Sesungguhnya, hidayah itu milik Allah, dan kita sebagai hambaNya harus mencari bukan menanti hidayah itu. Nak berubah tu mungkin mudah, tetapi nak istiqamah tu kadang ada yang gagal untuk kentalkan diri.
Penghijrahan yang dilakukan oleh pelakon jelita, Datin Lisa Surihani sememangnya memberi inspirasi pada orang ramai. Lebih-lebih lagi sekarang ini penampilannya yang menutup aurat dengan sempurna sememangnya menjadi ikutan orang ramai untuk menjadi muslimah yang lebih baik.
Baru-baru ini, seorang pengguna laman Tiktok, @pendosahijrahhh berkongsi video Lisa berkongsi beberapa rahsia untuk kekal istiqamah dalam sebuah program temu bual.
Menurut pelakon filem ‘Istanbul Aku Datang’ itu, seseorang perlu menjaga solat dan sentiasa membaca Al-Quran untuk terus istiqamah demi menjadi muslim atau muslimah yang lebih baik.
Ads
“Macam mana nak kekal istiqamah? Solat jangan tinggal, dekatkan diri sentiasa baca Al-Quran walaupun rasa merangkak-rangkak sebab punya Allah sayang dekat kita, kita merangkak baca Al-Quran ‘double’ kita punya pahala,” katanya.
Bukan itu sahaja, dia turut menegaskan sunnah perlu dilakukan dan apa yang paling penting, persekitaran kita perlu dalam keadaan baik yang boleh membantu untuk berubah ke jalan Allah.
“Apa-apa yang baik, buat. Kalau tahu apakah sunnah itu, sunnah ini, buat. Anatara yang penting adalah kita punya persekitaran. Kita mesti dikelilingi orang yang baik. Orang-orang yang nak mendapatkan keredhaan Allah SWT dan yang nak ke jannah,” katanya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan ucapan terima kasih kepada Lisa atas perkongsian dan nasihat yang diberikan yang telah memberikan semangat kepada insan yang mahu berubah. Malah, netizen terutamanya dalam kalangan wanita berharap agar perubahan yang dilakukan oleh mereka sentiasa dipermudahkan dan kekal istiqamah sampai bila-bila.
Jadi suami yang romantis bukannya susah sangat hingga perlu melutut dan mengikut setiap kemahuan isteri.
Hakikatnya banyak cara seorang suami boleh menjadi suami yang romantis dan disenangi oleh isteri.
Nak tahu bagaimana caranya, jom baca perkongsian daripada seorang suami ini.
Dulu saya sangka romantis ni buang masa. Tak ada manfaat dalam rumahtangga.
Rupanya sangkaan saya meleset.
Suami romantis ni sebenarnya keperluan asas dalam rumahtangga kalau nak keluarga kita tenang, bersatu hati dan bahagia.
Sebenarnya tangkapan kita tentang romantis tu yang salah.
Romantis yang betul bukan la kena melutut depan isteri, kena tunduk pada perintah isteri atau turut sahaja apa isteri minta.
Itu semua pengaruh drama dan budaya luar semata mata.
Sebaliknya suami romantis yang betul betul romantis ialah suami yang boleh memahami isteri, ringan tulang dan tak penting diri sendiri.
Antara tugas tugas suami romantis :
1 – Jadi bodyguard
Ada masa isteri takut nak masuk kedai yang ramai orang lelaki. Bodyguard sejati bukan sahaja boleh jaga keselamatan isteri malah boleh tolong belikan barang juga di kedai.
2 – Jadi driver
Ke mana isteri nak pergi dia bawakan. Sedikit pun tak merungut walau pun tempat tu jauh. Tak bagi isteri drive sendiri, bukan manjakan isteri tapi nak buktikan yang dia boleh di harap je.
3 – Jadi babysitter
Tukar lampin pandai. Buat susu pandai. Mandikan anak pandai. Tidurkan anak pun pandai. Tak ada suami yang lebih romantis melainkan suami yang boleh bagi isteri rehat sementara dia ambil alih tugas jaga anak.
4 – Jadi peneman setia
Selalu meluangkan masa dengan isteri. Tak pernah bagi alasan sibuk atau banyak kerja. Suami yang romantis tahu bahawa sibuk melayani isteri lebih banyak keberkatan daripada sibuk buat benda lain.
5 – Jadi imam
Suami romantis bukan sahaja handal berkata kata malah handal juga mengimamkan solat bersama sama isteri. Waktu paling romantis pula ialah masa solat subuh. Tenang dan ada privasi tanpa gangguan.
Suami yang romantis tak pernah takut di label takut bini sebaliknya dia lebih takut di label lelaki dayus.
Sesungguhnya isteri adalah kunci kebahagiaan rumahtangga. Jaga baik baik emosi dan mental isteri nescaya mudah la nak buka pintu kebahagiaan tu.
Makin romantis suami makin bahagia la rumahtangga.
Salah satu cabaran dalam membesarkan anak-anak adalah apabila anak mengamuk untuk memiliki sesuatu barang. Jika tidak mengikuti kemahuannya, pasti menangis. Boleh serabut dibuatnya.
Jangan pintas, biasanya ibu ayah akan ikuti permintaan anak itu. Beli si anak sudah dapat apa yang dihajatinya, terus diam tanpa tantrum lagi. Esoknya buat hal lagi. Tantrum bila kehendaknya tidak diikuti. Ibu bapa ikut sahaja. Dan seterusnya berulang kali ia berlaku.
