Salah satu alatan yang wajib ada di dapur adalah pengisar dan tidak dinafikan barangan ini kerap digunakan untuk pelbagai tujuan. Bukan sahaja untuk mengisar cili dan bawang, malah ada juga yang menggunakan untuk membancuh adunan kek, mengisar kelapa parut untuk dapatkan santan yang lebih pekat dan pelbagai lagi dengan menggunakan pengisar ini. Apa yang pasti, begitu banyak ‘khidmat’ yang dilakukan oleh mesin pengisar ini untuk kita dapat menyediakan bahan-bahan masakan dengan lebih mudah dan cepat.
Pun begitu, andai tiba-tiba mesin pengisar ini bila ditekan suiz tidak pula boleh berfungsi, memang pening kepala juga dibuatnya. Kalau boleh masa-masa itu juga hendak dibeli
baharu.Namun tahukah anda daripada menggantikan mesin pengisar tersebut dengan yang baharu dan membuang blender lama serta-merta, lebih baik anda lakukan DIY mudah ini untuk membaiki mesin pengisar anda.
Ini kerana menurut perkongsian Fb Khairul Amri Cikgu Canopy, mesin pengisar yang dianggap rosak itu sebenarnya masih elok jika dibaiki pada bahagian safety lock yang biasanya ada pada mesin pengisar pelbagai jenama.
Ada fungsi penting safety lock tu.bila dah buang kena beringat la. Hati hati ..
Pagi ni tetiba rajin nak repair2 sikit. Ambik blender yang orang dah buang luar rumah sebab rosak katanya.
Blender jenis lama yang ada safety lock penyakit dia hampir sama. Tak kira jenama terkenal atau cap ayam. Jika tak boleh on, jangan buang.
Cuba check dulu safety lock dia. Setakat ni dah 3 blender Sharp, Panasonic dan Pensonic saya berfungsi dengan baik bila kita repair safety lock dia. Blender model lama..Blender moden dah lain kot..
Cara Membaiki Mesin Pengisar Pada Bahagian Safety Lock
Caranya mudah sahaja, buka terlebih skrew yang ada pada bahagian mesin pengisar, kemudian ikat menggunakan gelang getah bahagian safety lock tersebut seperti di dalam gambar di bawah.
Kemudian pasang semula pada kedudukannya dan mesin pengisar sudah boleh berfingsi semula.
Sumber : Khairul Amri Cikgu Canopy
Dapatkan blender baharu dengan beli di sini[su_button url=”https://www.goshop.com.my/products/small-kitchen-appliances/primada-smart-cooking-blender-20108218?utm_source=keluarga&utm_medium=referral&utm_campaign=POC” style=”bubbles” background=”#40db8f” size=”5″]Primada Smart Cooking Blender[/su_button]
ARTIKEL MENARIK: Spaghetti Carbonara Yang Creamy Di Mulut, Mudah Nak Buat Confirm Seisi Keluarga Suka!
LAGI ARTIKEL MENARIK :Owning Lutsinar, Bukan Je Nampak Moden Malah Sesuai Sangat Untuk Ruang Tepi Rumah!
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM30.00 sahaja terhad untuk 50 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club