Meremang Bulu Roma Dengar Pesanan Ibu Ini, ‘Hadiah’ Rotan Kepada Guru Untuk Didik Anak.

Share

Tular video yang memaparkan pesanan seorang ibu kepada guru untuk bersikap tegas kepada anaknya. Terasa meremang bulu roma pesanan guru ini. Tidak ramai ibu bapa bersikap begini.

Video berkenaan dilihat seorang ibu sedang duduk di sebuah bilik sambil memegang rotan sambil bercakap dengan penuh semangar kepada seorang guru. Manakala anaknya pula berdiri disebelah mendengar pesanannya.

Video berkenaan dikongsikan menerusi Fairuz Fairuz sehingga kini telah mendapat ‘dishare’ sehingga 25K. Kata-kata ibu itu memberitahu kepada kita bahawa begitulah harapan setiap ibu bapa.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada kita untuk mendidik anak menjadi mukmin yang terbaik.

Di Sebalik Populariti Kerjaya Sebagai “Mr. Pilot”.

“Saya serahkan anak saya kerana Allah kepada asrama. Ini rotan saya tuntut pada ustaz, jika dia tak bangun solat, tak bertahjjud.

“Saya percaya cikgu, rotan lah dia. Jika dia patah kaki, patah tangan, itu kifarah dia. Tapi jika dia mati itu adalah ajalnya fisabilillah.

“Saya serahkan anak saya 100 peratus. Cikgu didiklah macam didik nyawa cikgu. Saya tak kisah. Ini rotan saya hadiahkan kepada guru. Saya nak ibu bapa di luar sedar zaman sekarang akhir zaman.

“Biar tak pandai menyanyi tapi pandai mengaji. Biar tak pandai meniadi menjerit biar pandai muazzin.

“Sambil memandangnya ibu itu juga sempat bertanya anaknya mendengar apa yang diucapkannya.

“Kita lahirkan anak itu adalah pemulaan akhirat kita. Saya tuntut cikgu jika tak belasah kerana Allah.

Lihat 4 video penuh luahan ibu berkenaan dibawah

 

VIDEO 1

VIDEO 2

VIDEO 3

VIDEO 4

Sumber: Fairuz Fairuz

 

Baca Juga: Sebab Jati Diri, Ibu Ini Tak Kisah Anak ‘Travel’ Jauh Naik ‘Train’ Ke Sekolah Dari Putrajaya Ke Kuala Lumpur.

Baca Juga: [VIDEO] “Dah Sampai Panggilannya. Saya Berdoa Mana Yang Terbaik Buatnya.” – Fizz Fairuz Luah Syukur.

Baca Juga: 10 Tahun Akan Datang Harga Durian Menjunam? Pensyarah Ini Tunjukkan Kronologinya.

Trending:“Ni Satu-Satunya Gambar Aki Mat Kilau Lengkap Berkeris, Berbaju Melayu Dan Bersamping .” Cucu Mat Kilau Dedah Perjuangan Kisah Benar.

Keluarga Talk: Mengukir Bahagia Tidak Semestinya Harus Korban Diri

 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club