Meruntun Jiwa Bayi Meninggal Dunia Dalam Bas, JKN Sarawak Bertindak Cari Ibu Bapa
Sayu hati melihat wajah seorang ibu memeluk erat anak yang disayangi. Lebih pilu anak itu sebenarnya telah meninggal dunia. Dakapan ibu bagaikan sedang mendodoikan anaknya yang sedang lena diulit mimpi.
Sesiapa sahaja yang melihat video yang tular di facebook pastinya sebak. Wajah ibu tenang namun hatinya sedang duka teramat kehilangan anak yang masih bayi.
Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Rata-rata wargamaya meluahkan sebak melihat kisah menyayat hati itu.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Rentetan tukar video berkenaan, Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Sarawak berusaha mengesan ibu bapa bayi yang dilaporkan meninggal dunia di perhentian bas Jelukong, Sri Aman, pada 5 Disember lalu.
Ads
Pengarah JKN Sarawak, Dr Ooi Choo Huck berkata, ia bagi mendapatkan maklumat lanjut berkenaan kes itu yang tular di media sosial.
Sehubungan itu katanya, JKN Sarawak memohon agar ibu bapa bayi berkenaan supaya menghubungi pihak kesihatan secepat mungkin bagi membantu siasatan.
“Punca kematian kes masih dalam siasatan dan belum dapat ditentukan, justeru JKN Sarawak berharap orang ramai agar menghormati keluarga mendiang dengan tidak membuat sebarang spekulasi ke atas punca kematian sebelum siasatan selesai dijalankan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Dr Ooi berkata, berdasarkan maklumat awal, bayi berusia tiga bulan itu meninggal dunia di dalam bas ketika dalam perjalanan bersama ibunya dari Kuching ke Sarikei pada 4 Disember lalu.
Menurutnya, ibunya menyedari bahawa bayi itu tidak bernafas ketika mereka berhenti di perhentian bas itu.
Katanya lagi, bayi itu kemudian segera dibawa ke Hospital Betong dan disahkan meninggal dunia apabila sampai ke hospital.
Setelah pemeriksaan fizikal dan radiologi dilakukan, bagaimanapun perbincangan bersama anggota polis dari Balai Polis Skrang, Sri Aman, ahli keluarga bayi dan pihak pengurusan hospital, bedah siasat tidak dilakukan.
Ads
Menurutnya, mayat bayi itu kemudian dibawa pulang oleh pihak keluarganya dan disemadikan di perkuburan rumah panjang di Ulu Pakan, Sarikei.
LIHAT VIDEO PENUH
Terdahulu, kejadian yang menyayat hati itu tular pada Isnin lalu dimana seorang wanita mahu membawa anaknya pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan dari pekan Julau ke Kuching.
Namun begitu, semasa dalam perjalanannya yang menaiki bas ekspres, secara tiba-tiba anak tersayangnya itu sudah tidak bernafas apabila bas tersebut berhenti di Jelukong Rest Stop.
Terkejut dengan pemergian anaknya, wanita terbabit hanya mampu memeluk erat tubuh dan mengucup dahi bayinya itu tanpa memberi sebarang kata-kata.
Ads
Seorang ketua rumah panjang yang kebetulan berada di situ menawarkan untuk membawa mereka ke pusat perubatan Betong. Beliau turut memberikan RM300 kepada wanita itu untuk perjalanan pulang ke rumah.
Video yang dimuat naik oleh Alan Tang dan Jessa Bandang di laman Facebook itu mendapat pelbagai respons daripada warga maya. Ramai yang bersimpati dan tumpang bersedih dengan keadaan yang menimpa si ibu.
Meninjau di ruangan komen, warga maya meluahkan simpati kepada keluarga berkenaan dan menitip doa setelah kehilangan bayi tersayang.
Satu kewajipan! Tahniah diucapkan buat pasangan selebriti, Wawa Zainal dan Aeril Zafrel yang berkongsi momen bahagia mereka kerana dapat berkongsi rezeki dengan orang lain.
Menerusi Instagram, kedua mereka memuat naik video ketika pembayaran zakat perniagaan. Bukan biasa-biasa tetapi satu nilai yang cukup besar iaitu lebih RM1 juta.
Difahamkan Aeril dan Wawa membayar RM1.15 juta kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS), hasil perniagaan yag mereka jalankan pada tahun ini.
“Dalam rezeki kita, Insya-Allah ada rezeki orang lain juga.
“Semoga ini dapat membantu golongan yang memerlukan. Seseorang tidak akan jatuh miskin sekiranya bersedekah di jalan Allah,” tulisnya.
Dalam pada itu, perkongsian pasangan selebriti ini turut mendapat pujian ramai. Bukan dikatakan untuk menunjuk-nunjuk tetapi mampu menjadi inspirasi kepada anak muda lain untuk turut sama menunaikan tanggungjawab sebagai orang Islam.
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
Ramai yang gemar hidangan kuetiau. Makan panas-panas bertambah sedap. Asyik beli dikedai tentu sekali sekala ingin mencuba memasak sendiri.
