Meriah sekitar majlis akikah anak pelakon Dynas Mokhtar dan suami Mohamad Shazrik Che Mohd Din. Pada usia 57 hari kelahiran bayi comel yang diberi nama Edriel Obil telah diraik majlis itu.
Lebih manis keluarga bahagia ini, keluarga ini memilih tema sedondon mengenai persalinan dalam rona biru tua.
Terdahulu, Dynas atau nama penuhnya Wan Intan Edrinas Wan Mokhtar berkahwin dengan Shazrik pada April tahun lalu selepas empat tahun menjadi ibu tunggal.
Ads
Mereka kemudian dikurniakan cahaya mata sulung iaitu Edriel Obil pada 17 Mei lalu. Manakala perkahwinan pertama , Dynas mempunyai dua orang anak iaitu Khayra Khalyssa, 9, dan Mohamed Haqaish, 7.
Sumber: Instarma
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Ramai pasangan bercerai lepas 7 tahun kahwin, ini fakta teori ‘Seven-Itch.’ Dalam dunia perkahwinan, terdapat satu teori yang sering dibincangkan, iaitu ‘Seven-Year Itch.’ Teori ini merujuk kepada satu fenomena di mana pasangan yang telah berkahwin selama tujuh tahun berdepan dengan cabaran atau ketidakpuasan dalam hubungan, yang sering kali membawa kepada penceraian.
Walaupun tidak semua pasangan melalui situasi ini, terdapat bukti yang menunjukkan bahawa tempoh tujuh tahun boleh menjadi titik kritikal dalam perkahwinan.
Apakah Teori ‘Seven-Year Itch’?
Teori ini bermula daripada satu kepercayaan bahawa selepas tujuh tahun, pasangan mula merasa kurang puas dengan perkahwinan mereka, sama ada disebabkan oleh kebosanan, perubahan dalam personaliti, atau kurangnya komunikasi dan intimasi. Tempoh ini dikatakan sebagai fasa di mana tekanan dalam hubungan semakin bertambah, dan masalah kecil mula menjadi lebih besar, mengakibatkan konflik yang berpanjangan.
Teori ini mula popular selepas penerbitan filem klasik tahun 1955 bertajuk The Seven Year Itch, yang menggambarkan seorang suami yang tergoda untuk berlaku curang ketika isterinya berada jauh. Walaupun filem tersebut bertemakan komedi, ia turut mencerminkan kebimbangan sebenar ramai pasangan dalam kehidupan perkahwinan mereka.
Statistik Perceraian Selepas 7 Tahun
Menurut beberapa kajian, ramai pasangan cenderung bercerai dalam tempoh lima hingga sepuluh tahun pertama perkahwinan, dengan puncak penceraian biasanya berlaku sekitar tahun ketujuh. Terdapat pelbagai sebab yang mungkin menyumbang kepada tren ini, termasuk tekanan kewangan, tanggungjawab keluarga yang semakin meningkat, atau keletihan emosi dan mental.
Di Malaysia, seperti di kebanyakan negara lain, penceraian semakin meningkat, terutamanya di kalangan pasangan muda yang baru berkahwin. Statistik menunjukkan bahawa kebanyakan penceraian berlaku dalam tempoh tujuh hingga sepuluh tahun selepas perkahwinan.
Fazura-Fattah : 7 tahun Erra-Engku Emran : 7 tahun Hafidz Roshdi-Shu : 7 tahun Nora-Nedim : 7 tahun Nad zainal-Faliq : 7 tahun
Masa aku study di Australia dulu, ada seorang kawan mat salleh, time tu ada hari Pasar Malam Malaysia, aku jual roti jala, dia mai beli sambil sembang tentang 7 years Itch. Dia ada sebut tentang ni. Time tu aku buat modal sembang je even aku tak mengerti sangat.
