Mia Ahmad perkenal wajah anak ke empat, Sayf Ibrahim, sedap namanya. Pelakon Mia Ahmad selamat melahirkan anak keempat yang merupakan bayi lelaki pada Mei lalu.
Mia atau nama sebenarnya Samihah Ahmad Baderi merupakan isteri kepada penjaga gol Johor Darul Takzim, Izham Tarmizi.
Mia Ahmad Kongsi Wajah Anak Ke Empat, Sayf Ibrahim Nama Diberi
Dalam satu hantaran dilaman Instagramnya, Mia Ahmad berkongsi wajah anak ke empatnya itu.
“Dengan izin Allah SWT, kami teruja untuk mengumumkan bayi ke-4 kami, Sayf Ibrahim Bin Mohd Izham Tarmizi,” – tulis Mia di ruangan kapsyen.
Perkongsian Mia mendapat respon di kalangan warga maya. Berikut antara komen warga maya:
Untuk rekod Mia dan Izham mendirikan rumah tangga pada 13 Januari 2017. Sebelum ini Mia dan suami telah dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Sayf Issa, Iriss dan Imaani.
Sumber: Instagram Izham Tarmizi dan Mia Ahmad
Baca artikel lain juga: Sangat Berbeza Bila Anak Diberikan Perhatian Sepenuhnya Mia Ahmad Kongsi Pengalaman Dan Peringatan Untuk Para Ibu
Berjaya Khatam Al-Quran Di Wad Sebelum Bersalin Anak Ke-3, Mia Ahmad Ramadan Kali Ni Fight Lagi
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my
Bulu Kucing Gugur Teruk, Doktor Veterinar Ni Jelaskan Sebabnya!
Isi Kandungan
TogglePening kepala dibuatnya bila memikirkan bulu kucing kesayangan kita yang gugur dengan banyaknya setiap hari. Bimbang si comel kesayangan kita sakit atau mengalami kemurungan sehingga gugur bulunya.
Pelbagai persoalan yang membelenggu. Ditambah dengan terpaksa menguruskan bulu-bulu ini setiap hari, kita makin bertambah buntu.
Jangan buntu dan stress, dengarkan penjelasan daripada Dr Mazrul Fahmi Mahadzir, doktor vaterinar dari Nadia Veterinary Clinic ini.
KENAPA BULU KUCING SAYA GUGUR TERUK?
Ini adalah antara masalah common yang cat parent hadapi. Dan kat klinik pun, vet akan ditanya soalan ni, kenapa kucing saya bulu gugur teruk? Kenapa kucing saya bulu tak cantik?
Untuk masalah ni, macam biasa kita cari dari PUNCA. Jangan duk bagi supplement memacam tapi acik ankel tak kenal pasti punca, sudahnya duit habis melayang, anak bulus tak gebu gebas pon.
Dan antara punca yang boleh dikaitkan dengan bulu gugur ni ni:
1. PEMAKANAN
First thing, cek dulu makanan yang diberi kepada anak bulus. Banyak garam? No no nooo. Warna warni? No no no lagi. So acik ankel perlu bagi anak bulus makanan premium yang ada kandungan protein, omega dan zat lain yang lengkap tau. Nak anak bulus lawa memang perlu melabur sikit, untuk kesihatan berpanjangan.
2. HORMON IMBALANCE
Adakah anak bulus acik ankel dah dimandulkan? Pemandulan pun membantu dalam mengurangkan keguguran bulu ni. Sebab bila hormone imbalance , contohnya dia nak mengawan, tapi acik ankel memilih nak menantu yang kerja majistrett, ahli music jalanan takmau, so acik ankel dah menghalang dia untuk mengawan. Lalu hormone dalam badan pun taktuang senang cerita. Oleh itu, sila hantar anak bulus anda untuk dimandulkan so takde dah hormone imbalance ni. Kucing happy kita pun happy kan?
3. KUTU
Kadang-kadang, ramai catparent terlepas pandang. Kucing acik ankel indoor, macam mana pulak nak dapat kutu ye dok? Tapi acik ankel perlu ingat, acik ankel bukan indoor tau, acik ankel kan pergi kerja, pergi shopping hehew. Tambah pulak ada kucing luar suka menempel depan pintu rumah acik ankel. Sila bawa anak bulus acik ankel ke klinik vet at least 2 bulan sekali untuk general checkup tau.
4. STRESS
Kucing pun tahu stress tau. Jangan ingat kita je stress. Hehee. Walaupun anak bulus kita tak pergi kerja, tapi dorang ada banyak sebab boleh stress. Dari segi persekitaran mungkin boleh buat dia stress. Keadaan rumah yang bising? Ada anak acik yang suka buli kucing? Ataupun ada kucing lain yang suka buli dia? Acik ankel tak main pun ngan anak bulus? Pun boleh buat dia stress. So kita sebagai catparents ni perlu kurangkan stress dalam rumah. Kan ke kita nak kucing happy kan kita, so kita kenalah bekerja sama happykan anak bulus gak.
Harap dengan post ni dapat membantu catparents semua untuk faham masalah bulu gugur pada anak bulus ni. LION CUT bukanlah satu-satunye penyelesaian tau.
Sila bawa ke vet dan vet yang akan tentukan sama ada kucing anda perlu dilion cut atau tidak. Dan jangan lupa make sure anak bulus dan fully vaccine, dimandulkan dan bawa ke klinik vet untuk general health checkup setiap 2 bulan sekali tau.
Jangan tunggu sakit je baru nak bawak. Kucing sihat kita pun happy!
Kredit: Dr Mazrul Fahmi Mahadzir via Nadia Veterinary Clinic.
.
Selain Doa Ibu Ayah, Nak Pastikan Anak Makin Bijak, Kena Selalu Berikan 6 Jenis Makanan Ini!
