Merawat Kulit Dengan Bunga Ros. Selain Minum Airnya, Terbaik Juga Jadikan Kiub Ais!

Share

Di sebalik kecantikan dan keindahan bunga ros, sebenarnya banyak khasiatnya dalam penjagaan kecantikan. Bahkan mungkin ada yang tidak tahu, apabila kita jadikan bunga ros ini sebagai minuman untuk seisi keluarga, khasiat dan manfaatnya boleh dinikmati bersama. Dikatakan badan lebih segar dan paling penting awet muda.

Oleh itu, jom kita ketahui cara dan teknik menggunakan bunga ros ini untuk tujuan penjagaan kecantikan yang telah dikongsikan oleg rakan kita di media sosial.


CANTIK DENGAN BUNGA MAWAR HANYA RM1 SEMINGGU

Bahan-bahan:
Bunga ros RM1, air, gula, bekas

Cara penyediaan:

1. Bunga ros dicuci bersih
2. Rebus sampai warna ros dah pucat
3. Api kecik je
4. Dah siap, tunggu sejuk sikit baru masuk bekas

1. Untuk muka/rambut letak kt botol spray
2. Untuk minum, tambah gula sesudu, letak peti ais, minum setiap pagi

sumber : Lynn Khalid

Manakala apabila ditinjau di media sosial instagram, beautyshop95_bynurul pula telah berkongsi cara untuk menyediakan kiub ais dengan menggunakan bunga untuk digunakan sebagai perawatan wajah agar nampak berseri.

Bahan-bahan:

Air mawar

Ros Essential Oil

Kelopak bunga

Air yang telah dididihkan 2-3 minit.

Cara buat : 

  1. Satukan semua bahan di dalam bekas.
  2. Kemudian masukkan ke dalam bekas kiub ais.
  3. Bekukan dan sedia untuk digunakan.