Membina dan menjaga hubungan baik antara menantu dan mertua, tidak dinafikan akan terkesan dalam membentuk sebuah rumah tangga yang harmoni dan bahagia.

Sebaiknya tolak jauh-jauh perasaan kononnya menantu dan mertua tidak sebulu.  Tapi yakinlah andai mertua dan menantu bijak memainkan tanggungjawab masing-masing dan ibu ayah memberi kepercayaan sepenuhnya kepada anak-anak membina keluarga mengikut acuan mereka, pasti semua akan menjadi lebih mudah.

Ini sebagaimana perkongsian kisah daripada Mohd Yazid tentang ibu mertuanya yang dianggap sebagai mertua dari syurga.

Jom ikuti perkongsian penuh daripadanya.

Mertua dari syurga..

Ketika saya di tahun dua UIA, saya berkenan nak kawin dengan Widyana Ali. Saya minta no hp maknya dan terus call. Gentleman kan kan.

Masa call, saya guna strategi, saya tak cakap nak kawin. Tapi saya bagitahu nak jaga anaknya supaya sentiasa sihat dan cemerlang pelajaran, yang mana indirectly maksudnya nak kawin degan anak Mak sebenarnya. Masa tu Widyana ada sedikit masalah kesihatan sejak kematian ayahnya.

Ads

Widyana anak yatim, ayahnya meninggal sebulan sebelum Widyana ambil SPM. Allahummaghfir lahu warhamhu.

Alhamdulillah Mak setuju walaupun Widyana masa tu baru tahun satu di UIA. Mak tak tanya pun saya ada duit ke, ada income bulanan ke, nak tinggal kat mana lepas kawin. Mak suruh bawa keluarga untuk bertunang dan bincang pasal majlis.

Bayangkan nak bagi anak yang masih belajar di tahun satu universiti, bukan satu keputusan yang mudah. Tambah pula kakak kepada Widyana pun belum kawin, tiba-tiba anak bongsu nak langkah bendul pula. Tapi Mak rilek je terus bagi bila saya call.

Selepas 10 bulan bertunang, kami kawin. Ahamdulillah pelajaran kami makin cemerlang selepas kawin dan CGPA meningkatkan.

Ads

Mertua Dari Syurga. Menarik Perkongsian Ni & Jadikan Panduan Yang Bakal Terima Menantu!

Fast forward, selepas lebih 12 tahun kawin, saya rasa sangat bertuah dapat mak mertua yang “cool” macam Mak. Tak pernah sekali pun campur tangan dalam urusan keluarga anak menantu. Semua keputusan kami buat Mak tak bantah, malah Mak sokong semua.

Mak tak pernah busy body. Tak pernah tanya dan tak pernah tahu pun berapa income kami. Hanya bila Mak hadir sesi briefing pasal bisnes saya baru mak tahu income saya, itu pun selepas lebih 10 tahun jadi menantu.

Tiga tahun lepas ketika Widyana nak berhenti kerja sebagai pensyarah di KUIS, Mak tak tanya pun kenapa nak resign. Semua keputusan kami Mak tak persoalkan, padahal berhenti kerja sebagai pensyarah ni bukan perkara yang normal. Tak kan lah anak belajar tinggi-tinggi jadi best student akhirnya jadi suri rumah “je”.

Ads

Layanan kepada anak-anak dan menantu sama adil, tak ada pilih kasih. Harta dan pangkat tak memberikan apa-apa perbezaan, semua sama Alhamdulillah. Terima kasih Mak.

Kepada kawan-kawan yang bakal nak jadi mertua, jadilah mertua yang tak busy body. Tu je tip untuk jadi mertua yang soleh .

Tip untuk menantu, terima lah seadanya mertua kita. Layanlah mereka seperti ibubapa kandung.

Mertua Dari Syurga. Menarik Perkongsian Ni & Jadikan Panduan Yang Bakal Terima Menantu!

P/s: Ini gambar tahun 2010 masa majlis konvo, Mak dan Mek bersama menantu masing-masing. Bashir berumur 2 tahun masa tu.

sumber : Mohd Yazid Ismail

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI