namanya sedang meningkat naik, Yeoh berkata dia sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga.
Yeoh bagaimanapun menyedari dirinya tidak mampu hamil sepanjang mendirikan rumah tangga dengan usahawan, Dickson Poon selama lima tahun pada 1988 hingga 1992.
Katanya, dalam hidupnya perkara yang menyedihkan adalah tidak dikurniakan zuriat.
Ads
“Barangkali ini perkara paling menyedihkan dalam hidup ini, iaitu saya tidak mampu memiliki anak sendiri,” katanya.
Namun, Yeoh bersyukur kerana meskipun ditakdirkan tidak memiliki cahaya mata, dia masih berpeluang menjadi ibu angkat kepada enam orang anak, termasuk anak perempuan bekas suaminya.
Ads
Meletakkan harapan lebih 100 peritus untuk hamil, namun di tabah dengan takdir dalam hidupnya.
“Saya tidak hidup dalam penyesalan sebab saya memberi 110 peratus (untuk hamil). Saya sudah buat apa yang termampu, namun, kadang kala ia tidak mencukupi.”
Yeoh yang berkahwin dengan Jean Todt yang juga ahli perniagaan dari Perancis pada tahun lalu, mengakui faktor kegagalan mendapatkan zuriat walaupun sudah menjalani rawatan kesuburan menyebabkan rumah tangga dengan bekas suaminya terdahulu musnah.
“Kami melakukan semua yang diperlukan untuk memiliki anak. Malangnya, saya tidak mampu.
Ads
“Bekas suami mahukan keluarga besar, bukan seorang anak lelaki tetapi dua atau tiga orang sebagai pewaris,” katanya.
Mak ayah mana yang tak bahagia bila anak paling suka dan dekat dengan Al-Quran. Pun begitu mengajar anak menghafal surah misalnya bukanlah mudah.
Penulis Keibubapaan, Dr Taufiq Razif berkongsi tip anak senang menghafal. Mudah saja caranya. Jom praktik pada anak.
Ni saya bagi lima cara mudah nak anak mudah hafal Al-Quran.
Ni saya praktik pada anak saya sendiri tau dan alhamdulillah memang laju dia hafal. Ada yang beberapa minit je dah hafal.
1. Cari satu potongan ayat pendek dari surah Al-Quran. Jangan terus minta anak hafal seluruh surah
2. Minta anak ulang-ulang baca sebanyak 10 kali ayat tersebut
3. Minta anak baca ayat tu dengan suara yang kuat tau. Anak kita ni ada sisi Auditory mereka yang mana kadang mereka lebih hafal apa yang mereka dengar daripada cuma melihat semata
4. Selepas dah habis baca 10 kali baru suruh anak mula menghafal. Masa tu kita akan tengok anak mudah betul nak hafal ayat Al-Quran tu.
Gambar hiasan
5. Kadang anak kita cuma perlu masa beberapa minit je untuk hafal sebab memori tu jadi kuat dengan “repetition” sepuluh kali bacaan di awal tadi
Cubalah sendiri nanti. Cuma nak lagi mudah gunalah buku Hafazan. Complete arahan dan cara mudah nak hafal semua ada.
Untuk mommies yang ada anak dalam fasa merangkak, bolehlah join Baby Merangkak Race! Yuran penyertaan hanya RM20 dan anda akan menerima goodies istimewa.
Biasanya jika ingin dibandingkan antara baju suami dengan pakaian si isteri yang ada dalam almari, pakaian siapa paling memenuhi hampir keseluruhan ruang?
Tentu pakaian si isteri lebih banyak bukan? Hinggakan ada pakaian yang tersimpan lama tanpa disentuh dek kerana banyaknya pilihan pakaian yang boleh digunakan oleh orang perempuan.
Sedangkan jika baju yang lama tersimpan di dalam almari tanpa dipakai akan menyebabkan ianya berbau kurang menyenangkan.
