Menonton drama Melayu di kaca televisyen, boleh dikatakan rata-rata cerita memaparkan cerita cinta berlainan taraf, baik hero miskin manakala heroin anak orang kaya dan sebaliknya. Mungkin ada yang berkata ia sekadar lambakan cerita cinta, kehidupan mewah golongan korporat namun sekadar omongan kosong.
Sebenarnya ada juga drama yang memberi manfaat di sebalik kisah cinta tersebut. Bahkan, kisah cinta dua darjat benar-benar berlaku pada pasangan ideal ini.
Umum mengetahui, Noh Hujan dan Misz Nina merupakan antara figura selebriti yang cukup dikenali dan dihormati. Pasangan romantis ini cukup bersederhana dalam segala aspek. Rupanya, ceritera cinta mereka mempunyai kisahnya yang tersendiri, sebelum membuat keputusan untuk meneruskan ikatan suci perkahwinan.
Ternyata, isteri adalah cerminan seorang suami. Perubahan ketara Misz Nina pada hari ini, ternyata hasil bimbingan dan didikan berhikmah seorang suami yang wajar dijadikan ikutan buat pasangan suami isteri yang lain.
Berikut merupakan perkongisan daripada Noh Hujan dalam satu slot motivasi:
“Saya tak berpeluang belajar di IPTA, tamat SPM saya memilih untuk cebur bidang nyanyian. Rezeki ikut musim ada permintaan, ada duit ada hari hanya makan nasi lemak pagi, tengahari dan malam berpuasa. Pernah pinangan ditolak sebab tiada duit.
Kemudian saya niat dalam hati,
“Ya Allah, aku tak kutip harta yang haram, aku nyanyi sekadar untuk cari rezeki halal, aku tidak buat benda-benda haram, mudahkanlah urusan aku”
Kemudian Allah buka pintu rezeki, masih merangkak kemudian saya berjumpa Misz Nina, saya pinang dia. Alhamdulillah, dia tak tolak padahal dia orang hebat, anak orang hebat. Dalam poket hanya ada RM8 ribu genap. Saya ulang, RM8 ribu genap sahaja dalam akaun untuk menikah.
Saya katakan pada Nina;
“Girl, if you want to marry me, i’m nothing… I have nothing. I could not promise wealth, but if you looking for someone to take care of you, be the real husband, guide you to Allah, Insyaallah I’m able to do it” dan Nina terima.
Sekarang Alhamdulillah, dari niat yang baik dan niat Nina yang baik, menikah dengan saya hanya untuk kenal Allah, Nina berubah. Berhijab, sudah tidak make up, bajunya semua besar-besar, dia reject semua konsert, tinggalkan dunia nyanyian.
Semuanya, LILLAHI TA’ALA. So ladies, if you found a man who can increase you level of iman and taqwa and through him, he guides you to practise islam, do not let him go, marry him.
– Noh Hujan