Memandang kanak-kanak berkulit putih dan berambut perang membuatkan empat beradik dari Kampung Jejulok, cukup mencuri tumpuan ramai. Sekali pandang seperti anak ‘mat salleh, namun bila berbicara cukup petah dengan loghat Kelantan.
Menurut apa yang dilaporkan di Harian Metro, kanak-kanak tersebut adalah Muhammad Adam Harris,7, Muhammad Azim Hafiz, 6 dan pasangan kembar, Muhammad Aiman Haziq, 4 dan Muhammad Amirul Haziq, 4 yang merupakan anak kepada Puan Suzita,37 tahun.
“Mereka sangat istimewa dan anugerah terindah dari Allah buat saya,” kata Suzita Zakaria berhubung empat daripada tujuh akanya yang dilahirkan dengan penyakit Hidradenitis Suppurativa atau albino.
Tambahnya lagi, selain dilahirkan dengan penyakit albino, empat anaknya itu turut mempunyai masalah penglihatan iaitu silau yang menyebabkan mereka tergolong dalam kategori Orang Kurang Upaya (OKU).
Bercerita lanjut, Suzita yang menetap di Kampung Jejuluk, di sini mengakui terkejut selepas melahirkan anak keempat kerana pertama kali mendapat zuriat yang menghidap penyakit albino.
Bagaimanapun, Suzita berkata, doktor ada memberitahu kemungkinan dia mendapat zuriat dengan penyakit sama jika hamil anak kelima dan seterusnya, menyebabkan dia lebih bersiap sedia.
“Anak pertama hingga ketiga saya normal dan disebabkan itu terkejut apabila yang keempat (Muhammad Adam Harris) menghidap albino.
“Saya ada lakukan ujian imbasan dalam tempoh kehamilan tetapi doktor hanya dapat mengesan jantina, bukan penyakit berkenaan.
Ads
“Jadi, saya hanya tahu mengenainya selepas melahirkan mereka namun terima ketentuan itu dengan reda,” katanya lagi.
Menurut Suzita, memang ada individu sekeliling yang hairan apabila melihat empat anaknya itu hingga membuat andaian mereka menghidap penyakit kronik seperti leukemia dan tidak cukup darah.Bagaimanapun, Suzita bersyukur kerana keempat-empat anaknya itu sihat dan bebas daripada penyakit kronik.
“Biasalah, ada orang akan memandang pelik malah tiga anak saya yang normal juga ada bertanya pada peringkat awal dulu kerana menyangka adik mereka sakit.
“Sebagai ibu, saya cuba terangkan kepada anak-anak dan Alhamdulillah, mereka dapat menerima adik mereka dengan baik.
“Sejak bayi lagi anak-anak sudah didedahkan dengan matahari walaupun kulitnya begitu dan mereka sihat, tiada penyakit atau sebarang alahan kecuali masalah silau.
“Mereka perlu gunakan cermin mata. Saya dan suami pula harus membawa empat anak kami itu bertemu pakar mata sekurang-kurangnya tiga kali dalam setahun untuk pemeriksaan lanjut,” katanya.
Ads
Menurut Suzita, dia tidak sangka kisah empat anaknya itu mendapat perhatian netizen selepas sepupunya, Muhammad Faisal Muhammad Yusoff, 18, memuat naik video di TikTok.
“Saya dan suami terkejut apabila dapat tahu kisah anak tular kerana tiada niat ke arah itu (tular). Bagaimanapun, saya bersyukur dan anggap ia rezeki buat anak istimewa jadi dikenali dalam sekelip mata,” katanya.
Sementara itu, Muhammad Faisal berkata, dia memang rapat dengan anak kepada sepupunya itu sejak mereka kecil lagi.
Ads
“Mereka tinggal di sebelah rumah saya jadi kami kerap bertemu satu sama lain. Mereka memanggil saya dengan gelaran Pok Sa dan ikutkan saya pernah kongsi kisah mereka di TikTok sebelum ini.
“Cuma, video baru-baru ini meraih tontonan jauh lebih tinggi hingga membuatkan lebih ramai netizen mahu tahu lebih lanjut mengenai kisah empat beradik itu,” katanya.
