Meratah Pun Sedap Kerabu Pucuk Paku. Makan Dengan Nasi Panas, Ikan Masin & Sambal Belacan Memang Padu!

Share

Bila dah tekak melayu ni, mencari nasi je la setiap hari. Kalau tak dapat nasi, tak lengkap rasanya! Lebih-lebih lagi kalau balik kampung air tangan mak, menu penuh lauk kampung memang menaikkan selera! Antaranya ulam-ulaman, ikan masin, pekasam, sambal belacam dan kerabu. Memang bertambah lah makan nasi tu..

Bercakap tentang kerabu, tak susah pun tau sebenarnya nak buat kerabu. Buktinya, anda boleh semak resipi yang oleh puan Aida Akashahfitri ini, senang betul! Bahan-bahannya pun senang nak dapat tau… So tunggu apa lagi, jom cuba buat sendiri lepas ni!

RESIPI KERABU PUCUK PAKU

Bahan-bahannya :-

Pucuk paku seikat rm2 (celur)
Tauge segenggam (celur)
Kerang (rebus)
Air asam jawa (agak2 ye)
Bawang besar racik halus (satu biji)
Garam ( agak2 ye sbb nti buh blcn n udang dh..2 bhn tu dh msin)
Belacan (sy bkr dlu..xbkr pn xpa)
Serai 3 btg (racik halus)
Cili 10 biji (nk pedas tambah ye)
Udang kering Sepeket (rm2)
Kerisik/Nyior Rendang 2 bekas (sbkas rm2)

Cara-caranya:-

  1. Satukan serai, cili, belacan dan udang kering, tumbuk halus.

2. Kemudian gaulkan sambil letak air asam jawa sedikit demi sedikit.

3. Dah selesai, masukkan bahan tumbuk tadi ke dalam satu bekas bersama pucuk paku, tauge, bawang, kerisik/nyior rendang, kerang rebus dan garam. Gaul sebati.

4. Rasa dahulu, dah lengkap rasa boleh dihidang!

Sumber : Aida Akashahfitri

Dapatkan Telaga Biru Pakej Kenal Jawi Kenal Al Quran Set dengan kos diskaun RM5, KELGST5 di sini