Meruntun Jiwa. Mangsa Tanah Runtuh Ke-26 Dijumpai Berpelukan Bersama Anjing Peliharaan

Share

Meruntun Jiwa. Mangsa Tanah Runtuh Ke-26 Dijumpai Berpelukan Bersama Anjing Peliharaan

Sesungguhnya tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan begitu meruntun jiwa.

Terbaru khabar duka buat kita semua apabila mangsa tanah runtuh ke-26 yang dilaporkan dijumpai berpelukan bersama anjing peliharaannya.

Artikel Berkaitan: “Don’t tell them. Show them.” Faizal Tahir Kongsi Didik Anak Solat. Kecil-Kecil Dah Pandai, Sejuk Perut Ibu Mengandung Kan!

Artikel Berkaitan: “Ajar Anak Disiplin Kena Konsisten.” Cara Johan & Ozlynn Didik Anak, Wajib Baca Al-Quran Lepas Solat Subuh!

 

Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini 

Gambar yang dikongsikan oleh Stephanie Hong menyatakan mendiang membawa 3 ekor anjingnya ke Sector A (hillview) campsite berdasarkan laporan.

Kongsian itu juga menyatakan anjing yang ketiga milik mendiang masih tidak dijumpai.

Ucapan takziah buat keluarga mangsa. Pergi bersama haiwan peliharaannya.

Memetik laporan Astro Awani, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah, mayat berkenaan ditemui sektor B, bersama seekor anjing yang telah mati.

Operasi pencarian di sekitar kawasan turut menemui bangkai seekor lagi anjing dipercayai milik mangsa.

“Kita telah jumpa satu mayat di Sektor B, jadi mayat ini kita kenal pasti sebagai satu lelaki dewasa, namun umur tak boleh dianggarkan lagi.

“Setakat ini, mayat telah dibawa keluar dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat.

“Untuk makluman, bersama dengan mayat ada dua ekor anjing, telah dikeluarkan juga oleh anggota penyelamat dan diserahkan anjing tersebut kepada Jabatan Veterinar untuk tindakan lanjut,” katanya dalam sidang media di lokasi kejadian di sini pada petang Rabu.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd Noor kata, dengan penemuan itu, beliau percaya lebih banyak mangsa yang hilang akan ditemi anggota mencari dan menyelamat.

“Semakin lama semakin baik, Alhamdulilah yang kita jumpa bukan di Sektor C, tapi di sektor B, kita letakkan satu jengkaut tanah.

“Hari ini kita jumpa dia (mayat mangsa) berpelukan dengan sekor anjing, dan seekor lagi di kawasan sekitar,” katanya berkenaan mangsa itu yang dipercayai membawa tiga ekor anjing peliharaan ke tapak tragedi.

Tambah Hafisham, siasatan awal mendapati mangsa berkhemah di sektor A aitu di Hillview, namun dipercayai telah dibawa arus sehingga ke sektor B lokasi ditemui.

“Kemudian besar dia berkhemah di sektor A tapi dibawa arus ke sektor B.

“Maknanya sektor B dipercayai semua mangsa dah tiada di situ jadi kita tumpu di C dan A,” katanya lagi.

Sehingga kini urusan pencarian mangsa masih dilakukan di kawasan berkenaan.

Sumber: Stepahanie Hong & Astro AWANI

 

 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club