Terkadang bila anak sudah semakin besar, mereka bijak memilih makanan kegemaran mereka sendiri. Ada anak kita yang suka makan coklat tetapi ada pula yang kurang gemar makanan yang satu ini.
Malah ada anak-anak yang cukup suka makan sayur, tak kurang juga yang langsung tak mahu menyentuhnya. Menolak beberapa jenis makanan buat anak pastinya terasa rugi setiap makanan terkandung khasiatnya yang tersendiri.
Apa jenis makanan yang mak dan ayah patut ajar anak makan daripada awal lagi? Semak senarai ini.
Telur Baik Untuk Anak
Telur memang cukup digemari kanak-kanak. Ia bukan sahaja berkhasiat tinggi bahkan rasanya mampu menarik perhatian mereka untuk makan lebih. Samada direbus, digoreng dan dijadikan sup, telur masih mengandungi protein yang tinggi.
Kajian yang dijalankan di Wayne State University di Michigan mendapati, telur merupakan sajian terbaik selain rendah kalori berbanding yogurt, keju dan juga pisang.
Pilih Anggur
Anak anda penggemar anggur? Anggur yang kaya dengan antioksidan cukup baik untuk si kecil anda. Menjadikannya sebagai makanan sampingan selepas sarapan paling disarankan untuk si kecil anda. Malah antioksidan yang ada di dalamnya boleh mengatasi risiko berkaitan jantung. Bagi kanak-kanak ia membentuk jantung yang sihat sejak kecil.
Serat No 1
Sembelit sering terjadi kepada anak-anak kecil kerana proses pemakanan yang kurang sesuai untuk mereka. Hal ini mungkin juga disebabkan oleh kejutan makanan yang baru diterima bayi yang baru memulakan makanan berat.
Bagaimanakah caranya untuk mengatur menu anak ini? Serat merupakan pilihan terbaik untuk mereka. Sayur antara pilihan terbaik dan tepat selain bijirin
dan makanan seumpamanya. Sayur berdaun hijau antara yang disyorkan untuk semua. Variasikanlah bayam, sawi, aneka kacang dan pelbagai jenis sayuran lain untuk mereka.
Bayam Untuk Mata
Mata sememangnya anugerah terbesar untuk semua. Bukan bermula dari dewasa, tetapi sejak mula diperkenalkan dengan makanan lagi, anda seharusnya mencari makanan yang baik untuknya. Bayam dan lobak merupakan pilihan terbaik untuk si anak anda.
Bayam bukan hanya tinggi serat tetapi mengandungi vitamin A yang cukup tinggi dan baik untuk mata. Samada di rebus, goreng mahupun dikisar terus bersama bubur nasi, merupakan pilihan terbaik untuk sikecil anda.
Elak Kafein?
Tahukah anda bahawa di dalam coklat yang anak anda makan mengandungi sejumlah kafein? Pun begitu kuantitinya hanya sedikit berbanding kopi dan teh, ia hanya sekadar 20 peratus sahaja. Jika anak anda penggemar coklat, sebaiknya hadkanlah pengambilannya. Kafein yang tinggi boleh memberi impak besar pada kesihatan kanak-kanak yang mudah bertindak balas.
Multivitamin Sihat
Siapa kata kanak-kanak tidak perlukan sebarang makanan tambahan untuk membesar? Kanak-kanak sekitar usia 2 hingga 8 tahun paling susah untuk makan kerana pemfokusan mereka tertumpu kepada aktiviti fizikal semata-mata.
Di sinilah vitamin berperanan untuk mereka. Multivitamin paling disyorkan untuk mereka bergerak cergas setiap hari. Ia membentuk sel baru dan membantu prose pembesaran. Jadikan amalan pengambilan vitamin ini setiap hari untuk anak anda.
“Masak Sahur Pukul 2 Pagi” Gementar Sambut Berdua, Nabila Razali Lega Suami Tak Cerewet Tentang Makan!
Baru sahaja mendirikan rumahtangga pada November tahun lalu, Ramadan kali ini pastinya begitu berbeza buat penyanyi, Nabila Razali yang pertama kali menyambut sebagai isteri.
Menerusi sebuah program bual bicara baru-baru ini, Nabila mengakui begitu teruja untuk menyambut Ramadan bersama suami tercinta, Nik Iruwan.
“Sebenarnya sebelum kahwin kami ada berbincang tentang persiapan menyambut Ramadan. Maklumlah saya sebelum ini misalnya bangun sahur disediakan ibu atau buat saja untuk diri sendiri.
“Tapi apabila sudah berkahwin saya kena tahu apa yang suami suka, jaga pakai makan dia. Jadi macam untuk persiapan sahur Ramadan hari pertama saya masak nasi goreng.
“Tapi sebab gementar dan takut terlajak atau tak sedar waktu sahur, saya masak nasi goreng pukul 2 pagi. Itu dah macam supper bukan sahur,” katanya berkongsi.
Bercerita mengenai pemakanan suaminya, akui Nabila suaminya seorang yang tidak cerewet tentang makan. Lebih-lebih lagi ketika dibulan puasa.
“Padahal suami saya rupanya jenis orang yang cukup makan kurma dan minum air waktu bersahur.
“Sebenarnya amalan ini juga memudahkan saya,” katanya.
Terdahulu, Nabila dan suaminya, Nik Iruwan, mendirikan rumahtangga pada 17 November tahun lalu dalam sebuah majlis tertutup di The Chateau Spa & Wellness Resort, Pahang.
Menarik: “Memang Idola, Alif Satar Dipuji Netizen, Ajak Followers Solat Subuh Macam Solat Jumaat Di Masjid!
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Kredit: Astro Gempak