Bila tiba-tiba dapat panggilan daripada sanak saudara atau rakan sepejabat hendak datang beraya, masa ini mulalah kita ligat berfikir meskipun dengan masa yang terhad  kita ingin juga sediakan hidangan buat mereka. Menu ringkas pun jadilah asalkan kunjungan mereka ke rumah kita tidak pulang dengan hanya sekadar menjamah biskut semata-mata.

Dalam banyak-banyak menu ringkas, kita biasanya akan terfikir untuk masak bihun goreng atau mi goreng. Tapi apa kata kali ini kita buat yang nampak lebih istimewa iaitu menu mi rebus utara atau mi sup selatan. Menyediakannya juga amat mudah di mana menurut perkongsian resipi oleh Faizah Sharip, menu ini disediakan ‘main campak-campak’ sahaja.

 

 

Jadi tunggu apa lagi, jom masuk dapur dan sediakan juadah ini untuk disajikan kepada tetamu sempena Hari Raya ini selain menghidangkan biskut dan kek. Tentu tetamu pulang dengan perut yang kenyang dan puas hati.

Resepi Mi Rebus Utara/Mi Sup Selatan

Bahan-bahan:

6 ulas bawang putih-dicincang

1 inci Halia-dicincang

Lada hitam – tumbuk kasar

Lada sulah

Minyak untuk menumis

2 Kiub ayam knorr

sedikit gula

Garam jika perlu (sebab kiub sudah masin jadi rasa dulu sebelum letak garam ya)

Ads

Mee kuning ( dicelur)

Daging

Air rebusan daging

Ayam

Sotong

Udang

Fishball

Fishcake

Sawi

Carrot

Ads

Kobis bunga

Lada merah dan lada hijau-hiris

Daun sup dan daun bawang-dihiris

Bawang goreng

Mi Rebus Utara Atau Mi Sup Selatan, Masak Main Campak-campak Tapi Rasa Memang Padu!

Cara penyediaan:

1.Panaskan minyak tumis bahan yang dicincang.

2.Apabila sudah naik bau masukkan air rebusan daging, dah mendidih masukkan ayam dan daging.

3.Setelah ayam masak, masukkan mi yang sudah dicelur, udang, sotong, fishball,fishcake, kiub ayam.

Ads

4.Kemudian masukkan sayur-sayuran, perasakan dengan lada hitam, lada sulah, garam dan gula.

  1. Akhir sekali tabur daun sup, daun bawang dan bawang goreng. Siap.

 

 

Ekstra Info :

Mi kuning dicelur terlebih dahulu supaya bila masuk di dalam kuah mee tak menyerap kuah ya

Daging direbus dahulu sehingga empuk.. air rebusan digunakan semula ya

 

BACA ARTIKEL MENARIK INI JUGA

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Mi Rebus Utara Atau Mi Sup Selatan, Masak Main Campak-campak Tapi Rasa Memang Padu!

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI