
Hati isteri mana yang tidak sedih kehilangan suami tercinta. Insan yang dicintai sepenuh hati pergi mengadap sang pencipta.
Begitulah yang dirasai oleh Siti Nurhidayah Mohd Ali yang kehilangan suami tercinta, Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ali dua tahun lepas.
Terbaru muat naik di akaun TikToknya, hidayah_hamzah menunjukkan anaknya sedang memeluknya gambar arwah.
Malah anaknya kelihatan sedang mencium gambar ayahnya. Gelagat anak kecil ini meruntun jiwa setiap ibu yang melihatnya. Anak tunggal hasil daripada perkahwinan mereka, Syed Uthman Al-Juffrey yang kini berusia tiga tahun kelhatan rindu
“Kenangan Hamzah syg Ayah. Masa hamzah demam rindu Kat Ayah terus dia ambil gambar Ayah.. Hamzah sayang Ayah sentiasa doakan Ayah. Al-fatihah suami ku sayangg Syed Umar Mokhtar.”
Perkongsian itu telah meraih perhatian para peminat arwah. Ramai yang sebak dan mendoakan anak arwah dipermudahkan urusan hidupnya.
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
“Rindu Nak Peluk Anak, Tengok Dari Jauh.” Takut Bawa Pulang Covid-19, Doktor Ni Hanya Berdiri & Lambai Depan Rumah. Sebak!

Sebak. Itulah perkataan yang mampu diungkapkan tatkala melihat dan membaca kisah lelaki ini. Betapa Wavbak Covid-19 ini telah membawa kesan yang cukup besar bukan hanya pada mereka bahkan seluruh dunia.
Lelaki ini pyang bekerja sebagai doktor hanya mampu memandang dari kejauhan anak-anaknya dek kerana bimbang keluarga terdedah dengan risiko memandangkan dia mengendalikan kes Covid-19.
Kisah ini dimuat naik oleh saudara Ahmad Effendy Zailanudin menerusi laman facebooknya. Semoga kisah ini menjadi teladan buat kita untuk terus mendengar arahan dan mengikut Perintah Kawalan Pergerakan oleh pihak yang berkuasa. Sebaiknya #stayathome dan keluar hanya untuk membeli barangan keperluan sahaja. Elakkan diri dari terdedah kepada bahaya wabak Covid-19 ini.
Gambar ini.
Beliau cousin aku. He’s a doctor.
Dia jugak punya keluarga.
Punya anak2 yang rindukan dia.
Khidmatnya diperlukan negara
Khidmatnya diperlukan semasa Negara dalam keadaan masih dibelenggu wabak Covid19.
Begini cara dia berjumpa anak2.
Dari jarak jauh.
Aku pun seorang ayah. Aku terkesan bila tengok gambar ni.
Apa perasaan dia..
Perasaan anak2 dia.
Rindu nak peluk anak-anak
Dah tentu dia pun rindu nak peluk anak2. Tapi apa yang boleh dibuat, terpaksa menatap anak2 dari jauh.
Buat rakan2 FB, tolong lah.
Ikut apa arahan yang dikeluarkan. Fikirkanlah perasaan orang lain. Kita Bersyukur sebab boleh duduk dengan keluarga di rumah. Main dengan anak2.
Dedahkan diri kepada risiko
Tapi mereka terpaksa berkorban. Dedahkan diri mereka kepada risiko. Hanya untuk pastikan semua yang suspected atau positive menerima rawatan yang sepatutnya.
Kerana itu aku lantang bersuara bila ada pihak yang keras kepala. Tidak mengikut arahan. Sebab perbuatan bodoh mereka ini, boleh menyusahkan orang lain.
Fikirkanlah.
Semoga Allah melindungi kesemua front liner yang bertugas.
“Kuat Sebab Anak…”-Hidap Kanser Mulut Tahap Empat, Ibu Ni Pilih Untuk Terus Berjuang!

Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya. Jika difikirkan seakan kita sendiri tidak mampu untuk berdepan dengan ujian hidup yang sedang dilalui oleh seorang wanita yang juga ibu kepada seorang kanak-kanak perempuan berusia 8 tahun ini.
Siti Saqmah Mansor, 33, membesarkan anak tunggalnya iaitu Annur Amani Zamri secara seorang diri selepas kematian suami, Zamri Sulaiman akibat barah pada 6 tahun yang lalu.
Namun kini bukan saja perlu membesarkan anak bersendirian, malah dia juga bertarung nyawa akibat barah mulut tahap empat yang dihidapi sejak dua tahun lalu.
Apa yang pasti cabaran yang dilaluinya memerlukan kekuatan dan semangat yang luar biasa, tidak hanya dari segi fizikal tetapi juga emosi dan mental.
Menurut Siti Saqmah yang menetap di Parit Raja, dia perlu membesarkan anak tunggalnya, Annur Amani Zamri, 8, yang tinggal bersamanya. Meskipun bukan mudah meneruskan hidup tanpa suami namun dia tiada pilihan melainkan akur dengan ketentuan-Nya.
Kuat Sebab Anak
Memetik perkongsian di Harian Metro, menyedari tanggungjawab digalas, Siti Saqmah berikhtiar membuat dan menjual sandwic, sosej serta kek batik bagi menjana pendapatan kerana hanya itu mampu dilakukan dengan kudratnya ketika ini.
“Dulu, saya sihat dan normal, tetapi suami yang menghidap barah saluran makanan tahap empat.
“Ditakdirkan, suami tak dapat bertahan dan akhirnya dijemput Ilahi pada 2017, jadi tinggal saya berdua dengan anak.
“Setahun kemudian (2018), saya terbabit dalam kemalangan ketika menaiki kereta dipandu abang dan kesannya, gusi atas pecah.
“Awalnya, doktor tak kata apa tapi ia membengkak. Lama-kelamaan, bengkak di gusi semakin membesar dan hasil pemeriksaan lanjut mendapati saya menghidap barah mulut,” katanya lagi.
Siti Saqmah berkata, dia mengambil masa lama untuk menerima hakikat dirinya menghidap barah.
“Selepas disahkan menghidap barah, sebulan juga saya di hospital iaitu pada September 2021 untuk menjalani pembedahan gusi dan lelangit.
“Memang patah semangat namun saya kuat sebab anak kerana fikir dia masih kecil dan kena ke sekolah.
“Jadi jika saya lemah bagaimana nak cari duit untuk tanggung dan besarkannya?” katanya.
Harapkan Keajaiban
Berhubung penyakitnya, Siti Saqmah berkata, dia sudah menjalani empat sesi kemoterapi.
“Itu saja ikhtiar saya buat masa ini kerana penyakit saya ini tiada ubatnya.
“Jadi, saya hanya mampu berdoa dan mengharap ada keajaiban untuk diberi kesembuhan kerana tak dapat bayangkan bagaimana anak jika saya tiada nanti,” katanya.
Sumber : fb Siti Saqmah Mansor & myMetro
Jangan Minta Duit Dan Buka Sampul Duit Raya Depan Tuan Rumah. Salah Satu Karenah Anak Yang Ibu Ayah Kena Alert Musim Raya.

Bila tiba hari raya, salah satu cabaran ibu bapa ketika ini adalah mengenai adab ketika menerima duit raya dan berkunjung ke rumah tuan rumah.
Memang ada kata, ‘biarlah budak-budak’ tetapi hakikatnya anak-anak kena diberi didikan agar lebih beradab ketika hari raya.
Ikuti perkongsian Taufiq Razif di laman facebooknya.
#1- Jangan minta duit raya
Nak ziarah rumah boleh. Nak tawaf satu kampung pun boleh tapi bila masuk rumah orang, jangan sekali kali minta duit raya.
Kita tak tahu keadaan ekonomi tuan rumah. Jadi, makan dan minum je kuih muih yang tuan rumah hidangkan tapi ajar anak kita untuk tak meminta minta duit raya
#2 – Jangan buka sampul duit raya di depan tuan rumah
Membuka sampul duit raya di depan tuan rumah dan menyebut jumlah duit adalah perbuatan yang memalukan dan tak beradab pada tuan rumah
Ada orang mampu je nak bagi RM50 tapi ada orang, nak bagi 50 sen pun mereka terpaksa menyimpan sepanjang tahun.
#3 – Jangan intai rumah orang
Kalau dah ketuk 3 kali dan tak ada orang respon, baliklah. Itu adab bertamu.
Bila ketuk rumah orang pula, jangan berdiri betul betul muka pintu, ajar anak untuk berdiri di tepi pintu supaya bila pintu tu dibuka kita tak terus nampak aurat ahli keluarga tuan rumah tu.
#4 – Jangan masuk ke bilik tidur orang tanpa izin
Bagitahu anak kita bahawa bilik tidur adalah tempat paling privasi bagi tuan rumah.
Nak solat atau nak ke tandas sekalipun, kena minta izin dulu.
#5 – Jangan buka peti ais rumah orang
Ada orang mengadu kat saya haritu katanya ada anak anak tetamu datang rumahnya, buka peti ais dan minta macam macam makanan kat dalam tu
Sebagai tuan rumah, kita hargai dan muliakan tetamu tetapi sebagai tetamu, kena la hormat tuan rumah. Tak boleh biarkan anak kita sesuka hati meneroka rumah orang ni.
#6 – Jangan usik barang tuan rumah
Musim beraya ni la orang duk pakat ‘display’ perhiasan termahal mereka.
Pesan kat anak anak kita jangan duk usik barang orang terutamanya yang berkaca. InsyaAllah anak kecil pun boleh faham kalau kita ingatkan berkali kali
#7 – Jaga kelakuan
Terutamanya anak kecil yang aktif dan suka berlari tu memang kita wajib pesan untuk beringat. Kalau anak tak boleh dikawal sangat, bawa anak keluar rumah supaya mereka boleh ‘channel’ energi mereka di luar tapi kalau kita sendiri tak yakin boleh kawal anak kita tu sebaiknya tak bertamu pun tak apa.
Bertamu tu SUNAT hukumnya tapi menjaga kelakuan anak daripada merosakkan barang orang itu WAJIB!
p/s : Banyak cara nak kawal anak ni. Antaranya bawa mainan kesukaan mereka ketika ziarah rumah orang. Ni la ‘art of distraction’ yang kita kena belajar .