Nak elak terjadi, boleh cuba 5 tip ini untuk pastikan pakaian di dalam almari sentiasa segar dan harum dengan cara yang lebih menjimatkan.
1. Daun pandan
Daun pandan memang mempunyai aroma yang digemari ramai dan mampu menyegarkan ruangan almari jika diletakkan sehelai dua di dalam almari.
Caranya cukup mudah, hanya ambil daun pandan dan simpulkan ia sebelum diletakkan di suatu sudut almari. Biarkan sehingga daun layu dan bolehlah diganti yang lain.
2. Botol minyak wangi
Jika ada minyak wangi yang telah habis, bolehlah diletakkan di dalam almari pakaian. Pastikan penutup minyak wangi tersebut dibuka agar keharumannya merebak ke seluruhan ruangan almari.
3. Sabun mandi
Ambil sabun mandi yang harum baunya dan letakkan di suatu sudut di dalam almari. Malah boleh juga diletakkan dicelah-celah lipatan baju untuk memastikan pakaian yang tersimpan kekal harum baunya.
4. Herba
Pilih herba yang mempunyai aroma kesukaan anda. Mungkin bauan serai menjadi pilihan. Makan bolehlah serai dihiris halus dan masukkan ke dalam uncang. Kemudian digantung di dalam almari pakaian.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Betul ker, suami mudah terasa hati berbanding isteri. Mungkin tak masuk akal, tetapi ada kajian telah mengatakan golongan lelaki sebenarnya lebih sesitif berbanding wanita. Barangkali, ia boleh menjadi pencetus untuk kita menilai dan menjaga hubungan dengan suami agar tidak berlaku pergolakkan perasaan dalam menguruskan rumahtangga. Sebagaimana perkongsian wanita ini Wawa Shauqi laman facebooknya ada benarnya. Ikuti perkongsiannya ini.
Ada satu eksperimen pernah dibuat untuk lihat siapa yang lebih sensitif, sama ada lelaki atau perempuan.
Babe, akan terbit sedikit rasa syahdu mengenang suami dan insan bernama lelaki yang paling dekat kita kenali.
Dalam eksperimen itu, kanak-kanak lelaki dan kanak-kanak perempuan diminta untuk buat beberapa aktiviti.
Dalam salah satu eksperimen, kanak-kanak akan dimarah bila buat sedikit silap. Kanak-kanak perempuan akan menzahirkan takut melalui tangisan, manakala kanak-kanak lelaki kebanyakannya hanya kelihatan takut pada air muka.
Tetapi bila dilihat bacaan mesin, jantung kanak-kanak lelaki lebih kencang berdegup.
Dalam aktiviti seterusnya, sesiapa yang menang boleh ketuk kepala kawan yang kalah. Kebanyakan kanak-kanak perempuan, bila menang mereka akan ketuk kepala rakannya (bertutup dengan topi) yang kalah tanpa rasa bersalah.
Tetapi anak lelaki bila mereka menang, mereka teragak-agak untuk ketuk kepala rakannya.
Kesimpulan yang dibuat dalam ujian tersebut menunjukkan LELAKI LEBIH SENSITIF dari wanita sebenarnya.
Tetapi wanita mudah mengekspresikan perasaan manakala lelaki lebih selesa simpan dalam hati. Kerana kelebihan itu, lelaki lebih bersifat pelindung.
Manakala wanita lebih cepat bertindak bila mengesan ada keperluan keluarga yang harus dipenuhi.
Fuh, tak sangka kan! Nampak macam cool je ayah kita. Nampak macam tenang je encik suami. Rupa-rupanya lebih sensitif dari kita.
Kerana itu juga anak lelaki harus kita belai lebih. Mungkin hati mereka yang cukup terbelai itu akan membantu mereka membesar dengan rasa cukup sifat seorang pelindung.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Seorang ibu wanita tempatan melaporkan bayi lelakinya yang berusia lima bulan dilaporkan meninggal dunia ketika di sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) di kawasan Kangkar Pulai, Johor Bharu semalam.