Bila bergelar anak tunggal umum membayangkan pastinya anak tersebut akan menerima kasih sayang yang tidak berbelah bahagi dari ibuayahnya. Anak tunggal juga tidak perlu berkongsi kasih sayang dengan adik-beradik yang lain malah kebanyakan dari anak tunggal ini lebih manja sifatnya.
Mungkin ini jugalah yang pernah dirasai oleh seorang anak remaja ini yang dikenali sebagai Muhammad Akmal Danial, menjadi anak tunggal selama 17 tahun! Pun begitu pada bulan Ogos yang lalu ibunya telah selamat melahirkan anak perempuan yang diberi nama Nur Ayra Delisha.
Benarlah rezeki itu datang tanpa diduga, pasangan suami isteri, Norhafizi Mohamed dan Siti Aisyah Ibrahim telah dikurniakan bayi perempuan selepas 17 tahun menunggu.
Kegembiraan itu telah dikongsikan bersama wargamaya dan kisahnya tular di TikTok selepas Siti Aisyah, 40, memuat naik video anak sulung, Muhammad Akmal Danial, 17, dan Nur Ayra Delisha yang dilahirkan pada 28 Ogos lalu.
Bukan sahaja jarak usia antara anak pertama dan kedua yang begitu jauh menarik tumpuan warganet, malah warga TikTok tertarik melihat abang mengasuh adik dan keakraban hubungan dua beradik tersebut yang cukup membahagiakan di lihat hingga video ini mencecah 1M tontonan.
Memetik kisah lanjut berkenaan keluarga ini di Harian Metro, Norhafizi, 44, yang menetap di Kampung Gong Kepas di sini berkata, anak sulungnya dilahirkan pada 2004 iaitu tahun pertama perkahwinan mereka.
Menurutnya, dia dan isteri memang mengimpikan zuriat lagi cuma tiada rezeki buat mereka selepas itu.
“Kami tidak merancang dan isteri pernah hamil pada 2008 tetapi kandungannya itu keguguran dan dianggap kami tiada rezeki untuk menimang cahaya mata kedua ketika itu.
“Selepas mengalami keguguran, isteri tidak hamil dan bagi mendapatkan kepastian, kami bertemu pakar di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) Kota Bharu, Kelantan selain berikhtiar dengan menjalani rawatan kesuburan, Inseminasi Intrauterine (IUI).
“Bagaimanapun, masih tiada hasil namun kami tidak berputus asa malah teruskan hidup dengan membesarkan dan beri kasih sayang kepada Muhammad Akmal Danial,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.
Berkongsi pengalamannya sejak ada cahaya mata kedua, Norhafizi mengakui agak kekok kerana sudah lama tidak menjaga dan menguruskan keperluan bayi.
Bagaimanapun, Norhafizi bersyukur kerana ada banyak waktu bersama anak keduanya itu memandangkan sudah bersara sebagai anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pada Mei tahun lalu.
“Bukan hanya saya malah isteri juga kekok kerana sudah lama tidak menguruskan bayi dan berjaga malam untuk menyediakan keperluannya.
“Seolah-olah kami baru pertama kali menimang cahaya mata walaupun pada hakikatnya pernah mempunyai pengalaman sebelum ini.
Ads
“Mujurlah saya sudah bersara jadi ada banyak masa bersama bayi kerana isteri bekerja sebagai jururawat di klinik kesihatan dan tidak lama lagi akan kembali bertugas selepas tamat cuti,” katanya.
Menceritakan penerimaan anak sulungnya, Norhafizi berkata, Muhammad Akmal Danial tidak gembira ketika kali pertama dapat tahu akan ada adik.
“Mulanya dia (Muhammad Akmal Danial) agak memberontak kerana bimbang kami beri perhatian lebih kepada adiknya kerana sebelum ini, dia anak tunggal jadi tumpuan untuknya saja.
“Bagaimanapun, segalanya berubah selepas Nur Ayra Delisha dilahirkan apabila Muhammad Akmal Danial yang paling teruja dan dia juga banyak menghabiskan masa melayan keletah adiknya itu di rumah.
“Sebagai bapa, saya suka melihat keakraban mereka berdua dan gembira apabila Muhammad Akmal Danial sudah ada teman baru di rumah lagipun kasihan juga kepadanya sebelum ini kerana sering diusik rakan gara-gara menjadi anak tunggal,” katanya.
Norhafizi menganggap kehadiran Nur Ayra Delisha dalam hidupnya dan isteri sebagai anugerah terindah yang menceriakan keluarga.
“Ini ketentuan Ilahi dan kelahiran Nur Ayra Delisha membuatkan seluruh keluarga teruja terutama keluarga belah saya kerana kebanyakan anak saudara sudah besar.