Dalam perkahwinan, bila ada konflik, masing- masing dah malas nak bertekak. Let go je..biar diri disibukkan dengan hal anak anak, rutin harian, dan kerjaya..malas nak ambil port perasaan dan keperluan pasangan. Dah tak bergaduh, bila ada isu diam..kalau cuba nak luahkan or discuss, jadi lagi complicated atau bergaduh. Solution, pilih untuk mengelak atau diam.
Masing- masing dalam dunia masing masing. Lama lama, rasa bole survive or lebih happy without each other. Then, here it comes. 7 years itch. 7 years mark. Dia bukan 7 tahun je. 7 tahun ke atas pun sama. Make it or Break It.
Kehidupan kita adalah seperti SIFIR 7. Sifir ini akan berhenti di tangga ke 9. Kenapa? -7x 1= 7 Kita percaya bahawa bermain merupakan perkara sangat penting. Sebab itu kita suka bermain. Pagi petang siang malam mahu bermain. Belum kenal dosa pahala. Belum berfikir tentang masa depan.
-7 x 2=14 Di belasan tahun pula, kita merasakan kebebasan itu lebih penting. Sebab itu kita ingin menyuarakan pendapat sendiri. Ingin suara didengari. Kita banyak memberontak dan sedikit keras kepala. Kita menjadi degil dan tidak mahu mendengar kata. Mudah terkesan dengan rakan sebaya. Ingin berlumba dalam pelajaran dan kemahiran supaya tidak tercorot.
-7 x 3=21 Beranjak kepada umur 20-an, kita berasakan pendidikan dan kerjaya pula penting. Sebab itu kita belajar bersungguh-sungguh untuk memperoleh kerjaya yang setimpal. Kadang-kadang kita berasa menyesal tidak belajar bersungguh-sungguh dahulu. Melihat kawan-kawan mendapat pekerjaan yang baik kita berasa cemburu. Alangkah ruginya kita mempersiakan hidup sebelum ini.
-7 x 4= 28 Meningkat kepada umur ini, kita semakin sedar bahawa kewangan itu pula penting. Masa inilah kita sedang membina hidup.
-7 x 5= 35 Tahap penting untuk membina keluarga. Ingin membeli kereta, rumah, tanah, aset, melancong dan sebagainya.
-7 x6=42 Namun akhirnya, kita akur tatkala memasuki fasa ini . Bahawa usia semakin meningkat. Ini bukan lagi masa untuk berehat. Saat ini saat yg genting. Kita berlumba mengumpul harta.
-7 x 7=49 Kita sedar perkara yang paling penting dalam hidup ialah kesihatan. Kekayaaan dan lain-lain tidak bermakna dengan tahap kesihatan yang tidak memuaskan. Pada masa ini darah tinggi, kencing manis, jantung sakit dan lain-lain sedang cuba melamar. Masa inilah kita menyesal kerana sibuk dengan kerjaya sehingga lupa untuk bersenam, menjaga kesihatan ketika umur remaja dan meningkat dewasa.
-7 x 8= 56 Memasuki era 50-an, tatkala kita sudah memiliki semua impian, akhirnya kita sedar bahawa perkara yang lagi penting dalam hidup ialah kasih sayang. Kita sedikit kesunyian tatkala anak-anak sudah berkahwin dan tinggal di tempat lain. Anak-anak yang sibuk dengan kerjaya menjadikan kita rindu saat-saat indah bersama mereka di usia kecil. Rumah banglo besar, kereta besar seakan-akan tidak lagi bermakna. Rumah besar kosong dan sunyi sepi.
-7 x 9= 63 Kehidupan mesti diteruskan. Tatkala memasuki usia 60-an, kita semakin sedar bahawa hanya amal ibadat perkara yang cukup bermakna sebagai bekalan menuju ke sana. Segala kemewahan dan kebendaan tidak lagi bermakna. Kubur bakal menjemput bila-bila masa. Rumah hampir setiap hari menyatakan selamat tinggal. Mujurlah Allah masih membuka pintu dan menerima taubat yang kita pohon.
