Mi Goreng Untuk 60 Orang Makan, Ni Resipinya. Sesuai Sangat Jadikan Menu Open House!
Mi goreng kalau kena cara masak dan ramuannya boleh buat kita makan berselera hingga tidak pandang menu lain yang terhidang di atas meja. Nak-nak jika dimasak ‘meriah’ dengan udang, fishcake, isi ayam, tauhu, sayur sawi, telur dan sebagainya.
Diakui untuk menyediakan mi goreng ini memanglah mudah, pasti ramai pakar memasaknya. Namun bila ingin disediakan untuk merai tetamu yang ramai sempena majlis rumah terbuka, mungkin ada juga kurang yakin untuk memasaknya.
Maklumlah, takut-takut mi yang digoreng tak cukup rasa pula. Memandangkan biasa masak untuk sekeluarga dengan aggaran 6 hingga 8 orang makan, namun bila kata untuk 60 orang makanboleh kecut perut juga untuk disediakan.
Jadi apa kata anda jadikan panduan resipi yang dikongsikan oleh Nur Ismail ini dalam menyediakan Mi Goreng yang enak!
Mi Goreng untuk 60 Orang Makan
12 bungkus Mi kuning
60 ekor Udang Sederhana Besar
4 bungkus Fishcake potong nipis
2 kilo Sawi Cameron potong kecil
1 klio Kobis potong kecil
20 keping Tauhu di goreng dan potong kecil
400 gram minyak masak
1/2 kg Bawang Besar kisar halus
2 labu Bawang Putih kisar halus
400 gm Cili Giling
400 gm Sos Tomato
300 gm Sos Cili
400 gm Kicap Manis
6 SB Kicap Pekat
6 SB Gula
4 SB Garam
12 SB Stok Ayam
800 Gram Air
Hiasan
12 biji Telur goreng dadar dan potong halus
RM5 Daun Sup dan Daun Bawang potong halus
1 paket sederhana Bawang Goreng
Cili Merah di hiris
CARA-CARANYA:
~ Panaskan minyak dalam kuali
~ Tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau
~ Masukkan cili giling, kacau hingga naik minyak
~ Masukkan air 200gm
~ Masukkan batang sawi, kacau-kacau hingga layu
~ Masukkan sos tomato, sos cili, kicap manis, kicap pekat, gula, garam, stok ayam, air kacau rata
~ Masukkan udang dan fishcake, kacau rata
~ Masukkan sawi, kobis, mi dan tauhu
~ Kacau lagi dan kaupbalik hingga sebati dan masak
~ Siap
*Saya goreng 2 kali jadi semua bahan2 dibahagi dua
Masukkan dalam bekas hias dengan hirisan telur dadar, daun sup, daun bawang, bawang goreng dan hirisan cili merah
Selamat Mencuba