Sesungguhnya jodoh pertemuan, ajal maut adalah hak mutlak Allah. Semua ini adalah pinjaman buat sementara waktu. Apa yang pasti, setiap setiap yang hidup pasti akan meninggalkan kita suatu hari nanti. Semuanyer telah tertulis sejak dari azali lagi.
Benar, kematian merupakan fitrah buat semua makhluk yang bernyawa. Tiada sesiapapun mengetahui bila dan bagaimana kematiannya. Pastinya apabila tiba waktu, kematian akan membawa kesedihan.
Sudah pastinya kehilangan orang tersayang mendatangkan hiba yang mendalam. Namun sebagai umat Islam, harus ketahui bahawa pasangan kita dan anak-anak, semua ini adalah pinjaman semata. Terimalah takdir kematian itu dengan sabar dan ikhlas supaya dapat meneruskan kehidupan dengan penuh inspirasi.
Begitulah situasi yang dilalui oleh Khairul Abdullah,44, berkongsi kisah benar setelah isteri tercinta, Marleena Abdul Manaff telah meninggal dunia awal Ogos tahun lalu akibat jangkitan kuman yang menyebabkan kegagalan organ. Bapa tunggal ini kini menguruskan tiga cahaya mata mereka yang masih kecil, Khaleef, 5 tahun, Khaleel, 3 tahun dan Khaleed 1 tahun.
Melalui temubual dengan majalah Keluarga baru-baru di premis Karangkraf Sdn. Bhd, beliau berkongsi cerita detik sedih pemergian isterinya. Walaupun pahit untuk ditelan, bapa tunggal ini bangkit daripada kesedihan demi permata hatinya. Ikuti perkongsian suami ini buat bidadarinya yang pergi menghadap Ilahi, ketika berusia 39 tahun.
Ikuti juga perkongsian ini secara video di link ini https://www.facebook.com/KeluargaMagazine/videos/2366937976859092/
Detik-detik cemas
“Pagi tu saya tengok dia, saya rasa rasa kena bawa dia ke hospital terus ke zone kuning. Kemudian masuk zone merah, lepas satu jam, doktor cakap, ‘You wife kritikal. Organ dalama start gagal termasuk buah pinggang dan hati. Selasa malam saya cuba tidur di hospital. Jam 4 pagi dapat panggilan. Saya berlari ke ICU. Saya minta untuk temankan wife saya. Doktot kata, ‘take all time you need’.
“Saya teman isteri saya sampai ke subuh. Hari rabu jam 11 pagi. Saya dengar bib jantung, alarm berbunyi. Doktor dan nurse datang. Isteri saya sudah meninggal dunia. Mintak pihak sekolah bawa anak-anak ke hospital. Selepas dimandikan dan dikafankan barulah bawa si abang, tunjuk pada emaknya.
“Khaleef, your mom dah pass away.”
Anak kunci kekuatan
“Bila isteri dah tak ada, seolah separuh daripada saya, pergi bersama dia.”
“Anak-anaklah kunci kekuatan kepada saya.”
Arwah seorang yang teliti dan pembersih
Terdahulu, pengenalan 20 tahun lalu dengan arwah isteri meninggalkan kenangan manis buat Khairul.
“Ketika itu isteri belajar di UTM, Skudai Arau, Perlis. Saya pula bekerja di Shah Alam. Dia seorang yang happy go lucky. Suka benda yang sama. Yang paling suka, dia pembersih dan teliti. Sesuai menjadi seorang isteri dan ibu,” jelasnya yang melangsungkan perkahwinan pada tahun 2004.
Barang peribadi arwah tinggal kenangan
Masih menyimpan barangan peribadi arwah untuk dibuat kenangan.
“Ada satu item arwah selalu bawa. Beg ini selalu dia bawa pergi kerja. Ada barang kegemarannya yang guna setiap hari. Purse dan cermin mata. Juga satu album anak pertama kami. Setiap kali scan, dia akan lihat. Kenangan buat arwah buat kehamilan pertama. Sentimental untuknya.
Bagaimana seorang lelaki nak jaga anak lelaki serta bayi yang masih kecil?
“Mak saya minta nak ambil anak-anak dan bayi. Saya cakap, tak. Anak-anak saya adalah tanggungjawab saya. Saya jaga. Amanah kepada saya untuk membesarkan mereka dengan ciri-ciri yang arwah nak.
“Saya nampak tidak mustahil jika kehilangan pasangan dan isteri. Jika ada sesuatu yang kita pegang dan jadi sumber inspirasi, kita akan move on dengan cepat. Bagi saya jika lama kesedihan saya akan abaikan tanggungjawab kepada anak-anak.
“Carilah semangat-semangat yang ada pada sanak saudara, daripada anak-anak, adik, abang dan rakan-rakan.”
“Cari semangat itu dan move on.”
Sementara itu, netizen yang melihat paparan video oleh majalah keluarga melahirkan kekaguman melihat ketabahan Khairul Abdullah dan mendoakan moga menjadi bapa yang sempurna buat anaknya.
Perkongsian yang sungguh inspirasi. Semoga kita menjadi sandaran terbaik buat anak-anak walaupun kehilangan orang tersayang.
Sumber: FB Keluarga