Orang Malaysia ni pantang tau, ada benda pelik-pelik sikit terus viral. Macam sekarang ni, dua tiga hari dah viral cheese cake ala-ala cheese dalam cerita Tom & Jerry. Waktu ni mula orang tag sana sini mencari resipi lah, minta orang sana sini buatkan lah. Betul tak?
Haa tak payah susah-susah nak search sana sini dah, ikut je resipi yang sis nak bagi ni hasil dari perkongsian Puan NorhasLina OtHman . Jom cuba!
Saja gatai buat…peminat cheese tegar ni namanya Tom & Jerry Cheese Cake
RESEPI TOM & JERRY CHEESE CAKE
Bahan coklat luar :
500gm white compound coin
2-3 titik pewarna kuning lemon
Cara :
1. Double boilkan hingga cair bila dah suam masukkan ke dalam piping bag dan picit ke dalam acuan dan ratakan.
2. Agak-agak je tak nipis sangat tak tebal sangat kemudian bekukan sekejap dalam peti sejuk.
Bahan untuk cheese :
Bahagian A
400gm cream cheese
300gm whipping cream
50gm gula aising
½ perasa oren sunquick
Bahagian B
50gm air suam
1½ tbsp gelatin
Cara :
1. Mix cream cheese bagi nampak licin. Kemudian masukkan gula dan perasa sunquick mix hingga sebati. Akhir sekali masukkan whipping cream mix sampai sebati dan kental.
Tengah-tengah kek itu adalah kek sponge coklat. Kalau nak senang letak je kek Apollo 30sen tu. Tak letak kek pun ok gak terpulang pada citarasa masing-masing
SELAMAT MENCUBA!!!