Citarasa orang Melayu memang tak sah kalau tak pedas atau makan tanpa cili padi. Sambal adalah salah satu hidangan wajib majoriti masyarakat Melayu.
Tetapi kali ini, bukan sambal biasa yang kami nak kongsikan. Haaa sambal goreng jawa ini adalah antara lauk tradisi orang jawa.
Apa yang membezakan sambal goreng ini dengan sambal biasa adalah bahan-bahan yang digunakan. Menu ini sebenarnya adalah sayur tumis yang dimasak bersama suhun dan bahan-bahan tambahan lain.
Namanya sahaja sambal tapi rupanya tidaklah seperti sambal yang dibayangkan. Namun, jangan menilai daripada luaran kerana dijamin ‘repeat’ jika anda cuba resipi yang dikongsikan oleh Mariana Zainal ini. Selamat mencuba.
Sambal Goreng Jawa
Bahan-Bahan:
- 2 paket tempe (hiris dan goreng garing)
- 3-4 ketul tauhu (hiris dan goreng garing)
- 3-4 biji kentang(hiris dan goreng garing)
- Sedikit hati ayam (hiris dan goreng) tak nak letak pun boleh nak letak isi udang segar pun boleh, goreng je sekejap.
- 2 paket suhun (rendam dalam air)
- 1 keping fucuk (potong) tak mahu letak pun tak pe (rendam dalam air)
- Sedikit kacang panjang hiris serong
- 1 sdb gula
- Sedikit perasa jika perlu
- 1/2 sdt garam
- Kicap manis secukupnya
- 1/2 cawan air asam jawa (cair)
- 1 cawan air
- 3 sudu besar ikan bilis (tumbuk lumat)
- 2 senduk minyak masak (untuk menumis)
Bahan Tumis
- 2 biji bawang besar (hiris nipis)
- 4 ulas bawang putih (hiris nipis)
- 10 tangkai cili kering (potong nipis menyerong) suka pedas boleh tambah cili padi hiris serong.
Cara-Cara:
– Panaskan minyak, masukkan ikan bilis yang dah ditumbuk lumat dan masukkan bahan tumis.
– Tumis hingga agak garing, masukkan air asam jawa, gula, perasa dan sedikit garam dan renjiskan kicap manis.K
– Kacau hingga naik minyak, masukkan suhun dan fucuk serta air.
– Masukkan pula kacang panjang, kacau seketika.
– Masukkan bahan-bahan lain yang dah siap digoreng tadi, gaul rata, sesuaikan rasa dan tutup api.
Sumber: Mariana Zainal