Orang Malaysia ni pantang tau, ada benda pelik-pelik sikit terus viral. Macam sekarang ni, dua tiga hari dah viral cheese cake ala-ala cheese dalam cerita Tom & Jerry. Waktu ni mula orang tag sana sini mencari resipi lah, minta orang sana sini buatkan lah. Betul tak?

Haa tak payah susah-susah nak search sana sini dah, ikut je resipi yang sis nak bagi ni hasil dari perkongsian Puan NorhasLina OtHman. Jom cuba!

Saja gatai buat…peminat cheese tegar ni namanya Tom & Jerry Cheese Cake

Mewah Dengan Cheese, Mudah Rupanya Resipi Tom & Jerry Cheese Cake Ni. Buat Sendiri Pun Boleh!

RESEPI TOM & JERRY CHEESE CAKE

Bahan coklat luar :

IKLAN

500gm white compound coin
2-3 titik pewarna kuning lemon

Cara :

1. Double boilkan hingga cair bila dah suam masukkan ke dalam piping bag dan picit ke dalam acuan dan ratakan.
2. Agak-agak je tak nipis sangat tak tebal sangat kemudian bekukan sekejap dalam peti sejuk.

IKLAN
Mewah Dengan Cheese, Mudah Rupanya Resipi Tom & Jerry Cheese Cake Ni. Buat Sendiri Pun Boleh!
contoh acuan untuk kek. Boleh dapatkan secara online.

Bahan untuk cheese :

Bahagian A
400gm cream cheese
300gm whipping cream
50gm gula aising
½ perasa oren sunquick

Bahagian B
50gm air suam
1½ tbsp gelatin

IKLAN

Cara :
1. Mix cream cheese bagi nampak licin. Kemudian masukkan gula dan perasa sunquick mix hingga sebati. Akhir sekali masukkan whipping cream mix sampai sebati dan kental.
2. Campurkan air suam dan gelatin sampai larut. Tunggu sejuk baru masukkan ke dalam bahagian A. Kaul sebati guna sepatula.

Tengah-tengah kek itu adalah kek sponge coklat. Kalau nak senang letak je kek Apollo 30sen tu. Tak letak kek pun ok gak terpulang pada citarasa masing-masing

Mewah Dengan Cheese, Mudah Rupanya Resipi Tom & Jerry Cheese Cake Ni. Buat Sendiri Pun Boleh!

SELAMAT MENCUBA!!!

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI