Rezeki tidak akan datang bergolek andai kita sendiri tidak mencarinya. Begitulah juga buat warga emas ini. Meskipun usianya sudah mencecah 63 tahun, namun ibu ini tetap gigih mencari rezeki dan seharusnya dijadikan inspirasi terutamanya kepada anak-anak muda.
Memetik kisah yang dikongsikan di mStar online, Napisah Lateh sebelum ini merupakan penoreh getah, namun mula mengusahakan perniagaan pulut kuning selepas kematian suaminya akibat kanser hati pada tahun 2015.
Menurut anak bongsunya, Mohamad Syamsulrizal Othman, 27, dia sedih melihat ibunya mengerah tenaga, namun ada sebab kenapa perniagaan tersebut tetap diteruskan sehingga ke hari ini.
Berniaga dan kumpul duit untuk beli alat pendengaran baharu
“Mak sebelum ni tak pernah berniaga. Dia menoreh getah di kampung. Lepas ayah meninggal, dia buat pulut kuning untuk hilangkan bosan, untuk elak selalu terfikir mengenai arwah. Dia dah biasa kerja, bila duduk rumah dia jadi bosan.
“Selain itu, mak juga nak tambah pendapatan. Dah 15 tahun mak ada masalah pendengaran. Dulu kerajaan pernah bagi alat bantuan pendengaran, tapi ia dah rosak. Kami juga pernah beli alat pendengaran baharu dan ia juga sudah rosak.
“Jadi mak nak berniaga dan kumpul duit untuk beli alat pendengaran yang baharu. Sebelah pun dah mencecah harga dalam RM3,500. Kalau nak beli sepasang, mungkin dalam RM7,000.
“Kami lima beradik pun ada niat nak beli sepasang terus untuk mak, tapi kosnya tinggi. Kalau ikutkan, kami tak bagi mak buat pulut kuning, tapi dia tetap nak teruskan. Kadang-kadang kesian tengok dia sampai kebas tangan,” ujarnya yang senang disapa Syam.
Menurut pemuda itu, ibunya yang berasal dari Machang, Kelantan kini menetap bersama kakaknya di Puncak Alam, Selangor sejak pandemik Covid-19 melanda.
Syam yang masih bujang menetap berdekatan di Setia Alam, sekali gus memudahkan urusannya untuk melawat si ibu saban minggu.
Setiap hari tempahan mencecah 50 bungkus pulut kuning. Mak gembira bila ramai yang tempah.
Perniagaan Dibantu Kakak
“Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada tahun 2020, kami susah nak balik kampung. Jadi akhirnya mak datang ke sini dan menetap dengan kakak.
“Perniagaan pulut kuning ini turut dibantu kakak. Selain itu, mak dan kakak juga ada buat laksam Kelantan dan mi kari,” ujarnya lagi.
Ads
Dalam pada itu, Syam turut berkongsi video memaparkan kegigihan ibunya membuat pulut kuning sehingga ia meraih hampir 30,000 tontonan di TikTok.
Berkongsi kisah dalam asam garam berniaga, siapa sangka wanita ini juga pernah ditipu oleh pelanggannya.
Napisah juga pernah ditipu pelanggan sebelum ini.
“Mak pernah kena ‘game’ dengan pelanggan. Orang tu tempah 40 bungkus pulut kuning, tapi sampai ke sudah tak datang ambil. Akhirnya mak sedekahkan pada jiran-jiran.
“Tapi Alhamdulillah, lepas video viral, tak sangka ramai followers TikTok yang nak tempah. Setiap hari tempahan mencecah 50 bungkus pulut kuning. Mak gembira bila ramai yang tempah, tapi dia segan bila tahu dirinya viral,” ujar Syam lagi.
Bercerita lanjut, Syam yang kini bekerja dengan syarikat Jamumall Sdn Bhd mendedahkan ibunya juga pernah diserang angin ahmar pada 2019, namun kini keadaannya sudah kembali pulih.
Jangan pandang ringan jika ada sebarang simptom tau! Lebih-lebih lagi yang membawa ke arah kanser. Jangan ambil mudah! Jom dengar perkongsian dari Dr Salmi Daraup tentang kanser serviks.
Jom saksikan juga video tentang penjagaan gigi. Katanya ada cara berus gigi yang betul. Jadi nak tahu detail, kenalah tonton video ni ye!
Tonton juga video ini bagi anda yang mempunyai airfryer. Rupanya macam-macam aksesori ada untuk memudahkan kita memasak menggunakan airfryer.
Keriangan Famili, jom kita melancong secara maya bersama E-Keluargagader dengan menonton video percutian di The Bentong Farm. Best kalau dapat bawa anak-anak ke sana.
Hari-hari kita bercakap dengan anak-anak, ianya bukan sekadar borak kosong malah sarat dengan nasihat agar dalam bersembang dapat juga kita mendidik anak agar menjadi orang yang baik bila dewasa kelak.
Pun begitu, disarankan jangan pernah lupa untuk menyebutkan 5 ayat power yang dikongsikan oleh doktor ini dalam kehidupan harian.
Menurutnya, ayat power tersebut akan memberi kesan yang sangat bagus kepada perkembangan anak-anak dan buatkan ibu ayah rasa lebih bahagia. Nak tahu apakah itu, jom baca perkongsian penuh daripadanya.
Mak ayah kalau nak lebih bahagia wajib biasakan diri sebut 5 ayat power ni kat depan anak:
#1 – “Pandainya anak ibu ni”.
Subsconcious mind si kecil tu sangat sukakan perhatian dan pujian lagi-lagi dari mak ayah dia sendiri.
Sebab tu yang ada je macam-macam perkara dia cuba buat semata-mata nak tarik perhatian kita.
Jadi, tiap kali dia bantu kita atau lakukan sesuatu yang bagus, hadiahkanlah pujian supaya dia terus termotivasi untuk buat yang terbaik.
#2 – “Terima kasih anakku sayang.”
Ucapan ni simple je but very meaningful.
Budak bertuah tu akan rasa dihargai dan dia pun akan belajar untuk menghargai orang lain.
#3 – “Ayah minta maaf ye.”
Kalau nak rasa lebih bahagia, kita pun kena belajar untuk rendahkan ego dan mintak maaf kat anak kalau terbuat salah.
Si kecil kita tu akan nampak yang mengaku kesilapan ni sebenarnya perkara mulia.
Sampai satu tahap, dia pandai nak respect orang lain walaupun orang tu statusnya lebih rendah.
#4 – “Mak sayang awak ni.”
Kadangkala kita rasa yang kita dah buat sehabis baik untuk nak besarkan dia tapi sebenarnya ucapan sayang ni lah akan buatkan si kecil tu rasa lebih disayangi dan dihargai.
Dalam tak sedar, minda dia pun akan terlatih untuk rasa sayang kat orang sekeliling.
#5 – “Jom adik, ayah bacakan buku.”
Benda ni walaupun setiap hari kita lakukan sekejap je, namun efek pada bonding kita dengan anak sangat kuat.
Si kecil tu bukan je akan membesar sebagai bijak pandai yang minat membaca tapi strong bonding yang terbina tu akan buatkan dia sentiasa respect kat kita serta mudah nak dengar kata dan nasihat kita.
Nota kaki: Ingat ye kawan-kawan. Perbualan dan komunikasi yang saya share ni penting sangat untuk bentuk karakter anak kita bila dia meningkat dewasa nanti.
Sekarang ni pada mata si kecil tu, kitalah idola dia yang paling hebat.
Jadi semua perkara yang kita buat dan sebut, dia akan tiru dan lakukan sebijik macam apa yang kita buat dan kita sebut.
Tolong #kongsikan ilmu mahal ni dengan pasangan masing-masing supaya kita sama-sama bahagia lihat budak bertuah tu membesar jadi anak yang membanggakan kita dunia dan akhirat.
Nota kaki 2: Bacakan bedtime stories pun sebenarnya boleh jadi momen paling mesra antara kita dan si kecil tu.
Bagi yang nakkan kelainan, tetapi resepi enak dan berkhasiat, jom cuba resipi Ikan Siakap Masak Kengsom ni.
Bagi yangbaru nak mencubanya, pasti akan menggemarinya. Malah resipi ini sangat bagus dan patut dicuba terutamanya kepada mereka yang mahu berdiet.
