Keibubapaan

Merdunya Suara Wira Laungkan Azan, Ramai Puji Cara Didikan Betty Rahmad & Suami!

Share

Gelagat si comel Ardy Wira, anak pelakon dan penyanyi, Betty Rahmad seringkali mencuri tumpuan wargamaya dengan kepetahannya bercakap.

Bahkan Wira juga sudah pandai membaca ayat Al-Quran dengan baik menerusi beberapa perkongsian video ibunya di media sosial.

Terbaru, Wira terus menjadi kesayangan dan buah hati semua bila mana melaungkan azan buat pertama kalinya biarpun usianya kini baru mencecah empat tahun sepuluh bulan. Memang luar biasa!

Menerusi perkongsian tersebut, Ardy Wira atau lebih mesra disapa Wira kelihatan memakai baju tidur pijama berwarna biru gelap dan memakai kopiah berdiri serta melaungkan azan maghrib di rumah mereka.

“MashaAllah TabarakaAllah. Segala puji bagi Allah SWT. Wira first azan,” tulis Betty menerusi kapsyennya.

Alunan merdu kalimah Allah itu sudah semestinya mampu mencairkan hati seorang ibu, begitu juga pengikut setia Wira di media sosial.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet melahirkan rasa bangga dan sebak apabila melihat reaksi Wira.

Malah, ramai yang memuji cara didikan Betty kerana berjaya mendidik anaknya dengan ilmu agama dan akhlak yang cukup baik.

Terdahulu, anak kepada pasangan Betty Rahmad dan Ardy Damis ini pernah mencuri perhatian apabila dia kelihatan tidak kekok dan lancar membaca Al-Quran beserta taranumnya malah cukup petah berkata-kata.

 

Menarik: Tahniah Azmi Saat Timang Bayi Perempuan, Luah Rasa Syukur Anak Isteri Sihat!

 

Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.

Hanya perlu join group Whatsapp ini: https://chat.whatsapp.com/JcDPcXwwhrh4v052XOEmAG

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club