“Dah Tugas Saya Sebagai Anak…”-Gara-gara Buat Pinjam RM200K, Lelaki Ni Diisytihar Muflis!
Baru-baru ini tular juga tentang perkongsian daripada seorang lelaki yang merasa sedih kerana telah menerima notis bankrap dari pihak mahkamah selepas didapati gagal membuat bayaran pinjaman bank bernilai RM200,000.
Menerusi perkongsiannya di laman Facebook Muflis Bankrupt di Malaysia, lelaki berkenaan mendedahkan bahawa pinjaman yang dibuatnya itu merupakan permintaan daripada ibu bapanya yang ingin mengubah suai rumah mereka.
Pelbagai respon dan komen yang diberikan oleh wargamaya bahkan Dr Azizul Azli Ahmad yang juga merupakan seorang pelabur dan pakar hartanah, turut terpanggil untuk berkongsi pandangan melalui akaun facebooknya berkenaan hal ini.
BANTU SAMPAI BANKRUPT?
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet turut bersimpati dan kasihan dengan apa yang menimpa lelaki tersebut. Tidak kurang juga ada yang geram dengan tindakan yang dilakukan oleh orang tua lelaki tersebut yang akhirnya menyebabkan kehidupan anak terbeban menanggung hutang.
“Kewajipan anak atas perkara yg wajib sahaja.. cth makan minum, perubatan… kalau mak ayah suruh berhutang sbb nak rumah nampak mewah itu dah kira kehendak… benda kehendak ni kena ikut kemampuan. Bukan mak ko nak renovate umah besar2, bila tak mampu cop jadi anak derhaka.. lainlah kalau anak tu kaya dan mampu…lain lah ceritanya…,” tulis netizen.
Komen yang lain pula, “Ramai je parent buat anak as mesin ATM… . Kalau tak ikut ,dilabel anak derhaka bagai…dikata anak perabih beras je…… Time kahwin dulu nangis nangis nak anak sesangat. Dapat anak ,buat mcm kuli. Kalaulah parent gini berkira tang kos jaga anak dari kecik sampai besar and will claim balik bila anak dewasa…erm… aq rasa anak tu pun x minta dilahirkan pon. Moga tt ni dipermudahkan urusan selesaikan hutang tu cecepat”
Malah ada juga yang berkongsi mengatakan bahawa ramai terperangkap dengan keadaan seperti ini.
Terutama mereka yang bekerja kerajaan dari usia muda. (Contoh bekerja sebagai tentera, umur 20an dah bekerja tetap)
Mak ayah minta buat pinjaman untuk baiki rumah, untuk adik-adik sambung belajar dan lain-lain alasan. Nak kata tidak, tak sanggup dianggap derhaka.
Bila mereka dah nak berkeluarga, nak bina kehidupan sendiri, nak beli rumah, semua tak lepas sebab hutang banyak.
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club