Kenapa berhenti di sifir 7 x 9? Sebab, kita umat Muhammad SAW. Banyak yang berakhir di usia ini. Jika ada pun yang sampai ke sifir seterusnya, ia adalah bonus. Sedarlah sebelum tertiarap.
NOMBOR 7 BANYAK DISEBUT DALAM ISLAM
-7 x 7=49 Kita sedar perkara yang paling penting dalam hidup ialah kesihatan. Kekayaaan dan lain-lain tidak bermakna dengan tahap kesihatan yang tidak memuaskan. Pada masa ini darah tinggi, kencing manis, jantung sakit dan lain-lain sedang cuba melamar. Masa inilah kita menyesal kerana sibuk dengan kerjaya sehingga lupa untuk bersenam, menjaga kesihatan ketika umur remaja dan meningkat dewasa.
-7 x 8= 56 Memasuki era 50-an, tatkala kita sudah memiliki semua impian, akhirnya kita sedar bahawa perkara yang lagi penting dalam hidup ialah kasih sayang. Kita sedikit kesunyian tatkala anak-anak sudah berkahwin dan tinggal di tempat lain. Anak-anak yang sibuk dengan kerjaya menjadikan kita rindu saat-saat indah bersama mereka di usia kecil. Rumah banglo besar, kereta besar seakan-akan tidak lagi bermakna. Rumah besar kosong dan sunyi sepi.
-7 x 9= 63 Kehidupan mesti diteruskan. Tatkala memasuki usia 60-an, kita semakin sedar bahawa hanya amal ibadat perkara yang cukup bermakna sebagai bekalan menuju ke sana. Segala kemewahan dan kebendaan tidak lagi bermakna. Kubur bakal menjemput bila-bila masa. Rumah hampir setiap hari menyatakan selamat tinggal. Mujurlah Allah masih membuka pintu dan menerima taubat yang kita pohon.
Kenapa berhenti di sifir 7 x 9? Sebab, kita umat Muhammad SAW . Banyak yang berakhir di usia ini. Jika ada pun yang sampai ke sifir seterusnya, ia adalah bonus. Sedarlah sebelum tertiarap.
Usahawan 36 tahun gigih duduki SPM demi cita-cita bergelar doktor. Demi merealisasikan impiannya dalam bidang perubatan, seorang usahawan berusia 36 tahun, Rusni Shafiya Ruslan, bertekad untuk menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini.
Rusni memilih untuk mengambil tiga subjek aliran Sains Tulen iaitu Biologi, Fizik, dan Kimia, sebagai langkah awal mengejar hasratnya untuk berkhidmat sebagai seorang doktor.
Menurutnya, meskipun usianya semakin menghampiri angka 40, sokongan padu daripada ahli keluarga serta rakan-rakan sekeliling menjadi sumber motivasi utama untuk terus mengejar cita-cita.
“Mak saya sempat tergelak kecil apabila saya maklumkan ingin menduduki semula SPM. Namun, adik saya, Dr Nur Hanisa Ruslan yang merupakan seorang pakar bedah, banyak menyuntik inspirasi dan memberikan dorongan.
“Ramai kenalan saya bekerja dalam bidang perubatan. Mendengar pengalaman mereka tentang dunia hospital menambahkan lagi minat saya untuk mendalami bidang ini,” katanya.
Rusni yang berasal dari Kluang, Johor berkata, minat untuk menyambung pelajaran dalam bidang perubatan sudah tersemat dalam dirinya sejak kecil. Bagaimanapun, atas faktor kewangan dan tanggungjawab keluarga, hasrat tersebut terpaksa ditangguhkan.
“Tahun ini, saya nekad untuk memberi peluang kepada diri sendiri. Fokus utama saya kini adalah untuk menduduki semula subjek-subjek teras seperti Biologi, Fizik dan Kimia.
“Selepas itu, saya bercadang untuk menyambung ke peringkat asasi universiti. Saya lebih memilih program asasi kerana lebih bersifat intensif dan lebih dekat dengan suasana pembelajaran di universiti, berbanding STPM,” jelasnya.
