Bagi anda yang memiliki mesin basuh, pastinya anda akan perasan kotoran seperti tisu berderai di dalam mesin basuh anda dan ada kalanya melekat di baju yang sudah dicuci.
Itulah kotoran yang terdapat dalam mesin basuh anda. Bagi menghilangkannya, anda perlu mencuci ‘drum’ mesin basuh. Untuk membersihkannya, anda terpaksa berbelanja dengan modal yang besar sehingga ratusan ringgit.
Kini anda tidak perlu bimbang lagi kerana terpaksa mengeluarkan belanja yang besar jika mahu membersihkannya kerana terdapat solusi lain yang lebih menjimatkan.
Tak sampai RM 5! Namun ianya sangat berkesan. Bukan itu sahaja, kaedah terbaharu ini juga amat mudah untuk dilakukan.
Apa yang perlu anda lakukan, hanyalah mendapatkan serbuk ‘Washing Machine Cleaner’ di Eco Shop. Bagi yang baru pertama kali mahu membasuh mesin basuh, anda disaran untuk menggunakan 2 paket serbuk ‘Washing Machine Cleaner’ yang hanya berharga RM4.80 bagi kedua-duanya.
Apa yang perlu anda buat adalah:
* Rendam mesin basuh anda semalaman dan masukkan serbuk pencuci yang telah dibeli tadi.
* Pada keesokan harinya, anda dapat melihat habuk-habuk berkeladak terapung.
Ads
* Keluarkan habuk-habuk tersebut dengan gayung.
* Masukkan air sekali lagi dan spin untuk menghilangkan habuk-habuk kecil yang masih tertinggal.
Penggunaan serbuk pencuci ini sememangnya berkesan. Ramai yang sudah mencubanya.
Ibu kepada tiga orang cahaya mata, Anggrek, 5, Assan, 4, dan Anggun, 3, tidak pernah berkongsi mengenai kehamilan keempatnya itu di media sosial.
Penyanyi lagu Pujaan Hati Kanda ini terkenal aktif menguruskan tiga orang anaknya selain sibuk mengendalikan perniagaan produk kecantikan serta sambal yang diusahakannya.
Pemilik nama sebenar Siti Adira Suhaimi, 31, ini tidak pernah menjadikan kehamilan sebagai alasan untuknya sentiasa aktif dan bertenaga.
Peminat Pun Teruja & Terkejut
Menjengah ke ruangan komen, ramai pengikut Adira tumpang teruja melihat penyanyi berkulit putih gebu ini mengandung lagi.
Adira juga kelihatan membalas dengan emoji gembira pada beberapa komen pengikutnya yang terkejut dia hamil lagi.
Berdasarkan pada saiz perut Adira dijangkakan kandungan beliau sudah masuk ke trimester ketiga (7 hingga 9 bulan kehamilan).
Apa pun semoga Adira dan bayi dalam kandungan sentiasa dalam keadaan sihat dan dipermudah proses kelahirannya kelak.
Untuk rekod Adira mendirikan rumah tangga dengan Datuk Seri Adnan Abu atau lebih dikenali sebagai Datuk Red sebagai isteri kedua pada 3 Disember 2015.
Ibu bapa mana yang mahu anak-anak mereka membesar menjadi orang yang gagal dan bermasalah.
Dalam mendidik dan mengajar mereka, kena ada caranya. Sabar adalah sangat penting terutama jika anda mempunyai anak-anak yang agak lemah dalam bab pembelajaran.
Kerana itu ada antara sesetengah ibu bapa yang jenis hilang sabar akan menganggap hukuman atau denda adalah jalan penyelesaian bagi membentuk anak-anak.
Apatah lagi jika mendapat anak yang lambat ‘pick up’ , berulang kali benda yang sama masih tidak memahami.
Walhal, dengan mengambil jalan mudah begini, anak-anak lagi memberontak dan hubungan itu akan menjadi semakin jauh.
Ikuti perkongsian guru ini Mohd Fadli Salleh kepada ibu bapa cara betul mengajar anak-anak dirumah tanpa perlu marah atau menghukum mereka.
