“Mesti Fatima Tercari-Cari Nanti Muka Kak Yanti.” Pengasuh Anak Akan Pulang Ke Kampung, Luahan Fazura Bikin Sebak!

Share

Tiga bulan, bukanlah tempoh yang lama, namun keprihatinan dan kasih sayang yang ditunjukkan oleh wanita yang dikenali sebagai Yanti dalam menjaga Fatima membuatkan Fazura menyenangi wanita ini.

Di dalam perkongsiannya baru-baru ini, Fazura memuji akan keprihatinan wanita berkenaan yang sangat menyayangi anaknya seperti anak sendiri. Namun, mereka terpaksa berpisah kerana Yanti akan pulang ke kampung halamannya semula.

Sebenarnya sepanjang hari semalam dah mula rasa sangat sayu dan sedih sebab hari ni merupakan hari terakhir Yanti bersama kami menjaga Fatima.

Faz memang akan rasa sangat sedih yang luar biasa kalau ada perpisahan begini terutama jika orang tu orang yang baik. Yanti memang ikhlas kerja untuk mencari rezeki buat ibu, anak dan keluarga. 7 tahun tak bertemu anak dan ibu, something yang Faz tak boleh bayangkan dan hari ni tiba masa Yanti pulang bertemu mereka yang pasti sangat dirinduinya.

Fazura dalam pada itu turut berterima kasih kepada Yanti kerana menjaga Fatima seperti anaknya sendiri. Malah, Fazura juga tidak dapat menyembunyikan rasa sedih dan mengalirkan air mata.

Terima kasih Yanti kerana telah menjaga Fatima sebaik-baiknya seperti anak yanti sendiri. Walaupun hanya 3 bulan bersama tapi dah rasa macam bertahun dan Yanti dah dianggap sebahagian dari keluarga kami. Kami sayangkan Yanti.

Menangis berpelukan kami tadi teresak-esak. Sedih sangat. Syukur ke-hadrat Allah SWT kurniakan Yanti, orang yang baik. Semoga semuanya dipermudahkan buat Yanti sekeluarga. Doa Faz, Fattah, Mama, Chot dan seluruh keluarga sentiasa mengiringi Yanti InsyaAllah.

Terima kasih sis Rina di @fazrina_postnatalcare for your kindness and amazing service. Terima kasih kirimkan Yanti buat kami.

Rindu sangat dah. 💖

Menerusi ruangan komen, ada yang turut berterima kasih kepada Yanti kerana menjaga Fatima dengan baik selama ini dan mendoakan semoga dia dipermudahkan segala urusan.

7 tahun tak jumpa anak
tisahsalleh Sedihnye..bila faz cakap yanti tak jumpa anak dah 7 tahun.. 🥺
eyka__ssi Thank you so much Sis Yanti for taking care Baby Fatima💖💖💖Fatima why so extra cute duk dalam kain batik tuh🥰🥰🥰comel❤️
miranabellaamira Thank you Yanti. ❤️ Semoga selamat bertemu dgn ibu dan anak2. 🤲🏻🤍
cahaya_molek Thank you sis Yanti jagakan Fatima dengan baik ❤️❤️❤️
bamtahdolly Makasih sis Yanti, semoga dipermudahkan urusan bertemu keluarga tercinta 💝Love Fatimaaa💗🌸
Bukan senang nak dapat yang baik dan serasi
ainaaa90_ mesti fatima tercari nnt muka kak yanti 😢 suka tgk fatima happy dgn kak yanti .semoga allah mudahkan urusan kak yanti dan keluarga fazura 🤲🏻💕❤️😍🥺
fuzzynotwuzzy Terima kasih Yanti jaga Fatima dgn baik selama ini. Semoga penggantinya juga tak kurang baik nanti. Semoga segalanya dipermudahkan.
mpearang Kesian fatima pengasuh yg baik dah nak balik ,bukan senang nak dpt yg baik dan serasi,❤️
_misshafizah1123 Alhamdulillah..Terima kasih kak Yanti kerana menyayangi & menjaga baby macam anak/keluarga Fatima @missfazura ❤️🌹..#🤲🏻yangbaik-baiksahaja✌🏻

 

Sumber: fattzuralovelife

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club