Ingat lagi dengan video yang pernah tular mengenai seorang kanak-kanak yang dikenali sebagai Adik MZ telah menggegarkan dunia seni dikir apabila menjadi pendikir cilik yang pertama.
Walaupun ketika itu, usianya masih kecil namun bakatnya sangat luar biasa. Adik MZ boleh berdikir seperti orang dewasa dan nampak professional. Dia juga pernah berganding dengan beberapa nama yang terkenal dalam dunia dikir barat dan menjadi terkenal dengan bakat yang ada dengannya.
Bukan senang nak jadi pendikir sejati lebih-lebih lagi kanak-kanak yang kini banyak terpengaruh dengan artis-artis luar negara seperti Korea. Nampaknya jatidiri dalam diri Adik Mz masih lagi menebal.
Di aplikasi Tiktok, video terbaharu nyanyian Adik MZ yang dimuatnaik oleh ibunya sekali lagi telah memukau warga maya.
Di dalam rakaman video itu, adik MZ telah menyanyikan lagu “Satu Rasa Cinta” yang dipopularkan oleh Arieff. Video itu telah diambil oleh guru kepada adik MZyang teringin mendengar suara adik MZ menyanyi.
Di ruangan komen, rata-rata warganet memuji suara adik MZ yang merdu dan juga seperti orang dewasa.
shima wahab
aduhhhh… comel nya lahaiii… mke hnsem… suara pun blh tahan merdu,beremang bulu roma dgrrr🥰😍😘
Ads
zulia anggun
muka dh la hensem .suara PON best .smoga adik cemerlang dlm pelajaran dan berjaya dlm hidup
Eija_Airee Sabah
sedap suara adik.. suka lagu zaman 80an ya dik😁 trbaikkk la mnjiwai lagu dulu2..ingt budak skrg suka lagu zaman 2000an ni😅 bljr rjin2 ya dik.
zulislam5
acik pernah nyanyi jgk maso sekoloh dulu …tp cikgu ckp awak nyamyi ke membaca😂
Deluna@aira
semoga adik MZ berjaya Dunia akhirat Dan menjadi anak yg soleh Dan kebanggaan ibu ayah.. Àamiin3🥰🥰🥰
Ads
HoneyBee
Muka hensem, pandai nyanyi, esok2 femes kau dik
Baru-baru ini, sebuah agensi perkhidmatan umrah dan haji telah berkongsi kedukaan tentang pemergian seorang jemaah umrah perempuan yang telah meningga dunia sewaktu menunaikan umrah di Tanah Suci, Mekah.
Jemaah yang bernama Neshah Binti Abdullah dillaporkan baru sahaja selesai melakukan Solat Terawih dan sedang dalam perjalanan pulang. Saat melintas jalan, dengan tidak semena-mena dia dihentam oleh sebuah kereta yang melalui jalan tersebut.
Beliau gagal diselamatkan disebabkan kecederaan yang dialami dari kemalangan tersebut.
Sesungguhnya pemergiannya walaupun diiringi dengan kedukaan namun pastinya ada kebaikan yang dilakukan sepanjang hidupnya sehingga dia diberikan’hadiah’ sebegitu besar daripada Allah. Ianya dinyatakan sendiri oleh mutawif yang menyifatkan pemergian allahyarmah begitu indah dan patut di ambil ikhtibar.
Perginya selepas beribadah dan di tempat suci, paling mengharukan dia juga sempat disolatkan oleh jutaan jemaah yang berada di Masjidil Haram.
Menurut orang-orang yang menguruskan pengebumian Allahyarhamah, segala urusan dari malam ke siang amatlah mudah. Bahkan ada wakil memberitahu Puan Neesha masih dalam keadaan berwuduk ketika kembali ke Pencipta. Meskipun sedih, ahli keluarga pasrah dengan takdir Allah dan berterima kasih pada semua yang sudah membantu.
Sejuk mata memandang dua insan yang cukup istimewa di mata rakyat. Kelihatan Tun Hasmah dan juga Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah tatkala bertemu.
Ibarat anak-beranak, kedua-duanya tampak begitu mesra membuatkan netizen melahirkan rasa kagum dan terharu.
Umum mengetahui, Raja Permaisuri Agong sebelum ini memang dikenali sebagai seorang yang sangat dekat dengan rakyat dan seorang yang sangat merendah diri. Demikian juga dengan Tun Siti Hasmah yang sering menonjolkan sifat-sifat keibuan setiap kali bertemu dengan orang ramai.
Terbaru Tunku Azizah memuat naik gambar dan video ketika melawat Tun Hasmah. Dalam pertemuan tersebut, Tunku Azizah sempat menunjukkan bakat bermain biola. Telatah Raja Permaisuri bermain biola milik Tun Hasmah Ali menghiburkan ramai orang.
Influencer terkenal Khairul Aming atau nama sebenar Khairul Amin Kamaruzzaman melangkah setapak kehadapan dalam dunia perniagaan apabila beliau mengumumkan pembukaan kilang sambal nyet yang kedua.
Menurut Khairul Aming, perniagaan Sambal Nyet yang diusahakan sejak awal 2021 mencapai jualan mencecah sehingga RM 14 juta.
“Selepas setahun setengah beroperasi, Alhamdulillah hari ini jualan Sambal Nyet Berapi telah mencecah sejuta botol sambal bersamaan jualan sebanyak RM14 juta.
“Sebelum ini kita masak dan jual lebih kurang 200 botol sehari, sekarang kita naik 5,000 botol sambal sehari. Team kita dah berkembang dari lapan naik ke 50 orang.
“Selain itu, sebelum ini kita ship out dalam berguni-guni sehari, sekarang kita ship out dalam tiga biji lori kurier sehari.
“Saya gembira nak umumkan yang kita akan tambah lagi satu kilang baharu (kilang kedua). Lagi besar daripada kilang sebelum ini. Jadi, selamat datang ke kilang kedua saya,” ujarnya
kilang kedua ini bertempatkan di Kota Bharu ini bersaiz 22 000 sqft luasnya.
“Kilang kedua ini akan digunakan untuk naikkan lagi production Sambal Nyet yang akan kita jadikan tempat persediaan untuk produk yang kedua nanti.
“sedikit sebanyak saya berharap dapat menaikkan ekonomi orang lokal di sini ” Harapannya.
Dalam dunia moden yang pantas, internet bukan lagi satu kemewahan ia adalah keperluan setiap keluarga moden! Dari si kecil yang sibuk menonton video YouTube,...