Pada 18 Mei 2024, telah berlangsung acara Jom Mewarna Oyen yang bertempat di gateway@KLIA2. Bukan hanya sekadar pertandingan mewarna tetapi turut diadakan The Largest Orange Cats Gathering dan Oyen Cat Competition.
Acara pada hari tersebut sangat meriah dengan pameran kucing-kucing comel dari serata Malaysia.
Acara yang dianjurkan oleh Kelab Kucing Malaysia ini telah menarik perhatian ramai dan seawal jam 10.00 pagi sudah banyak pemilik-pemilik serta peminat kucing berkumpul di gateway@KLIA2. Turut disediakan perkhidmatan doktor haiwan yang memberi konsultasi serta suntikan vaksinasi buat si comel tersayang.
Selain pameran dan pertandingan kucing, acara pada hari tersebut turut dimeriahkan dengan pertandingan mewarna anjuran Bintang Kecil. Seramai lebih 100 orang kanak-kanak pra sekolah serta sekolah rendah telah menyertai pertandingan mewarna tersebut. Kesemua peserta nyata teruja apabila diminta untuk mewarna gambar kucing comel.
Ads
Pertandingan mewarna itu terbuka untuk dua kategori itu untuk kanak 4-6 tahun serta 7-12 tahun.
Selain itu juga, turut diadakan sesi talk kesihatan anak bersama dua panel jemputan istimewa iaitu Dr Nani yang mewakili Klinik Dr Alyna serta Pn Fatin dari Happy Hive. Topik berkaitan kesihatan anak di tadika ini sememangnya mendapat perhatian ibu ayah yang hadir pada hari tersebut.
Ads
Bukan itu saja, bahkan acara bertambah gamat dan meriah apabila turut diadakan sesi games bersama pengunjung dan peserta mewarna. Kesemua ibu ayah dan kanak-kanak sangat teruja dan bersemangat untuk memenangi hadiah istimewa dari Bintang Kecil.
Tambah menarik apabila ada penampilan istimewa maskot Garfield yang turut beramah mesra dengan peserta-peserta cilik pada hari itu.
Ads
Ternyata acara pada hari tersebut telah membuka minda serta menambah pengetahuan orang ramai tentang kucing. Selain itu juga, bakat seni kanak-kanak dalam pertandingan mewarna turut dapat diasah dan mmeberi ruang kepada mereka untuk berkreatif.
Semoga lebih banyak acara menarik seperti ini akan diadakan pada masa akan datang dan kepada semua pembaca majalah Pa&Ma, keluarga dan peminat Bintang Kecil akan terus memberi sokongan kepada kami untuk akviti lain yang akan dianjurkan selepas ini.
Terima kasih semua yang memeriahkan Jom Mewarna Oyen dan The Largest Orange Cats Gathering yang lepas!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Tidak dinafikan, ramai hijabi atau wanita yang memakai hijab suka menggunakan jarum peniti yang banyak untuk memastikan tudung yang dipakai kemas dan terletak.
Namun sikap segelintir yang suka mengepit atau mengetap jarum peniti di bibir sewaktu ingin mengenakan tudung akhirnya akan membawa padah dek kerana tertelan jarum peniti.
Sebagaimana tular di aplikasi TikTok, seorang doktor berkongsi pengalamannya merawat pesakit tertelan jarum peniti semasa sedang memakai tudung.
Menerusi video itu doktor berkenaan berkongsi hasil imbasan Xray bagi menunjukkan penemuan jarum peniti dalam badan seorang wanita.
Hingga kini video yang dimuat naik menerusi akaun @hanyafototulang meraih 1.9 juta jumlah tontonan.
“Sekadar mengingatkan, ini imbasan Xray seorang pesakit. Abdomen pesakit itu didiagnosis mempunyai corpus alienum atau kewujudan bendasing dalam tubuh.
“Ini kes wanita berhijab yang meletakkan jarum peniti di mulut. Akhirnya dia tertelan jarum itu.
“Jarum dah masuk ke dalam usus. Kalau tersekat lebih daripada 12 jam, pembedahan akan dijalankan,” katanya pada video berkenaan.
Walaupun kejadian ini dikatakan berlaku di Indonesia, ia boleh dijadikan peringatan buat semua wanita yang bertudung.
Bagi kaum adam yang ternampak perkara sama berlaku depan mata, jangan lupa untuk tegur!
“Hutang mesti dibayar.” Begitu kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bersetuju terus memberikan diskaun sehingga 15 peratus bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Tambah beliau lagi ketika membentangkan Belanjawan 2024 Malaysia Madani di Dewan Rakyat semalam, diskaun itu akan bermula hari ini selama lima bulan, iaitu sehingga 2023 sehingga 31 Mac 2024.
Beliau berkata, ia adalah selari dengan usaha kerajaan untuk membina sikap tanggungjawab dalam kalangan pelajar.
“Hutang mesti dibayar. Bagi membina sikap bertanggungjawab dalam kalangan peminjam, Kerajaan bersetuju untuk memberikan diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN,” katanya berkongsi.
Pemberian kadar diskaun adalah seperti berikut: * Diskaun 10 peratus atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman. * Diskaun 10 peratus untuk bayaran sekurang-kurangnya 50 peratus daripada baki hutang dalam sekali bayaran. * Diskaun 15 peratus untuk bayaran secara potongan gaji atau debit terus berjadual
Tambah Perdana Menteri lagi, inisiatif diskaun yang dibahagikan kepada tiga kadar yang berbeza itu bertujuan bagi membina sikap bertanggungjawab dalam kalangan peminjam.
“Pertama, diskaun 10 peratus atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman. Kedua, diskaun 10 peratus untuk bayaran sekurang-kurangnya 50 peratus daripada baki hutang dalam sekali bayaran.
“Ketiga, diskaun 15 peratus untuk bayaran secara potongan gaji atau debit terus berjadual,” katanya.
Untuk sebarang pertanyaan, peminjam boleh melayari portal rasmi PTPTN di www.ptptn.gov.my atau menghubungi PTPTN melalui saluran berikut:
Buat mama papa yang ada baby boleh merangkak, inilah masanya untuk anda sertai Virtual Baby Merangkak Race Pa&Ma! Serlahkan kepantasan dan kecomelan si manja merangkak dalam bentuk video yang kreatif dan menarik.
Dalam melayari bahtera rumahtangga, tidak dinafikan faktor kewangan adalah sangat penting terutamanya apabila sudah mempunyai cahaya mata. Malah pasangan yang tidak mempunyai simpanan sewaktu bujang haruslah berusaha untuk membuat tabungan apabila sudah berkahwin.
Jangan mengharapkan pada pendapatan pasangan sahaja untuk menampung kekurangan anda malah seeloknya anda dan pasangan haruslah bijak mengatur kewangan anda agar tidak sesak sewaktu memerlukan.
Nak tahu bagaimana caranya? Ikuti panduan ini.
1. Kira Perbelanjaan Bulanan
Bagi anda yang tidak pernah ambil tahu perbelanjaan kasar bulanan, anda harus lakukannya segera. Ini bagi memastikan perbelanjaan anda tidak melebihi pendapatan bulanan anda.
Baki dari anggaran kasar anda itu, barulah anda aturkan untuk perbelanjaan lain yang tidak berapa penting tetapi ingat agar meletakkan 20% dari baki tersebut sebagai simpanan.
2. Jangan Bergantung Pada Pendapatan Sampingan
Ramai di antara masyarakat Malaysia sekarang membuat kerja sampingan. Malah ada yang berhempas pulas membuat dua atau tiga pekerjaan yang lain dalam satu masa.
Tidak dinafikan, pendapatan sampingan ini kadang kala lebih dari pendapatan tetap namun anda harus ini, ianya tidak boleh dimasukkan dalam pendapatan tetap yang anda dapati setiap bulan kerana jumlah tidak menentu.
Jangan terlalu bergantung pada jumlah tertinggi yang pernah anda dapat dari pendapatan sampingan ini tetapi letakkan ia sebagai ‘simpanan’ bagi mengelakkan anda boros berbelanja.
