Bercerita tentang hobi, tentu ada antara ibu-ibu yang mempunyai minat dalam bidang jahitan. Malah jika ada yang bijak mengambil peluang, hobi menjahit boleh dijadikan sebagai side income buat keluarga.
Adapun ramai juga wanita-wanita di luar sana menjahit sekadar untuk suka-suka, sekurang-kurangnya kalau ada pakaian terkoyak bolehlah dijahit sendiri dan mungkin juga bolehlah menjahit sepasang dua pakaian untuk anak-anak, sekurang-kurangnya dapatlah berjimat daripada membeli pakaian siap yang mahal harganya.
Berjerita lanjut tentang mesin yang kita miliki di rumah, cuba lihat keadaan mesin tersebut. Mungkinkah berhabuk dan langsung tidak pernah dibersihkan?
Perkongsian daripada Puan Azila Hashim berkenaan cara dia memberihkan mesin jahit tepi menarik juga untuk kita praktikkan. Cukup mudah dan tidak menggunakan kos yang besar. Jom semak.
Hokey guys… Hakak nak bagi tips sikit. Memandangkan mesin jahit tepi hakak pun tengah berkeladak dengan habuk kain, maka hakak bagi tips mudah untuk cuci. Refer setiap gambar hokey. Let’s start the journey bebeh!!
Bahan-bahan yang diperlukan :
Ads
Kapas muka
Tweezer
Step 1 : Ambil kapas muka sekeping dan tweezer. Kemudian gunting kapas menjadi 2.
Ads
Step 2 : Sepit kapas tu dengan tweezer tersebut.
Step 3 : Lalukan kapas pada habuk kain di setiap celahan secara menggoyang-goyangkannya.
Ads
Step 4 : Nampak perbezaannya? Kan habuk-habuk tu dah kena angkut dengan kapas muka. Kapas itu sifatnya sangat menyerap, dalam mesin kita tu berminyak, so segala minyak dan habuk yang melekat pada mesin, akan berpindah dengan sukarelanya kepada kapas.
Setelah dilakukan proses pembersihan, nyata mesin ini kelihatan begitu bersih dan tidak ada lagi serpihan atau benang-benang kain bersarang di situ. Memang terbaik!
Teringin pula nak makan sup tulang, lebih-lebih lagi sekarang ni isu kekurangan ayam. Jadi kita tukar menu pula.
Cuba resipi mudah tapi padu ni. Pasti membuka selera seisi keluarga. Jom cuba air tangan dari puan Fazniza Razali.
Selamat Hari Raya buat semua. Teringin nak masak sup tulang lembu, boleh lah try resepi ni. Yang aku tunjukkan ni masak secara manual. Kalau yang ada pressure cooker tu bolehlah guna.
Bahan-bahan 1:
3 biji bawang besar
8 biji bawang putih
Halia dalam 2 ketul
1 sudu ketumbar.
**bahan ni dikisar sampai halus.
Bahan 2:
3 batang sadari
1 batang karot
**ni pun dikisar sampai hancur
Bahan 3:
3 batang kayu manis
4 biji bunga lawang
10 biji bunga cengkih
10 biji buah pelaga
1 senduk serbuk sup
2kg tulang
5 biji kentang(dibelah 2)
3 batang sadari (dihiris)
3 biji bawang besar(dibelah 4)
Air
Cara membuat:
Panaskan minyak, tumiskan bahan 1 hingga bau wangi, kemudian masukkan bahan 2 dan bahan 3, kacau rata hingga sebati dan berbau wangi.
Masukkan air, kemudian tulang. Dah cara manual memang tunggu lama, didihkan hingga isi-isi dekat tulang tu empuk.
Tak empuk lagi tambah air, tak empuk tambah lagi air dan seterusnya hinggalah isi-isi tu empuk.
Dekat 1 1/2 jam jugak. Dah empuk masukkan ubi kentang, batang saderi dan bawang yang dah dibelah. Masukkan garam dan serbuk perisa.
Masa ni kita tunggu pulak ubi kentang empuk dalam 10 minit.