“Bagi pasangan di luar sana yang lalui perjalanan sama seperti saya dan isteri supaya bersabar, jangan putus asa dan terus berdoa kepada Allah,” katanya.
Meninjau di ruangan komen ada pelbagai reaksi diberikan malah ramai juga yang berkongsi kisah dan pengalaman peribadi berkenaan jarak kelahiran anak yang terlalu jauh. Antaranya adalah perkongsian daripada Puan Elin Hasekh, tulisnya, “alhamdulillah macam anak sulong saya juga sis tak boleh terima ada adik sebab 4 tahun dia dengan saya, tahu-tahu ada adik merajuk dia. Bila saya bersalin dia yang paling teruja sangat”
Ads
Komen Noorrasikin Mohamad pula, ” Anak saya yang sulong umur 21, yang nombor 2 17 tahun, ada adik umur 3 tahun.
Tidak dengan itu, malah ramai yang mendoakan agar keakraban adik beradik ini terus kekal bahagia buat selama-semalanya dan mengucapkan tahniah.
Apabila berbicara mengenai isu berpantang, tentu terdapat pelbagai pendapat mengenainya. Sehingga ada yang terlalu mengikut pantang sehingga memudaratkan diri dan bayi.
Dalam hal ini, bukan tidak boleh langsung berpantang mengikut nenek moyang kita dulu, cuma jangan keterlaluan.
Ikuti pandangan mengenai pantang oleh Dr Say Shazril yang juga dikenali sebagai doktor viral yang pernah menjadi hos My Doctors.
__________________________________________
Topik : Pantang Last Part . Memandangkan pantang part 2 semua dok focus kat bedak setepek & pose maharaja Ace & xtau baca ka dak isi kandungan post tu maka last part ni Ace xdak sb dia tlg amik gmba kami haha. Last part ni tuk debunk mitos makanan sewaktu berpantang. . Paling femes once upon a time wlpn dh rmi xamalkan (tp harus ditekankan) “jgn minum bnyk air nnt urat saraf kembang”. Ibu dlm pantang perlu minum air secukupnya, 6-8 gelas sehari tuk keseimbangan electrolyte, pulihkan kecergasan bdn & paling penting for milk production. Cara lg snang, minum air bile terasa dahaga. Sy perasan each time bini susukan Ace mesti die dahaga gile maka tiap2 kali nk feed die sediakn sbotol air. No such thing as saraf (nerve) kembang sb minum air bukan lalu saraf pun, mengarut. . Next yg rmi masih amalkan “jgn mkn telur/ayam/ikan nnt gatal + luka bentan”. Mcm sy crita dlm part 2 kalau anda tiada alahan kpd mknan yg sy listkan tadi xkn berlakunya gatal2. In fact luka akn lmbt sembuh sekiranya anda menolak mknan ni sb they r rich in protein yg membina sel2 baru lantas memulihkan luka bersalin. Lpas bersalin dlu hari2 sy msk telur tuk bini & aftr 1week tertutup elok luka czernya. Tmbhn, mknan ni provide zat besi yg pnting tuk pembentukan sel darah merah menggantikan darah yang hilang semasa kelahiran mengelakkan anemia. . Paling ultimate, “jgn mkn bayam, timun, tembikai sb mknan ni sejuk nnt kejang otot”. Rmi ibu komen kt previous post apsal diorg kne mengigil & rata2 salahkan termakan mknan “sejuk” ni. Well peeps mengigil tu kalau bukan disebabkan puerperal pyrexia (demam dlm tmpoh 6minggu slps bersalin) adlh NORMAL. Ini disebabkan slps uri keluar, darah sbnyk 800ml/min yg disalurkan kpd rahim akan dialirkn kpd organ penting spt jantung & otak gradually maka drh ke peripheries yakni kaki & tgn akn kurang maka sb itu kbnykn ibu brasa sejuk. Mknan ni penting cz mslh paling common among ibu lpas bersalin adlh sembelit & fiber dr mknan ni melancarkan pembuangan. . In a nutshell, jgnla keterlaluan dlm berpantang sehingga memudaratkan diri krn berpantang should be fun & easy cz bile mommy happy scr tidak langsung baby pun akan happy & healthy.
Siapa sangka, kanak-kanak enam tahun pun tahu berbakti kepada tanah. Begitulah yang dilakukan oleh murid pra Sekolah Kebangsaan Sri Keledang ini.
Hanya berbekalkan modal RM10, Muhammad Afiq Aryan Rosman mula menanam kangkung di halaman rumahnya di Taman Slim Permata.
Beli benih guna tabungan
Lebih menarik si cilik ini membeli benih sayur kangkung menggunakan tabungannya sendiri.