JANGAN MENGHUKUM/MARAH-MARAH ANAK HANYA KERANA MEREKA TIDAK FAHAM.
Ramai ibu-ibu pm aku bertanya cara yang betul untuk ajar anak di rumah terutamanya mata pelajaran Matematik.
Mereka bertanya, perlukah sediakan rotan? Kebanyakan mereka bila mengajar anak akan bertukar menjadi singa secara tiba-tiba. Ada juga meluahkan tidak dapat menahan marah apabila benda yang sama dan diulang tapi anak tak faham-faham.
Maka cubitan adalah ‘hadiah’ yang anak mereka dapat akibat kesalahan dan ketidakfahaman mereka itu. Baik tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Tarik nafas, dan baca perkongsian aku sampai noktah terakhir.
Mengajar ini perlukan kesabaran yang cukup tinggi. Tekniknya ada pelbagai jenis. Teknik yang terbaik (pada aku) ialah gabungan kelembutan, ketegasan, dorongan dan juga sedikit paksaan.
Begini tuan-tuan, bila mengajar tentang sesuatu topik, kesabaran itulah paling penting. Kelembutan dalam tunjuk ajar itu perlu,memujuk mereka agar faham dengan bahasa yang lembut agar mereka bertambah minat dan suka belajar.
Bila ketegasan itu perlu?
Bila anak mula main-main dan tidak tumpu perhatian. Bila anak mula mendengar sambil mengacau adiknya atau sambil memandang kawan yang naik basikal di luar rumah.
Di sini ketegasan perlu. Perlu untuk dia menumpukan perhatian. Sebaik tumpuan dia berikan, kembali ajar dengan lembut dan sabar.
Jika dia salah, jangan dimarah. Ulanglah walau berpuluh kali. Bila dia tidak faham, jangan cepat cubit atau rotan, namun sabarlah memberi penerangan dengan cara paling mudah sesuai dengan aras pemikiran mereka.
Namun jika mereka malas, di sini kegarangan perlu. Hukuman ringan pun boleh dikenakan jika mereka malas. Kalian minta anak-anak buat 5 soalan, lepas siap satu dia mula malas dan nak main, hah, di sini perlu menjadi singa.
Menjadi singa bila mereka malas, bukan semasa memberi penerangan dan tunjuk ajar.
Bagaimana anak nak faham jika mereka belajar dalam ketakutan? Kasihan dengan mereka asyik dicubit asyik dirotan hanya kerana sesuatu perkara yang otak mereka masih tak mampu nak faham.
Apakah benar mereka tak boleh nak faham atau mereka tidak mampu faham akibat belajar di bawah tekanan?
Atau mungkin juga cara penerangan dan tunjuk ajar kita yang kurang betul membuatkan anak-anak susah nak faham.
JANGAN MENGHUKUM/MARAH-MARAH ANAK HANYA KERANA MEREKA TIDAK FAHAM.
Jangan!
Aku selalu menekankan pada murid-murid,
“Cikgu tak marah jika awak salah, namun cikgu sangat marah jika awak malas.”
Murid aku, jika 20 soalan aku beri dan mereka salah semua, tiada satu dendaan atau hukuman aku beri pada mereka.
Namun jika tidak siap kerja, nahas!
Sama juga bila aku mengajar dan memberi penerangan panjang lebar, bila ditanya mereka tak faham dan tak boleh jawab. Aku dengan lembut dan sabar akan mengulang-ulang dan ajar semula.
Namun bila aku mengajar mereka tidak tumpu perhatian, pandang luar kelas, main pemadam, bercakap dan sebagainya, nahas!
Bila masa perlu memaksa anak?
Bila tidak melibatkan pemahaman. Yakni melibatkan hafalan.
Anak tak hafal sifir dan rumus, aku sokong jika kalian dan jadi singa. Nak marah atau nak hukum sekali pun (dengan hukuman ringan sahaja).
Hat tu tak apa. Ini kerana hafalan dan kefahaman adalah dua benda berbeza. Jauh berbeza.