Dah masak semua bolehlah angkat, taburkan sedikit bawang goreng dan daun sup.
Pegawai bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Baru Segamat yang cedera parah akibat terkena letupan ketika operasi memadam kebakaran kilang Sabtu lalu meninggal dunia pagi ini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Baru Segamat, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mazuki Ismail, berkata Pegawai Bomba (PB) Mohd Firdaus Sulaiman, 32, meninggal dunia pada jam 4.15 pagi di Hospital Segamat.
“Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Sikamat, Negeri Sembilan. Pemergian Allahyarham adalah satu kehilangan buat seluruh pasukan balai bomba ini dan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Johor amnya.
Allahyarham yang berkhidmat di balai bomba berkenaan sejak 2013, meninggalkan seorang isteri, Nurul Jannah Abd Hamid Khan, 29, dan anak perempuan Aisy Alisha Mohd Firdaus, 3.
Dalam satu perkongsian di laman facebooknya, Nurul Jannah memaklumkan jenazah suaminya selamat dikebumikan.
Seronok dapat hantar awak tanpa air mata sehingga ke liang lahat.. TERLALU RAMAI SAYANGKAN AWAK.. Sepanjang jalan awak dikelilingi kawan yang ramai ❤️💜 Terima kasih jadikan saya BIDADARI AWAK.. Saya redho dengan segalanya.. Hembusan nafas terakhir awak disisi saya 😢
AWAK SYAHID SAYANG ❤️❤️ I’m gonna miss u abang.. Cinta awak pd saya tiada ganti tau 💪💪 Terima kasih ajarkn saya jadi KUAT 🥰
Reda dengan pemergian insan tersayang, Nurul Jannah bagaimana pun bangga menjadi isteri kepada Allahyarham suaminya.
I’m gonna miss senyuman manis kamu 🥰 Tapi saya bangga jadi isteri kamu ❤️ Tunggu saya disyurga Jannahtulfirdaus 😘
Menginjak ke usia 10 tahun, kanak-kanak perempuan mula menampakkan perubahan dari alam kanak-kanak ke alam remaja dan sekali gus menuju ke arah akil baligh. Ia merupakan kejadian fisiologi yang biasa terjadi sehingga memasuki alam dewasa, kebiasaannya proses ini mula berlaku antara usia sembilan hingga 15 tahun.
Pada waktu usia sebeginilah, darah haid yang menandakan seseorang itu telah baligh akan mula keluar. Justeru, kanak-kanak seusia begini harus diberi penjelasan yang sebenarnya. Walaupun perkara ini mungkin disentuh melalui pendidikan kesihatan di sekolah, namun penerangan dari ibu terutamanya lebih menjadikan pengalaman pertama kali datang haid ini lebih selesa untuk dilalui oleh si anak.
Begitu pun peranan bapa tak kurang pentingnya dalam hal ini. Berikut perkongsian dari saudara Firdaus Mokhtar kepada kaum bapa di luar sana tentang isu ini.
Anak yang sulong, Isymah datang haid untuk kali pertama. Ummi dia lah uruskan hal tentang pengurusan diri. Cuma lepas selesai, saya sebagai ayah panggil Isymah untuk bercakap sikit. Kita berpesan ke dia.
Ini yang perlu kita pesan ke anak-anak perempuan saat dia akil baligh;
1. Kewajiban atas syariat dah terletak terus atas diri dia.
Sejak umur baligh, segala syariat dah tertakluk atas diri sendiri. Dia wajib sembahyang, jaga aurat, berpuasa dan segala yang disyariatkan atas manusia.
Kalau buat dah ada pahala dan kalau tinggal dan ada dosa sendiri.
2. Maka, dosa dan pahala itu ditanggung sendiri.
Cuma istimewa sebagai anak perempuan, dosanya terkait dengan ayah. Anak buat dosa, ayah biarkan, ayah juga berdosa.
Saya pesan selalu perkara ini. Contohnya kalau dia tak jaga aurat, dia dan Walid sama berdosa kalau sama-sama biarkan.