Rusni menjangkakan, sekiranya segala perancangan berjalan lancar, beliau boleh menamatkan pengajian dalam bidang perubatan dalam tempoh sekitar enam tahun.
Ketika ditanya tentang bidang kepakaran yang diminatinya, Rusni berkata beliau masih belum membuat keputusan muktamad, namun menunjukkan kecenderungan terhadap bidang Obstetrik dan Ginekologi (O&G) serta Pediatrik.
“Saya terbuka untuk menerokai bidang-bidang lain sepanjang proses pembelajaran nanti. Saya yakin, dengan usaha dan sokongan daripada keluarga serta rakan-rakan, impian ini dapat direalisasikan. Insya-ALLAH,” katanya penuh semangat.
Apabila bergelar isteri, ramai wanita mula rasa tertekan terutama apabila hal menguruskan rumahtangga.
Dulu sebelum ada anak-anak, rumah bersih dan kemas. Sebaliknya bila ada anak. Bukan kata anak itu beban tapi lumrah rumah pasti berselerak.
Sehingga ada wanita alami tekanan perasaan dalam diam. Memendam rasa. Itu salah satu sebab kenapa ramai wanita suka membebel.
Menarik perkongsian wanita ini, Siti Suryani Yaakop yang memberi kata-kata semangat agar para wanita tidak tertekan hal rumahtangga.
Katanya jangan terlalu memaksa diri sehingga semua aura negatif ada dalam diri. Sebaliknya ambil sikap chill je, bertenang.
Paling deep, katanya, wanita kena sayang diri dulu.
Ikuti perkongsiannya.
Kena terus terang
“Tinggalkanlah. Takda siapa yang datang nak cek benda tu”. Biasa-biasa sebelum keluar ke mana-mana, aku akan kemas rumah dulu. Menyapu, lipat baju, kemas peti ais, sental jamban. Buatlah segala benda supaya balik nanti aku senang. Tapi kali ni, tak. Aku tinggal. Ikut kata suami. Akhir-akhir ni aku rasa mental aku tak berapa nak sihat. Aku bagitau suami. Banyak benda dalam otak. Macam ligat sangat mesin otak aku berpusing tanpa henti. Banyak sangat benda nak fikir. Aku malas nak munafik-munafik kata aku okay. Aku terus terang je. Senang. Sebab kalau aku tak okay, pasti satu rumah nanti tak okay. Aku rasa ramai ibu dan mak rasa bersalah sangat kalau dia tak okay. Dia rasa dia mesti kena sentiasa sihat, stabil, waras, elok, sopan, gembira, riang ria dan segala macam benda positif je kena ada. Sampai kadang-kadang dia simpan semua energi negatif dalam diri yang akhirnya menelan diri dia sendiri secara perlahan-lahan. Dia keliru. Tak tahu nak buat apa. Paling kuat pun dia menangis sesorang diam-diam bawah pancur. Padahal takda apa pun. Hal kecik je. Yang biasanya dia memang tak kisah langsung. Jika begitu, sedarlah. Dah lebih limit.
Bawa bertenang, chill ok!
Makanya dengan itu, hentikan semua kelam kabut mengejar dateline kerja rumah. Pejamkan sekejap mata melihat baju yang bertimbun. Lantakkan segala karut marut hal di pejabat. Pekakkan telinga bila kau dengar Tipah Cili mengata kau di belakang. Biarkan semut berlalu pergi membawa lari serpihan biskut meri yang anak kau makan tadi. Ambiklah segelas milo panas. Letak depan TV. Bawa bersama biskut mayat. Cicah 3-4 keping. Slurppp milo panas tu perlahan-lahan. Kerja rumah boleh tunggu. Anak-anak elok ada depan mata mu. Segala masalah dunia ni akan berlalu. Kau tu…kau kena sayang diri kau dulu. Dan ingatlah satu perkara tanpa malu dan ragu. Menjadi tak okay adalah okay buatmu. Kita manusia. Bukan batu.