Meskipun Telah Berusia, Ibu Ni Gigih Jual Pulut Kuning Demi Beli Alat Bantuan Pendengaran!

Share

Rezeki tidak akan datang bergolek andai kita sendiri tidak mencarinya. Begitulah juga buat warga emas ini. Meskipun usianya sudah mencecah 63 tahun, namun ibu ini tetap gigih mencari rezeki dan seharusnya dijadikan inspirasi terutamanya kepada anak-anak muda.

Memetik kisah yang dikongsikan di mStar online, Napisah Lateh sebelum ini merupakan penoreh getah, namun mula mengusahakan perniagaan pulut kuning selepas kematian suaminya akibat kanser hati pada tahun 2015.

Menurut anak bongsunya, Mohamad Syamsulrizal Othman, 27, dia sedih melihat ibunya mengerah tenaga, namun ada sebab kenapa perniagaan tersebut tetap diteruskan sehingga ke hari ini.

Berniaga dan kumpul duit untuk beli alat pendengaran baharu

“Mak sebelum ni tak pernah berniaga. Dia menoreh getah di kampung. Lepas ayah meninggal, dia buat pulut kuning untuk hilangkan bosan, untuk elak selalu terfikir mengenai arwah. Dia dah biasa kerja, bila duduk rumah dia jadi bosan.

“Selain itu, mak juga nak tambah pendapatan. Dah 15 tahun mak ada masalah pendengaran. Dulu kerajaan pernah bagi alat bantuan pendengaran, tapi ia dah rosak. Kami juga pernah beli alat pendengaran baharu dan ia juga sudah rosak.

“Jadi mak nak berniaga dan kumpul duit untuk beli alat pendengaran yang baharu. Sebelah pun dah mencecah harga dalam RM3,500. Kalau nak beli sepasang, mungkin dalam RM7,000.

“Kami lima beradik pun ada niat nak beli sepasang terus untuk mak, tapi kosnya tinggi. Kalau ikutkan, kami tak bagi mak buat pulut kuning, tapi dia tetap nak teruskan. Kadang-kadang kesian tengok dia sampai kebas tangan,” ujarnya yang senang disapa Syam.

Menurut pemuda itu, ibunya yang berasal dari Machang, Kelantan kini menetap bersama kakaknya di Puncak Alam, Selangor sejak pandemik Covid-19 melanda.

Syam yang masih bujang menetap berdekatan di Setia Alam, sekali gus memudahkan urusannya untuk melawat si ibu saban minggu.

Setiap hari tempahan mencecah 50 bungkus pulut kuning. Mak gembira bila ramai yang tempah.

Perniagaan Dibantu Kakak

“Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada tahun 2020, kami susah nak balik kampung. Jadi akhirnya mak datang ke sini dan menetap dengan kakak.

“Perniagaan pulut kuning ini turut dibantu kakak. Selain itu, mak dan kakak juga ada buat laksam Kelantan dan mi kari,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Syam turut berkongsi video memaparkan kegigihan ibunya membuat pulut kuning sehingga ia meraih hampir 30,000 tontonan di TikTok.

@syamrizal♬ Syurga Di Telapak Kaki Ibu – Aishah

Berkongsi kisah dalam asam garam berniaga, siapa sangka wanita ini juga pernah ditipu oleh pelanggannya.

Napisah juga pernah ditipu pelanggan sebelum ini.

“Mak pernah kena ‘game’ dengan pelanggan. Orang tu tempah 40 bungkus pulut kuning, tapi sampai ke sudah tak datang ambil. Akhirnya mak sedekahkan pada jiran-jiran.

“Tapi Alhamdulillah, lepas video viral, tak sangka ramai followers TikTok yang nak tempah. Setiap hari tempahan mencecah 50 bungkus pulut kuning. Mak gembira bila ramai yang tempah, tapi dia segan bila tahu dirinya viral,” ujar Syam lagi.

Bercerita lanjut, Syam yang kini bekerja dengan syarikat Jamumall Sdn Bhd mendedahkan ibunya juga pernah diserang angin ahmar pada 2019, namun kini keadaannya sudah kembali pulih.

Pulut kuning yang dihasilkan ibu Syam.

 

Sumber : syamrizal & mStar

 

Jangan pandang ringan jika ada sebarang simptom tau! Lebih-lebih lagi yang membawa ke arah kanser. Jangan ambil mudah! Jom dengar perkongsian dari Dr Salmi Daraup tentang kanser serviks.

Jom saksikan juga video tentang penjagaan gigi. Katanya ada cara berus gigi yang betul. Jadi nak tahu detail, kenalah tonton video ni ye!

Tonton juga video ini bagi anda yang mempunyai airfryer. Rupanya macam-macam aksesori ada untuk memudahkan kita memasak menggunakan airfryer.

 

ARTIKEL MENARIK : Berminggu-minggu Batuk Tak Hilang, Rupanya Petua Dari Aunty Cina Ni Yang Serasi Bantu Anak Pulih!

LAGI ARTIKEL MENARIK :Anak Lahir Tahun 2016 Atau 2017, Ibu Ayah Dah Boleh Buat Pendaftaran Masuk Tahun 1 Mulai Mac Ni!

Keriangan Famili, jom kita melancong secara maya bersama E-Keluargagader dengan menonton video percutian di The Bentong Farm. Best kalau dapat bawa anak-anak ke sana.

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club