3. Letak Target Untuk Beli Barang
Bagi anda yang boros berbelanja, sudah sampai masanya untuk anda ubah sifat itu. Tidak dinafikan setiap diantara kita mempunyai keinginan untuk mendapatkan barangan yang di minati.
Tapi ingat, sifat ini akan memakan diri. Sebaliknya anda senaraikan dulu barangan mengikut keperluan. Jika sesuatu yang anda inginkan itu adalah jumlah yang besar. letak target untuk memilikinya. Berbelanjalah ikut kemampuan anda.
4. Beli Hanya Bila Perlu
Dalam era sekarang, perniagaan online pastinya memudahkan anda untuk mendapatkan barangan yang diinginkan. Tapi ingat! Jangan terpedaya dengan iklan atau strategi pemasaran yang ditonjolkan sebaliknya anda membeli barangan yang perlu sahaja.
5. Bijak Menabung
Bagi yang bakal menimbang cahaya mata, anda perlu membuat kajian dan carian untuk mendapatkan sebanyak mungkin maklumat bagi tujuan tabungan dan pelaburan untuk anak.
Pelaburan yang diyakini selamat dan menguntungkan seperti Amanah Saham Bumiputera dan tabungan di Tabung Haji antara yang menjadi pilihan ibu bapa.
6. Ambil Insurans Nyawa
Mungkin ramai menyangka insurans sesuatu yang membazir kerana hanya membuat pembayaran untuk sesuatu yang tidak diketahui berlaku. Namun, pernahkah terfikir apa yang terjadi jika ditakdirkan sesuatu yang buruk terjadi kepada anda.
Bagaimana dengan nasib keluarga anda?
Pilih skim insurans yang bertepatan dengan belanjawan bulanan anda kerana sekarang pelbagai skim ditawarkan oleh banyak syarikat. Jangan takut untuk bertemu ejen insurans untuk mendapatkan nasihat skim insurans nyawa terbaik untuk anda berdasarkan jumlah
perlindungan, umur dan jenis pekerjaan.
7. Perlindungan Perubatan Untuk Keluarga
Selain kos sara hidup harian, kos perubatan anak-anak perlu dititikberatkan oleh ibu bapa. Dengan adanya pelan perlindungan insurans, anak-anak mempunyai akses kepada rawatan dan ubat-ubatan terbaik jika berlaku komplikasi kesihatan.
8. Buat Bajet Keperluan Rumah
Membesarkan anak memerlukan kos yang tinggi. Untuk itu, perancangan kewangan teliti diperlukan. Anda perlu mencatatkan barangan keperluan rumah dan anak setiap bulan beserta kosnya untuk menjamin kelangsungan kos hidup.
Kos pakaian, lampin, susu formula, perubatan dan vaksinasi adalah antara kos yang perlu diberi keutamaan. Kegagalan untuk merancang dan berfikir ke depan mungkin akan menyusahkan ibu bapa apatah lagi bagi mereka yang berpendapatan rendah dan tinggal di bandar besar.
9. Tabung Kecemasan
Malang sentiasa tidak berbau. Namun anda perlu sentiasa bersedia dengan apa juga kemungkinan. Mungkin jumlah simpanan tabung kecemasan tidak mencukupi untuk mencapai matlamat kewangan jangka panjang, tetapi dengan memulakan tabung kecemasan sedikit sebanyak dapat membantu anda mencapai kestabilan kewangan
Penting untuk anda memulakan tabung kecemasan seawal mungkin kerana ia mengambil masa yang agak panjang untuk mencapai jumlah sasaran simpanan kecemasan anda. Jangan tangguh dan mulakan tabung kecemasan anda sekarang.
Simpan mengikut kemampuan anda dan terus berdisiplin dalam menyimpan. Bak kata pepatah, ‘Sediakan Payung Sebelum Hujan.’
[TIP KEWANGAN]
Tiada Tabung Kecemasan Punca Keluarga Di Bebani Hutang. Ini Cara Untuk Hidari Dari Masalah Ini
Erra Fazira 'tayang' gambar raya dengan puteri kesayangan, lawanya Engku Aleesya. Engku Aleesya puteri kesayangan Erra Fazira telah pun menginjak usia 16 tahun.