Hari ini merupakan hari lahir pelawak dan penyampai radio terkenal, Jep Sepahtu. Dalam satu perkongsian di dalam instagramnya, Sari Yanti menitipkan ucapan hari lahir buat suaminya yang tersayang.
Selamat hari lahir buat suamiku @jepsepahtu . Banyak cerita datang dan pergi tapi kisah kita kekal dalam hati. Semoga Sayang jadi insan yang Allah sayang dan rahmati dia dunia dan di akhirat. Semoga selalu punya hati yang tenang dan bahagia. Sihat dan sejahtera ❤
Buat hati yang pernah tergeletek, bibir yang pernah tersenyum dan ketawa dek gelagat suami saya. Tolong Doakan Mohd Nadzri Bin Zainal Abidin agar dijaga Allah swt imannya.. diuruskan Allah urusannya, di rahmati dari dunia hingga akhirat. Terima Kasih semua . 🤗 semoga yang lebih baik untuk kalian semua. Insyaallah 🤲
Dalam pada itu Sari dan anak-anak turut membuat sendiri kek hari jadi untuk Jep memandangkan tidak boleh keluar kerana PKP. Bertuah Jep kerana cukup disayangi oleh anak-anak tirinya.
LOVE.
Ads
3 beradik buat cake untuk Abah punya 35th birthday. we love you so much @jepsepahtu
.
agak agak jadi tak cake 3 beradik ni buat? 🤪
liani_ahmad Kalau x jadi pun, x kira abah kena makan juga😜. Happy birthday Jep. Moga dipanjangkan usia yg bermanfaat, dilimpahkurniakan rezeki yang berpanjangan, hidup bahagia bersama keluarga tercinta & senantiasa dlm lindungan Allah swt. – Yani.
nurizzattina eeeee shoooooooshoo sweett 3bradik ni 🥰🥰🥰… Aamiin yra 🤲🏻
hidayahnor90 Kak @sariyanti Ada smbungan x video ni… Suka tgok barr n bassit wish utk papa jep tu… Sygnya mrka dkt papa jep kn… Moga mnjdi kluarga yg bhgia sakinah warahmah utk u olls
haesrinSuch a lovely children. Nampak abang-abangnya syg sgt kat Dariya tu. Happy birthday @jepsepahtu Happy family till jannah InsyaAllah
Dalam berbicara tentang keberkatan dalam mencari rezeki, seseorang mukmin hendaklah menjauhi diri dari perbuatan maksiat.
Dalam apa pun jenis rezeki yang kita dapat, semua itu tidak lain dan tidak bukan adalah daripada Allah SWT.
Nak tahu lebih lanjut tentang pengertian rezeki yang mendalam, ikuti perkongsian ini oleh Khairul Anuar Basri
TENTANG REZEKI. 1. Allah penentu segala rezeki. Tiada yang boleh mengatasi kehebatan dan kekuasaan Allah dalam hal rezeki. 2. Kita mesti beriman dan yakin dengan Allah sebagai pemberi rezeki dan rezeki yang Allah akan berikan kepada kita. Banyakkan berusaha, berdoa dan bertawakkal. 3. Jika Allah telah tulis bahawa rezeki itu milik kita, maka tiada siapa yang dapat menghalangnya. 4. Jika Allah telah tulis bahawa rezeki itu bukan milik kita, maka tiada apa yang dapat kita usahakan. 5. Setiap manusia yang dilahirkan, dia datang bersama rezeki masing-masing. 6. Setiap manusia ditentukan rezekinya sekian-sekian banyak. Selagi tidak sampai kepada had yang sepatutnya, maka dia tidak akan mati. 7,Kadang-kadang orang menumpang rezeki kita. Sebagai contoh, anak-anak yang menumpang rezeki hasil usaha ibu bapanya. 8 Kadang-kadang kita menumpang rezeki orang. Sebagai contoh, ibu bapa yang menumpang rezeki yang datang bersama kelahiran anak-anak mereka. 9.Kadang-kadang Allah memang kurniakan rezeki tersebut untuk kita. Maka kita mendapat manfaat langsung dari rezeki tersebut. 10.Kadang-kadang Allah jadikan kita sebagai asbab rezeki orang lain. Kita yang bekerja, dapat upah, digunakan untuk menyara ahli keluarga. 11. Kadang-kadang Allah jadikan rezeki makhluk lain asbab pekerjaan kita. Kita yang bekerja, dapat upah, digunakan untuk membeli makanan kucing peliharaan kita. 12. Kadang-kadang Allah mudahkan rezeki buat kita. Kadang-kadang Allah payahkan sedikit untuk melihat kita lebih berusaha, berdoa dan bertawakkal. 13. Kadang-kadang Allah datang rezeki yang tidak disangka-sangka kepada kita asbab kebaikan yang kita lakukan. 14. Jangan sesekali mendabik dada dengan mengatakan rezeki ini kerana usaha kita atau amalan kita yang tertentu. Kita tidak tahu sebab sebenar kenapa Allah memberi kita rezeki tersebut. Mungkin ada usaha atau doa orang lain untuk kita yang dimakbulkan oleh Allah. 15. Jangan sombong dan bercakap besar tentang rezeki. Ia hak milik Allah yang mutlak dan kekal menjadi rahsiaNya sampai bila-bila. 16. Jangan dengki dengan orang yang murah rezeki, lalu dibuat perkara yang bukan-bukan terhadapnya. Lebih-lebih lagi jika dia seorang yang pemurah. Kecuali dengki kita itu untuk kebaikan dan mahu menjadi kaya dan pemurah sepertinya. 17. Selalulah sangka baik dengan rezeki kerana itu adalah tanda sangka baik kita dengan pemberi rezeki iaitu Allah. 18. Rezeki akan jadi sangat sukar buat kita bila kita banyak buat maksiat. Tinggalkan dosa dan maksiat, bertaubat dan beristighfarlah setiap masa. 19. Rezeki juga boleh jadi sangat banyak untuk ahli maksiat sebagai istidraj kepada pemiliknya. Jangan sampai kita termasuk dalam golongan ini kerana kita akan semakin jauh dari Allah. 20. Rezeki bukan hanya dalam bentuk wang ringgit. Masa yang lapang, hati yang tenang, anak ramai dan soleh, isteri yang solehah, hutang yang selesai, tidur yang lena, perut yang tidak lapar, ada tempat untuk berteduh dan lain-lain perkara yang menyenangkan hidup juga adalah rezeki. Kita mungkin tak kaya tapi tak susah. 21. Syukur atas rezeki yang Allah bagi kepada kita dengan berkongsi rezeki dengan orang lain. Makin banyak yang kita kongsi, makin banyak yang Allah akan bagi. 22. Pada setiap rezeki yang Allah berikan kepada kita, pasti ada bahagian orang lain yang mesti diagihkan. Itulah zakat, sedekah dan hadiah. 23. Berhati-hati dengan segala macam amalan yang ‘katanya’ menjemput rezeki. Jangan sampai obses kita dengan hasil rezeki melebihi obses kita kepada pemberi rezeki. 24. Berpagi-pagilah dalam mencari rezeki. Pada setiap pagi, Allah yang maha pemurah menebarkan rezeki seluas-luasnya untuk ‘direbut’ oleh sekelian makhlukNya. Siapa cepat dia dapat! 25. Last sekali… rezeki terhebat, terbesar dan terindah ialah rasa cukup dengan apa yang ada dan tidak pernah mengeluh dengan apa yang tiada. Selamat pagi semua.
– Rezeki sungguh Allah bagi bangun pagi ni, bagi kesihatan dan bagi idea untuk terus menulis buat manfaat semua pembaca –
Hakikatnya untuk bahagia bukan wang ringgit semata tetapi hubungan mesra dengan pasangan.
Salah satu cara yang dilakukan oleh pelakon, Aeril Zafrel yang mengenakan isterinya,Wawa Zainal.
Hanya dengan berpakat dengan pelayan seakan cawan terjatuh ke arah Wawa. Situasi ini mengejutkan Wawa tetapi disambut gelak ketawa kesudahannya apabila Wawa menyedari itu hanya prank dari suaminya.
Kepada encik suami, kadang kala boleh lah prank isteri. Jangan serius sangat ye. Kadang kala,hidup ni kena ada senda gurau kan.Barulah rumah tangga ceria.
Sumber: Instagram Aeril zafrel
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bukan mudah untuk menghadam hakikat bahawa insan yang kita sayangi yang diharap dapat sehidup semati sehingga ke akhir hayat, namun akhirnya pergi buat selama-lamanya.
Belum puas berkasih sayang, berkongsi tanggungjawab sudah pun dijemput ilahi. Perkongsian saudara Faid Noorazmi cukup menyentuh hati. Tatkala usia perkahwinan baru setahun lebih, isteri kesayangan pergi tak kembali.
Kehilangan insan tersayang membuatkan dia hanya mencurahkan sepenuh kasih sayang kepada satu-satunya buah hati dan cahaya mata yang ditinggalkan sang isteri buat tanda kasih antara mereka.