Namun, bila dah cuba tak menjadi pula! Kuetiau yang digoreng jadi lembik, kembang dan hancur.
Apa kata cuba cara memasak sebagaimana perkongsian Yurni Emilia ini. Hidangan pun menjadi, jom cuba!
Tip asas buat goreng kuetiau
Selalu nampak ramai yang ada masalah bila mengoreng kuetiau. Di sini saya kongsi tip asas menggoreng kuetiau supaya kejadian kuetiau lembik atau hancur tak berulang.
1. Kena tahu kuetiau tak serasi dengan air jadi;
Jangan basuh lama-lama. Bila basuh pastikan ia ditos kering cepat-cepat. Basuh pakai air paip saja, bukan dgn air panas Ada sesetengah basuh ada juga yang tidak. Saya basuh untuk leraikan kuetiau yang melekat.
2. Bila mengoreng, kena letak minyak lebih sikit.
3. Jika nak buat Penang style letak sedikit minyak bijan. Sikit saja sebab minyak bijan baunya kuat.
4. Kena lebihkan bahan perisa seperti sos tiram, kicap, cili boh, sos tomato/cili. Jangan masukkan air.
5. Tambah air jika nak buat char kuetiau banjir.
6. Kalau nak tambah telur, pastikan telur digoreng kering terlebih dahulu sebelum digaulkan atau di kacau dengan kuetiau yang sedang digoreng.
Tidak dinafikan ramai ibu bapa telah mendedahkan anak-anak dengan pelbagai bahan bacaan seperti buku semata-mata untuk memastikan anak cemerlang apabila ke tadika. Namun, hakikatnya, pada usia sebelum lima tahun anak-anak yang masih kecil perlu didedahkan dengan banyak kemahiran bagi perkembangan dirinya.
Sebagaimana perkongsian yang dipaparkan oleh Pakar Patologis Pertuturan Bahasa Puan Aishah Kassim. Jom semak penjelasannya.
BANYAK JE SKILL NAK KENA AJAR SEBELUM ANAK 5 TAHUN DAN SEBELUM MASUK SEKOLAH
. Kita kadang-kadang terlalu fikirkan utk mngajar perkataan yang berunsurkn akademik dengan harapan anak pegi skolah nanti boleh excellent. Tapi perasan tak yg masa usia kanak2 bawah 5 thn, apakah keperluan mereka yg sebenar dan apkah effect jika kita x penuhi keperluan tersebut… . Bgai kanak-kanak bawah 5 thn, perkara basic,asas,umum utk mereka develop adalah skill.
✅ Sensori/deria – utk membuatkn mereka lbh peka dngn persekitaran, lbh observance, lbh explore.. br lah otak berkembang dngn baik.. barulah nnt nak bljr kat skolah senang… yg ni mmg kena bljr melalui exposure & pnglman.. bukan tiba2 skill tu dtg sendiri.. . ✅ Skill motor – motor halus & kasar.. utk develop kekuatan dan koordinasi otot yg baik.. bila koordinasi & kekuatan otot badab baik, koordinasi tangan baik, baru blh bljr dngn selesa kt skolah.. tulisan pun cantik.. Skill ni pun perlu bljr dngn praktis dan physically involve.. kalau duduk je x bnyk bergerak mmg susah la nk dpt skill ni dngn baik.. . ✅ Skill bahasa & komunikasi – Bila nk anak blh bljr dngn baik kat skolah, mereka perlu faham dulu bahasa dan blh berkomunikasi dngn baik mnggunakan bhs yg mereka ada tu.. kalau kita ckp pun x faham, rasanya faham ke bila baca… kalau x faham apa yg dia baca, rasanya berfungsi ke membaca utk prkmbngn & pembelajarn mereka… mcm mana nk ajat skill ni rasanya semua org tau.. kalau kita nak anak berckp, kita kena rajin ckp dan berinteraksi dngn anak.. dngn keadaan betul2 wujud bersama mereka.. . ✅ Skill behavior – Masalah behavior / tingkahlaku selalunya xde kaitan terus sngt pun dngn mslh delay ke apa ke.. Tapi tingkahlaku kanak2 selalunya berkait rapat dngn parenting skill… behavior bagus, kan senang nk bljr.. cikgu pun senang hati nk mengajar kt skolah.. xdela kena reject kan sbb ckg xleh handle.. ? . ✅ Skill sosial – sosial ni bukanla bermaksud anak tu kena blh bertegur sapa dan beramah tamah dngn sume org.. kalo anak malu dngn org x kenal tu biasa la.. skill sosial ni lbh kpd boleh bermain dngn kawan2, blh bergaul, tau utk bezakan cara pergaulan dngn kwn2 x sama dngn bergaul dngn org dewasa/lbh tua.. . Untuk bawah 5 tahun.. fokus 5 skill ni dulu.. dan kena ingt, bercakap&berkomunikasi tak sama dngn membaca / menyebut / menghafal abc… . Kalau x tau mcm mn nk ajar.. kena lah bljr kan.. klik link kt bawah ni dan dtg bljr.. http://aishahkassim.com/terapi-diy-pertuturan/ ?
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.