“Mereka Sangat Bersyukur Kerana Anak Mereka Dapat Masuk Ke SBP.” Inspirasi Sungguh Perkongsian Menteri Pendidikan Malaysia Ini

Share

Setiap ibu bapa,inginkan anaknya berjaya dalam pelajaran. Tanpa mengira latar belakang keluarga itu sama ada daripada pendapatan tinggi atau rendah, masing-masing inginkan berharap anak-anak mendapat peluang pembelajaran yang sempurna untuk masa depan yang lebih cemerlang. Ia termasuk peluang untuk melanjutkan pelajaran ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP).

Baru-baru ini, syarat kemasukan SBP yang mengutamakan kepada golongan B40 ini telah memberi impak yang positif kepada warga ini. Walaupun mendapat pelbagai reaksi, namun hakikatnya ia mempunyai banyak memberi manfaat. Melalui perkongsian dilaman facebooknya sebentar tadi,  Menteri Pendidikan Malaysia

 Dr Maszlee Malik melahirkan rasa terharu, apabila dapat membantu mengembalikan syarat SBP kepada warga B40 dan berharap generasi ini masa akan datang dapat membantu keluarga ke arah kehidupan yang lebih baik.


Saya tidak pernah menyangka, mengembalikan SBP kepada warga B40 adalah keputusan paling penting yang pernah dibuat semenjak saya masuk ke pejabat 8 bulan yang lalu.

Bumiputera yang kurang berkemampuan akhirnya mempunyai akses kepada pendidikan yang berkualiti, untuk membantu mengubah sosio-ekonomi keluarga mereka di masa depan.

Untuk keluarga berpendapatan kurang dari RM1000, lebih dari 800 murid yang ditawarkan pada kemasukan kali ini bakal mengubah nasib keluarga mereka, untuk 10 tahun ke hadapan. Manakala untuk keluarga berpendapatan kurang dari RM4000 pula, lebih dari 4000 murid ditawarkan tempat.

Bayangkan lebih dari 5000 keluarga, sebahagian besarnya adalah Bumiputera, bakal keluar dari kelompok B40 kerana diberikan peluang serta akses kepada pendidikan yang lebih baik dalam jangka masa 10 tahun ke hadapan.

Mereka ini, yang saya temui menjual maruku di kaki lima, yang menjual ikan di pasar, yang menoreh getah, sehinggalah yang cuma menternak ikan keli; mengucapkan terima kasih kerana membenarkan anak-anak mereka masuk ke sekolah berasrama penuh di seluruh negara. 

Mereka sangat bersyukur kerana anak mereka dapat masuk ke SBP.

Dan saya takkan lupakan senyuman mereka ketika bersalaman dengan saya.

Kerana saya percaya, di mata mereka, masa depan yang lebih cerah akhirnya mengetuk pintu rumah masing-masing.

Dr Maszlee Malik
Menteri Pendidikan Malaysia