Bidadari Syurga, Setia Hingga Hujung Nyawa.
Rasa terpanggil, rasa hati bagai dijentik bila buka sosial media sejak kebelakangan ni makin ramai insan yang menerima nasib macam aku. Kehilangan srikandi dunia, dijemput Allah menjadi bidadari syurga di usia muda.
Lebih kurang 3 tahun 6 bulan aku hidup tanpa isteri di sisi dan tempoh ni akan terus berpanjangan selagi hayat di kandung badan.
Kalian semua tahu apa yang aku rasa?
Rasa sunyi? Ye, sunyi yang teramat dalam.
Rasa menyesal? Ye, pasti ada rasa menyesal sebab tak jadi yang terbaik untuk isteri sepanjang waktu hidup dia.
Rasa rindu? Ye, satu perasaan rindu yang teramat sakit yang bagi aku tak ada penghujungnya melainkan syurga.
Sahabat alam maya semua, aku bukan orang yang terlalu berpengalaman dalam menguruskan rumah tangga, aku hanya sempat rasa bahagia bersama lebih kurang 1 tahun 1 bulan. Nikmat kebahagiaan aku ditarik ketika aku masih berumur 24 tahun dan anak aku baru berusia 2 bulan.
Dalam pada itu, saudara Faid turut menitipkan beberapa pesanan buat suami isteri dalam melayari alam rumahtangga bersama.
Sahabat, aku cuma nak sampaikan beberapa pesanan buat kalian yang masih ada & bakal memiliki pasangan 👇🏽
1. Hidupkan suasana “baitul muslim” di dalam rumah. Dirikan solat jemaah, sama-sama mendalami ilmu agama & nasihat menasihati sesama pasangan. Suami nasihat isteri, isteri juga perlu menasihati suami. Dalam rumah tangga, nobody perfect. Sama-sama usaha untuk sempurnakan antara satu sama lain.
2. Ciptalah kenangan seberapa banyak yang mungkin, kerana dengan kenangan itulah akan menjadi tatapan bila salah seorang daripada kalian kembali ke pangkuan pemilik alam.
3. Perbaiki hubungan sekiranya retak ditengah jalan. Kalian mungkin terasa kadang- kadang pasangan itu adalah beban. Tetapi kalian akan terasa sebenarnya dia adalah sumber kekuatan apabila dia hilang selamanya dari kehidupan.
4. Ucapkan kata sayang seikhlas & sekerap mungkin yang boleh kalian ucapkan. Masa dia dah pergi, masa tu nak jerit nak menangis ucap “ I Love You” pon dah tak ada guna.
5. Layankan manja & gedik pasangan. Ini antara benda paling besar yang kalian akan rindu bila pasangan kalian pergi buat selamanya. Mungkin masa hidupnya dia kalian akan rasa menyampah, letih, geram tengok bila dia terlebih manja, tapi percayalah bila dia dah tak ada, kalian akan tanya dalam hati sendiri, siapa lagi nak manja dengan aku? siapa lagi nak tergedik dengan aku? siapa lagi nak bergurau dengan aku? masa tu dah tak ada siapa. Kalau kalian jenis tak melayan karenah manja pasangan, aku tak boleh gambarkan betapa besarnya penyesalan kalian 😭.
6. Makan bersama pasangan. Bagi aku selain bedtime story, duduk makan semeja bersama pasangan merupakan salah satu waktu terbaik untuk kalian menguatkan ikatan kasih sayang bersama. Jangan biarkan pasangan makan berseorangan. Waima kita dah makan di luar atau ada jamuan di tempat kerja, balik rumah duduk semeja, jamahlah makanan yang ada bagi menemani pasangan kita yang menunggu kepulangan kita untuk makan bersama.
7. Sentiasa doa & redha antara sesama pasangan. Ini adalah saham akhirat untuk pasangan kita. In sya Allah dengan doa & redha daridapa kita suami/isteri, pasangan kita akan selamat & bahagia di negeri abadi 😊.
Semoga coretan aku ada manfaat untuk sahabat alam maya terutama yang masih ada pasangan di sisi. Buat sahabat yang senasib dengan aku, aku doakan kalian semua terus tabah, kuat & bahagia di samping anak-anak yang menjadi penyuntik semangat kita. Jagalah amanah daripada pasangan kita itu sebaiknya. Moga dengan redha & sabarnya kita terhadap ujian berat ini, menjadi asbab Allah mengangkat darjat kita semua di syurga nanti.
Aaminn ya Rabbal Alamin.
Sekian, coretan daripada seorang bapa tunggal, Muhammad Faid Bin Noorazmi.
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.