Hafalan memerlukan usaha untuk mengingat. Bila banyak kali diulang-ulang pasti akan ingat. Maka, murid yang tidak dapat menghafal sifir dan rumus sebenarnya bukan kerana mereka tidak boleh, tetapi kerana mereka malas.
Orang yang malas, tiada ubat di hospital bang. Ubatnya hanya rotan. Hehe.
Kefahaman pula memerlukan mereka berfikir, menghadam setiap penerangan dan tunjuk ajar. Jika mereka tidak mampu faham, mungkin saja kerana yang mengajarnya kurang bagus. Mungkin juga topik tersebut terlalu tinggi dengan akal mereka.
Tidak semestinya kerana mereka malas. Sebab itu, di sini perlunya kesabaran yang sangat tinggi. Jangan menghukum anak yang tak faham. Jangan!
Ingat ya mak-mak semua. Jangan asyik nak menyinga saja.
Ada tempat kita perlu berkeras, ada tempat kita perlu dengan lembut dan penuh sabar memberi tunjuk ajar.
Begitulah.
#MFS – Berkongsi yang banyak, tidak menyorok yang sedikit. Itulah guru – .
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Selalunya ibu-ibu yang terharu dan sebak apabila mendapat surat ‘cinta’ daripada anak-anak, tetapi kali ini penyanyi dan pelakon, Aril Pilus berkongsi rasa tersebut.
Pemilik nama sebenar Khairil Azam Pilus memberitahu, anaknya Tun Adriel Mikael. 7 tahun menulis satu surat khas buatnya dan isteri dalam bahasa Mandarin.
Disebabkan tidak pandai membaca , dia terpaksa meminta bantuan guru bahasa mandarin dari kelas tambahan anaknya untuk membantu menterjemahkan isi kandungan surat berkenaan.
“Assalam, tersentuh hati aku bila aku tengah siap2kan anak punya tution, aku pon text la teacher dia hal2 homwork dia, lepas tu anak aku ckp ada 1 paper tu, teacher skolah dia suroh buat surat, kita mak ayah tak faham mandarin.
“Thats why hantar dia tution, mmg struggle skit ya kawan2 kalau anak skolah mandarin ni, so aku pun snap picture and hantar kat teacher dia, tak lama tu teacher dia balaskan apa yg anak aku tulis, mmg menyentuh hati guyz.. 😭😭😭
Sebagai ayah, perasaan terharu dan sebak menyelubungi dirinya tatkala mendapat tahu isi kandungan surat berkenaan.
“To my lovely daddy and mommy, i love you. I will study hard and repay you with love,” demikian maksud tulisan anaknya itu usai diterjemahkan guru berkenaan.
“Secara tak sengaja mereka telah menjentik kantung air mata aku ni untuk mengalir keluar dari celah2 bola mata… 😭😭😭 waaaaa!!! Mommy Daddy love you to sayang #TunAdrielMikael da besar da anak daddy ni… tulis mandarin pulak 😭😭😭 wo ai ni!! Wo ai ni!! 😭😭
Dah la, karangan pepanjang nak jadi apa, saja share sebab my boy so sweet 🥰🥰
Demikian kapsyen yang dimuatnaik Aril Pilus usai mengetahui isi kandungan surat yang ditulis anak kesayangannya itu. Dia berkongsi kisah tersebut menerusi laman instagramnya .
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata turut terharu dengan perkongsian tersebut. Bahkan ada yang berkongsi pengalaman sendiri.
alifsatar masyaAllah❤️ semoga dia berjaya dunia akhirat!
ruby8996_diffmumdylicious sama la ank ada ambil bahasa cina..maknya sikit pon xfaham..ank baru tahun 1..bila dia bawa blik rumah kerjanya..nk menangis rasa sbb xdapat bantu langsung..bahasa arab pon..hmm
Tip buat sambal belacan yang sedap, ikut sukatan dan petua ini. Sambal yang berasaskan cili dan belacan ini bukan sahaja pembuka selera, malah menjadi pelengkap wajib bagi pelbagai hidangan seperti nasi putih, ulam-ulaman, ikan goreng, mahupun nasi lemak.