Bila tiba-tiba dapat panggilan daripada sanak saudara atau rakan sepejabat hendak datang beraya, masa ini mulalah kita ligat berfikir meskipun dengan masa yang terhad kita ingin juga sediakan hidangan buat mereka. Menu ringkas pun jadilah asalkan kunjungan mereka ke rumah kita tidak pulang dengan hanya sekadar menjamah biskut semata-mata.
Dalam banyak-banyak menu ringkas, kita biasanya akan terfikir untuk masak bihun goreng atau mi goreng. Tapi apa kata kali ini kita buat yang nampak lebih istimewa iaitu menu mi rebus utara atau mi sup selatan. Menyediakannya juga amat mudah di mana menurut perkongsian resipi oleh Faizah Sharip
, menu ini disediakan ‘main campak-campak’ sahaja.
Jadi tunggu apa lagi, jom masuk dapur dan sediakan juadah ini untuk disajikan kepada tetamu sempena Hari Raya ini selain menghidangkan biskut dan kek. Tentu tetamu pulang dengan perut yang kenyang dan puas hati.
Resepi Mi Rebus Utara/Mi Sup Selatan
Bahan-bahan:
6 ulas bawang putih-dicincang
1 inci Halia-dicincang
Lada hitam – tumbuk kasar
Lada sulah
Minyak untuk menumis
2 Kiub ayam knorr
sedikit gula
Garam jika perlu (sebab kiub sudah masin jadi rasa dulu sebelum letak garam ya)
Mee kuning ( dicelur)
Daging
Air rebusan daging
Ayam
Sotong
Udang
Fishball
Fishcake
Sawi
Carrot
Kobis bunga
Lada merah dan lada hijau-hiris
Daun sup dan daun bawang-dihiris
Bawang goreng
Cara penyediaan:
1.Panaskan minyak tumis bahan yang dicincang.
2.Apabila sudah naik bau masukkan air rebusan daging, dah mendidih masukkan ayam dan daging.
3.Setelah ayam masak, masukkan mi yang sudah dicelur, udang, sotong, fishball,fishcake, kiub ayam.
4.Kemudian masukkan sayur-sayuran, perasakan dengan lada hitam, lada sulah, garam dan gula.
Ekstra Info :
Mi kuning dicelur terlebih dahulu supaya bila masuk di dalam kuah mee tak menyerap kuah ya
Daging direbus dahulu sehingga empuk.. air rebusan digunakan semula ya
BACA ARTIKEL MENARIK INI JUGA
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club