Pelakon Beto Khusyairi berkongsi berita tentang kemalangan yang menimpa rakannya, Azhan Rani semalam.
Hari ini empunya diri tampil berkongsi situasi dirinya usai ramai yang terkejut mendengar berita tersebut dan bertanyakan khabar tentangnya.
“Syukur atas izin Allah untuk diri ini terus bernafas.
“Doktor kata tulang scapula aku pecah tapi 2 insan hebat ni jadi tulang belakang aku untuk aku terus berdiri. dulu dan kini, harta paling lumayan anugerah Iahi buatku. terima kasih sahabat @beto_kusyairy & @tishashahar juga sahabat2 lain yang tak henti2 bertanya khabar. moga syurga menunggu kalian di sana nanti.
“Terima kasih juga untuk ingatan dan doa2 semua. ampun maaf tak dapat nak jawab dan reply semua.in shaallah saya ok atas izin Allah.
“Alhamdulillah.
Demikian perkongsian Azhan Rani menerusi laman instagramnya yang memuatnaik gambar Beto bersama isteri.
Menurut Azhan merupakan dua orang tulang belakang yang banyak membantu dirinya ketika kemalangan.
Dalam pada itu, Azhan Rani turut berterima kasih kepada beberapa individu lain yang turut membantu di tempat kemalangan tersebut.
“Buat bro muhammad firdaus dan sesiapa saja yang bantu saya pada hari kejadian 17 january 2022 sekitar jam 12:30tgh di jalan templer park menghala kuala lumpur. semoga Allah merahmati kalian. terima kasih atas jasa baik anda.
“Buat 2 orang abg lori yang berdiri tu. terima kasih kerana berjaya hentikan lori dan tak langgar saya.
Dalam perkongsian yang sama juga, dia turut menerangkan situasi sebenar yang menjadi punca kepada kemalangan yang menimpanya.
“Buat 2 orang adik yang naik motor kapcai tengah bersembang tak pandang depan lepas tu tiba2 masuk lane saya nak buat u turn semoga korang tak apa2. maaf abang tinggikan suara kat korang dalam ambulance haritu.
“Mohon jangan bawa motor macam tu lagi. kita sama2 syukur Allah bagi peluang kita hidup. maaf juga buat motor awak hancur.
Ujian besar ditanggung Datuk Aaron Aziz apabila dirinya kini sedang menghidapi penyakit tumor yang dipercayai semakin membesar.
Pendedahan tersebut dibuat oleh anak kelahiran Kota Singa baru-baru ini menerusi kirimannya di Facebook dan Instagram.
Pelakon berusia 46 tahun itu memuatnaik satu video yang menyaksikannya dimasukkan ke dalam mesin MRI. Menurut Aaron lagi, dia juga perlu menjalani pembedahan dan berehat selama dua bulan. Namun terpaksa menangguhkannya kerana masih mempunyai banyak projek.
“90 minit berada dalam benda ni (MRI), doktor kata saya perlukan pembedahan dan cuti sakit selama dua bulan, tapi tak boleh sebab banyak projek yang sedang berjalan sekarang ni. Jadi buat masa ni saya hanya guna ubat untuk hilangkan sakit.
“Bekerja dalam kesakitan, hanya Allah tahu apa yang saya rasa,” katanya.
Malah, doktor memaklumkan kepadanya bahawa tumor itu semakin membesar.
Pelakon itu juga meletakkan #cervicalspondylosis iaitu nama bagi penyakit pada bahagian tulang belakang di leher dan #schawannoma yang merupakan sejenis tumor yang terbentuk dalam sistem saraf.
Menerusi laporan Kosmo sebelum ini, Aaron pernah mendedahkan bahawa dia mengalami masalah saraf tersepit pada bahagian lehernya sejak lapan tahun lalu hingga terpaksa keluar masuk hospital.
Dalam perkembangan lain, Aaron kini sedang membintangi drama terbarunya yang berjudul, Suamimu Lelaki Pendosa yang kini sedang ditayangkan di slot, Samarinda TV3.
Bila kita dipukul, apa tindakan yang perlu kita buat. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.