Menggunakan tiga paket benih kangkung pada harga RM6 dan bakinya digunakan bagi membeli baja.
“Modal itu hasil tabungan saya yang diberikan keluarga. Menanam kangkung juga bukannya sukar kerana selepas disemai, saya hanya perlu menyiramnya mengikut waktu ditetapkan seperti yang pelajari di facebook Jabatan Pertanian.
“Kangkung tidak mengambil masa yang lama untuk dituai dan penjagaannya pula mudah. Walaupun laman hadapan rumah tidak luas namun kangkung yang tanam boleh dinikmati oleh saya sekeluarga dan jiran,” katanya.
Tidak gemar makan sayur.
Dalam pada itu, kanak-kanak ini mengakui sebelum ini tidak gemar makan sayuran. Bagaimana pun selepas bercucuk tanam sayur kangkung, dia mula menyukai sayu-sayuran.
“Selepas tiga minggu ditanam, kangkung dituai dan dimasak oleh ibu. Selebihnya saya sedekahkan kepada jiran.
“Aktiviti ini saya lakukan waktu lapang sejak sekolah dibuka dan harap rakan-rakan lain boleh cuba menanamnya,” katanya.
Nyata usaha kanak-kanak ini sungguh inspirasi! Jadi tiada alasan untuk kita sebagai orang dewasa memberi alasan untuk tidak bercucuk tanam.
Dalam pada itu, cara anak kecil ini telah menarik perhatian netizen yang meluahkan rasa kagum melihat usaha yang dilakukannya.
Benarlah hidayah itu milik Allah SWT. Sebagai hamba-Nya perlu syukuri nikmat jika diberikan hidayah kerana ia dapat membantu kita untuk berubah ke arah yang lebih baik. Jangan dilihat permulaan seseorang, tetapi pengakhirannya. Belum tentu kita yang bermula dengan baik akan berakhir dengan baik, begitu jugalah sebaliknya.
Jika Allah SWT dapat menerima taubat dan perubahan seseorang, maka di mana daya kita sebagai insan kerdil untuk menafikan seseorang yang berusaha untuk mengubah diri menjadi yang lebih baik dari sebelumnya kan?
Begitulah yang berlaku kepada isteri pelakon popular Indonesia, Baim Wong iaitu Paula Verhoeven yang kini tampil manis berhijab sejak Mac yang lalu selepas pulang dari mengerjakan ibadah umrah.
Melalui artikel di portal Insertlive, ibu kepada dua orang cahaya mata ini memberitahu perubahan dirinya adalah disebabkan rasa takut kepada kematian. Hal ini dikongsikan oleh Paula melalui sesi bual bicara bersama Cynthia Ramlan yang dimuatnaik di akaun Instagram.
Menurut Paula lagi, keinginan untuk berhijab bermula pada tahun 2019 lagi namun Allah SWT lebih tahu waktu yang tepat untuk dia berubah. Ketika ditanyakan bagaimana Paula boleh ‘mantap’ membuat keputusan untuk mengenakan hijab, jawapannya cukup ringkas tetapi mendalam.
“Hidayah itu katanya harus dijemput kan? Sebenarnya alasan saya berhijab kerana saya takut mati, semudah itu..”
Paula turut memberitahu bahawa keluarga menjadi keutamaannya sekarang manakala pekerjaan dan bisnes adalah perkara yang akan difikirkan selepas itu.
“Sebenarnya terfikir nak pakai hijab ni dari tahun 2019 lagi, tapi Allah lebih tahu mana waktu yang tepat untuk kita sebenarnya. Kalaulah boleh diputar waktu, saya sebenarnya menyesal. Kenapa tidak dari dulu saya belajar tentang agama. Waktu kita tak banyak..”
Biarpun Paula sangat bersyukur dengan perubahan dirinya itu, tetapi tetap terselit rasa sesal kerana dia tidak benar-benar mendalami ilmu agama sebelum ini bahkan bekas model ini juga dilihat sebak ketika bercakap tentang soal tersebut.
Menurutnya lagi, ketika pulang dari umrah dia cuba memakai tudung dan merasakan dirinya sangat tenang. Cukup 40 hari memakai hijab, dia meminta izin kepada Baim untuk terus berpenampilan begitu. Katanya, jika boleh ebrubah untuk menjadi lebih baik mengapa tidak.
Perubahan yang baik pasti akan memberi impak yang positif. Bukan hanya buat Paula tetapi juga semua follower yang menjadikan dirinya sebagai inspirasi. Tidak perlu bermegah-megah dan menunjuk, perubahan Paula sememangnya menjadi perhatian ramai.
Jika mahu berubah ke arah yang lebih baik, kuatkan hati dan lakukan saja. Moga-moga kita diberikan semangat untuk kekal istiqamah.
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.