3. Jaga pergaulan, terutama dengan kawan-kawan di sekolah.
Sebab apa? Sebab di sekolah kita tak ada nak perhatikan. Jadi dia kena pandai jaga diri. Baik dengan kawan lelaki dan kawan perempuan.
Dengan sepupu lelaki yang dah dewasa dah tak boleh bersalaman. Pakcik yang bukan mahram pun sama. Bukan semua boleh salam dan bersentuhan bertepuk tampar.
4. Batas aurat sangat penting.
Tudung, stokin tangan dan stokin kaki semua dia tahu. Sebab ummi dia memang pakai semua tu. Semuanya ada peranan. Jadi dia biasa tengok dan tahu kegunaan.
Saya pesan juga, makin besar nanti tubuh badan akan berubah ke badan dewasa, ini lagi kena jaga. Tentang pilihan baju, seluar atau kain. Dah kena belajar daripada hari ini.
5. Sifat malu, ini ada dalam Islam.
Lelaki atau perempuan kena ada sifat malu. Malu untuk lakukan dosa. Malu untuk berlebih-lebihan mengada atau menggedik depan orang lain.
Iyalah, perempuan kan. Memang ada sifat manja dan berlembut tu. Jadi kena jaga, ikut suasana dan tempat.
Sebab itu pada Islam, malu itu sebahagian daripada iman.
6. Menjaga kebersihan.
Pengurusan diri berkait dengan haid ini sangat perlu kepada ilmu kebersihan. Jadi yang ini saya pesan ke dia, belajar dengan Ummi dia.
Sebab mudah nak tunjuk praktikal dan cara yang betul.
Soal bersihkan diri, bersihkan tuala wanita yang dah digunakan dan kebersihan pakaian. Hal darah ni jangan buat main, tak bersih betul-betul sakit boleh datang nanti.
7. Teliti tentang kiraan tarikh.
Bab ini lah buatkan saya sedar, kenapa perempuan sangat teliti soal tarikh. Huhu.
Sebabnya mereka kena jaga hal yang berkait penting dengan diri mereka. Setiap kali datang bulan, kiraan hari sangat penting.
Sama ada kiraan untuk pastikan tempoh kesuburan atau soal ibadah, dua dua penting. Kalau bab kiraan ini tak jaga, boleh jadi terlanggar hari dah wajib sembahyang dan beribadah. Berdosa terus.
Sebab itu perempuan sangat mudah ingat tarikh berbanding lelaki. Haa kan?
8. Tentang mandi wajib.
Ini pun saya cuma pesan. Cuma ilmunya saya ulangkan ke dia. Saya cerita juga ada ramai pelajar saya jumpa dulu masa saya mengajar dah baligh tapi mandi wajib tak tahu.
Tak tahu kena mandi wajib pun ada. Saya pesan ke dia, ada sahaja perkara tak tahu, tanya terus ke saya atau Ummi dia.
Tekun Isymah dengar saya pesan setiap poin.
Kawan-kawan, kita sebagai mak ayah kadang bukan nak tunjuk pandai berpesan itu ini. Memang mereka dah belajar dekat sekolah tentang semua ini.
Cuma kita nak letakkan diri kita sebagai ibu bapa yang mereka boleh percaya untuk bercerita dan bertanya. Tentang semuanya termasuklah hal sistem reproduksi diri ini.
Kalian tahu berapa ramai dekat luar sana yang malu nak bercakap soal ini dengan anak-anak, maka anak-anak bertanya dan jadikan siapa sebagai rujukan?
Paling dekat dengan mereka adalah kawan-kawan. Atau entah siapa orang luar yang dia percaya berbanding kita di rumah. Moga dijauhkan.
Begitulah pesan ke Isymah. Harap ada manfaat ke kawan-kawan yang lain. Guna untuk pesan ke anak kalian juga. InsyaAllah.
Firdaus Mokhtar,
Walid.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Didie Alias lawat Amyza Aznan, datang beri semangat, rai hari jadi ke-19 Andre di wad. Pelakon Didie Alias telah meluangkan masa untuk melawat anak kepada sahabatnya, Amyza Aznan, yang kini sedang menerima rawatan di hospital akibat penyakit kanser paru-paru.