Memperoleh rezeki melimpah ruah namun tidak berkat, tidak ada maknanya. Walaupun kita memiliki harta yang yang banyak, kehidupan yang mewah namun hati tidak tenang dan bahagia, ini menunjukkan kepada kehidupan yang tidak diberkati. Ibarat istana kosong tanpa berpenghuni.
Berikut petikan dari tazkirah Ustaz Don Daniyal. Mari fikir-fikirkan.
“Bukan hanya daging babi, haiwan tak disembelih, atau pun arak sahaja yang kita perlu jaga sangat-sangat supaya tidak masuk ke dalam perut. Ada lagi sumber yang lain kita perlu elak dicampurkan dengan darah daging.
Nasi yang dimakan memang halal, tetapi kalau dibeli dengan gaji yang ditipu pun ragu statusnya. Jadi ragu disebabkan semasa waktu kerja, guna talian internet ofis berjam-jam melayan Facebook peribadi, lepak-lepak di kantin, kafeteria, ataupun konon keluar jumpa klien tetapi sebenarnya klien untuk bisnes sendiri. Ataupun pergi rumah kawan untuk dengar gosip terbaru.
Makan ayam goreng yang JAKIM sahkan halal, tetapi dibeli guna wang claim yang diada-adakan. Claim hotel, tetapi sebenarnya menginap percuma di rumah saudara-mara. Minta pemandu teksi keluarkan resit palsu. Claim mileage ke lokasi meeting, tetapi melencong membeli belah sebelum pulang ke ofis.
Sengaja lengah kerja waktu pejabat kerana mahu claim overtime. Ambil kertas A4, sampul surat, selotep, guna mesin fotostat pejabat untuk urusan bisnes online milik sendiri. Kadang-kadang, badan asyik sakit-sakit, duit asyik tak cukup, masalah bertimpa-timpa, bukan sebab Tuhan tak sayang. Bukan sebab orang aniaya. Bukan sebab santau atau kerja jin. Tetapi puncanya daripada diri sendiri yang tak mengawal hati.
Ads
Fikir dalam-dalam. Apabila musibah; tidak perlu tuding jari, ataupun bertanggungjawab atas perilaku sendiri”.
*KEBERKATAN YANG DICARI*
*5 cara untuk mendapat pahala setelah mati:*
Ads
1. Beli Al – Quran kepada seseorang, setiap kali dia membacanya kamu akan menerima pahala.
2. Sedekah kerusi roda kepada hospital, setiap kali orang sakit menggunakannya nescaya kamu akan mendapat pahala.
3. Turut serta dalam pembinaan masjid.
Ads
4. Meletak watercooler di tempat awam.
5. Menanam pokok. Kamu menerima pahala sekiranya ada manusia ataupun binatang berteduh di bawahnya atau makan darinya.
Sumber: Mohd Zamri (facebook)
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Tengok orang tanam sayur nampak best je kan. Lagi-lagi bila dapat tuai hasilnya. Tersenyum lebar bila dapat rasa hasil titik peluh sendiri kan.
Bagi yang nak belajar tanam sayur sawi sendiri, jom cuba cara yang dikongsikan ini. Cara yang mudah, malah hasilnya dapat sawi yang segar, cantik, bersih dan selamat. Nama pun organik kan. Biasa beli di pasar, sawi nampak layu. nak beli pun was-was kan.
Jom cuba tanam sawi dengan kaedah yang dikongsikan oleh Nur Zaliana. Moga bermanfaat!
Saya share cara saya tanam sawi secara organik,Atas batas direct matahari. #Tanaman2019
Cara tanam:
Sediakan batas panjang 5m lebar 1m. Gembur,masukan tinja ayam proses setengah guni (15kg) nak tambah kompos daun2 kering pun boleh peram 2minggu.sementara tunggu benih cukup usia untuk di pindah tanam.
Benih sawi hijau caisim yang berusia 12HSS sedia pindah tanam(saya tabur atas tanah terus direct matahari). buat lubang antara tanaman dengan jarak 5cm /pokok.Tanam sampai habis lepas tu siram.
4 hari setelah pindah tanam, tanam bulan lepas hari2 hujan jadi tak siram sayur. Cuma pastikan kawalan serangga guna Neem oil /cuka kayu.
Usia 2minggu,cabut rumput dan membaja. Saya guna tinja ayam sahaja. Kawalan serangga guna Neem oil/cuka kayu.
Usia 3 minggu sayur sawi nampak sekata. Stop membaja Kawalan serangga guna Neem oil /cuka kayu.
Jom sertai pertandingan Pilihan Keluarga Bulan Ini. Caraya mudah, klik sahaja link INI atau imbas QR code yang ada di poster. Hadiah menarik menanti anda!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Meleleh air liur tengok gambar Menu Mi Kari ni. Itu belum lagi rasa. Dengan hanya melihat gambar sahaja kita sudah membayangkan keenakannya. Rasanya pastilah lagi hebat.
Resipi yang dikongsikan oleh are peace dan Anisza mohd Shukri ini memang buat kita semangat nak cuba. Ibu-ibu yang tengah listkan menu untuk open house tu, boleh masukkan sekali menu ini. Wajib dicuba ni.
Resepi Mee Kari Simple
Bahan-bahan
4 bji bawang merah dikisar
1 labu bawang putih dikisar
2 pek serbuk kari daging (yg kecil)
1 senduk cili giling
1 pek 3sekawan
2 kiub pati ayam maggi
fishcake
fishball
tauhu kering
isi ayam atau tulang2 ayam
1 kotak santan 200ml
gula & garam secukupnya
air
ikan bilis segenggam dan bland dengan sedikit air sampai hancur (rahsia penyedap mee kari)??
bahan hiasan:-
Telur Rebus
Cili merah
Sawi
Taugeh
Limau kasturi
Cara membuat:
Tumis bahan kisar , 3 sekawan ,cili kisar dan serbuk kari. Tumis sampai pecah minyak dan naik bau dan masukan ikan bilis yang dah di kisar tadi.
Masukkan batang sawi yang dah di potong.. batang sahaja ok… daun dia jangan masuk sekali dalam kuah ni… Masukkan ayam , fishball ,fishcake.
Masukkan air dan santan secukupnya, kalau nak kuah pekat atau cair pandai2 la bajet air k….
Masukkan kiub pati ayam, garam dan gula secukupnya.. kalau suka pak aji boleh masukan sedikit… last sekali masukan tauhu kering….
Tunggu sampai mendidih… siap…. boleh la dihidang bersama bahan untuk hiasan tu….
Tip masakan:
Ikan bilis tu adalah rahsia mee kari yang sedap… saya pun dapat tips ni dari mak mertua adik yang pernah berniaga mee kari satu ketika dahulu…
Kredit Resepi : are peace dan Anisza mohd Shukri
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.