IKAN SIAKAP MASAK KENGSOM
Bahan bahan:
1 ekor ikan siakap
1/2 biji nenas
Kangkung
2 batang serai – ketuk
1 biji limau nipis
Garam
Gula
. Bahan kisar:
2 tangkai cili merah
8 tangkai cili padi
1 biji bawang besar – sederhana besar
6 ulas bawang putih
Sedikit belacan
1 inci kunyit hidup
.
Cara cara:
1. Masukkan bahan kisar dan air secukupnya ke dalam periuk. Masak hingga mendidih.
2.Masukkan nenas dan serai. Masak hingga mendidih seketika, sebelum dimasukkan ikan.
3.Setelah ikan masak, masukkan garam dan gula.
4.Tutup api dan masukkan kangkung kerana mahu kangkung yang masih rangup.
5.Masukkan perahan jus limau. Kacau rata. Sedia untuk dihidangkan.
Nota:
Masakan Thailand, mesti ada masam, manis dan pedas.
*** resepi asal dari blog azie kitchen. TQ
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Sejak PKP ni ramai yang suka buat sendiri biskut dan kek dirumah. Maklumlah tidak ke mana-mana banyak masa dihabiskan di rumah bersama keluarga.
Tentunya kudapan sentiasa ada di rak dapur. Salah satu cara untuk memastikan biskut atau kek tahan lama dan rasa yang lebih sedap adalah sangai tepung sebelum membuat bancuhan kek atau biskut.
Petua ini dikongsi oleh saudara Muhamad Farid Omar yang mana turut berkongsi beberapa petua masakan lain.
Haqi ni ceq bagi cara nak sangai tepung guna oven , petua nak bagi Biskut , Kek tahan lama dan cara buat Self Raising Flour ..ok jom kita start
Cara nak buat sangai tepung guna oven : 1. Hampa ambik tepung gandum biasa tu ayak lepas tu hampa bakaq sat suhu 160c dalam 20 minit 2. Nanti tepung tu akan berketul-ketul lepas keluaq dari oven biaq suam-suam sikit atau sejuk ayak lagi sekali sambil pecahkan semua ketul-ketul tu 3. Sejukkan dah siap tepung sangai hampa mudah kan..boleh hampa buat kerja lain sambil tunggu tepung tu siap
Nak dapat Biskut rangup dan Kek tahan lama : 1. Bila dah bakaq siap tepung ( sangai ) hampa ayak la 2 3 kali nanti tepung tu jadi ringan dan haluih 2. Nanti Biskut hampa tahan lama , rapuh , Kek hampa jadi gebu ( terutama Kuih Traditional Bahulu dan Kuih Bakaq ) 3. Untuk gula putih putih pulak hampa jemoq sat tengah panas sambil – sambil tu kacau sekali sekala sampai kering
4. Nak tau kering hampa genggam gula tu dan lepas kalau biji – biji gula tu dah tak melekat dekat tangan memang dah kering elok 5. Kalau hampa rajin hampa kisaq sikit gula putih nak beli gula kastor boleh tapi harga agak mahai so beli gula putih ja jimat sikit..
Cara nak buat sendiri Self Raising Flour : 1. Lepas tepung sejuk hampa ambik 1 sudu besaq Baking Powder ( guna sudu sukatan ) timbang 250gm tepung tadi ayak sekali lagi bagi rata dah dapat tepung Self Raising Homemade..senang ja kan 2. Dah siap semua hampa boh dalam balang dan labelkan macam cea buat ( rujuk gambaq sat lagi tertukaq pula ) 3. Ceq guna 3 jenis tepung kalau nak buat koi dan kek ( tepung cap rose , tepung gandum biasa dan self raising )
Ok tu ja ceq kongsi cara ceq dok buat Kek dan Biskut cara jimat kalau hampa nak cuba… Bukan apa beli barang nak buat dah mahai kalau buat tak jadi sayang uih.. Mana boleh jimat tu kita usaha baru berkat. Janji hampa kena rajin, sabaq nak ikhlas InsyaAllah
Dalam rumah tangga, hubungan suami isteri bukan sekadar berkongsi kehidupan, tetapi juga memahami keperluan masing-masing termasuk keperluan seksual.Walaupun ia sering dianggap isu peribadi, hakikatnya...