Namun, hakikatnya cara ini salah! Ia mendidik emosi anak bahawa dia telah mengawal kita. Seharusnya kita kena tegas untuk tidak mengikut kehendak anak. Ketika ini hati kena kering. Bukan tidak berduit untuk membeli tetapi untuk mendidik emosi anak. Ikuti perkongsian saudaraMuhammad Hassan mengenai isu ini.
Ada kenalan datang ke pejabat saya. Katanya anak dia selalu Tantrum apabila masuk pasar raya. Tengok apa yang dia nak terus guling guling jika tak bagi. Akhirnya mengalah dan terpaksa beli juga apa yang dia nak.
Saya kat perbuatan itu salah. Saya kongsi kepada beliau tentang cara nak kawal anak tantrum. Antara caranya saya pernah tulis perkongsian ini di facebook sebelum ini:
Anak TANTRUM boleh diibaratkan seperti seseorang sedang lemas . Mereka tantrum sebab TIDAK DAPAT apa yang mereka mahukan . Orang lemas jangan terus kita tarik mereka, biarkan mereka tenggelam sedikit baru tarik.
Begitu juga anak tantrum, biarkan mereka berguling-guling dan kita jauhkan sedikit, pastikan tempat mereka berguling-guling tidak bahayakan diri mereka dan orang lain.
Jangan malu dipandang orang, kita sedang didik emosi anak. Jangan hati basah, Hati mau kering.
Anak tantrum terus belikan apa yang mereka mahukan, ini salah. Jika kita sedang melihat anak orang lain sedang tantrum jangan pula kita layan anak itu, anak tantrum perlukan simpati bahkan dari orang lain juga. Jika kita layan, nanti mereka akan mulai faham orang lain lebih simpati dari ibu bapa mereka sendiri.
Paling terbaik kita dapat kesan dari awal symptoms tantrum. Bawa sesuatu dari rumah seperti permainan atau buku bacaan mereka, cuba alihkan perhatian mereka dari arah lain. Berkomunikasi lebih awal dengan mereka sebelum terkeluar dari mulut apa yang mereka mahukan.
Kita perlu bijak untuk menangani masalah tantrum dengan emosi yang lebih baik dan tenang, bukan dengan marah, jentik telinga atau tengking mereka.
BAHAYA TENGKING ANAK
Betapa bahayanya jika kita ajar tengking mereka.Otak mereka akan mula proses perkataan-perkataan dan nada yang kita guna. Tidak hairanlah jika suatu masa nanti mereka tiba-tiba tengking kita balik, lawan cakap kita. Jadi, hentikan tengking anak untuk betulkan kesalahan mereka. Diam juga salah satu cara untuk menangani tantrum. Biarkan, nanti mereka akan penat dan tenang.
Apabila mereka tenang ajak mereka makan, sekarang kita nak didik emosi mereka supaya faham dengan tindakan kita. Kita bukan tak mampu nak beli apa yang mereka mahukan. Gula-gula je pun, tetapi jika dilayan mereka akan makin ‘naik kepala’. Terangkan kenapa tidak boleh beli mainan mereka nak, gula-gula mereka nak.
“Muhammad, abi bukan taknak beli kereta kontrol tu, tapi duit abi tak cukup, jika abi beli habis duit abi, kesian umi tak dapat beli sayur, beras, nanti kita nak makan apa? Uminya pandailah buat-buat muka sedih, nanti bila mereka tengok kita emosi sedih, mereka pula akan simpati dengan kita.
Tentang gula-gula atau jajan cerita keburukan makanan tersebut. Tak bagus untuk kesihatan, makan gula-gula nanti boleh kena kencing manis, rosak buah pinggang, rosak gigi dan usus. Gula-gula dan jajan adalah perosak.
Mereka mulai faham, kesian umi dan abi tak boleh beli kereta kontrol sebab nak beli sayur dan beras. Patutlah tak bagus makan gula-gula dan jajan, rupanya tak bagus untuk kesihatan.
Masih tantrum? Itu kerja abi lah, angkat atau peluk mereka terus bawa masuk kereta. Nanti dalam kereta dah penat, kena aircorn tidurlah mereka. Balik rumah baru terangkan kepada mereka.
Anak tantrum? kawal pemakanan, elakkan jajan, gula-gula, makanan segera. Bagi perhatian kepada mereka dirumah. Ketika mereka sedang bermain, join mereka. Tantrum juga berlaku juga disebabkan oleh kurang perhatian dan kasih sayang dari ibu bapa. Anak sedang bermain mak ayah sibuk dengan HP. HENTIKAN!.
*Jika berlarutan bawa jumpa doktor untuk pemeriksaan.
HADIAHKAN SESUATU UNTUK ANAK DENGAN PENUH SIFAT KASIH SAYANG BUKAN DENGAN SIFAT BAKHIL.
‘Bila perginya seorang insan yang bergelar ibu, maka akan hilang satu keberkatan dalam hidup iaitu doa seorang ibu’
Demikianlah harga yang tak pernah sekali berkira dengan kita dalam hidup, Sanggup bergadai nyawa demi melahirkan dan membesarkan anak-anak. Walaupun sudah semakin berusia, namun nilai kasih sayangnya tidak akan pernah pudar.
Bagi yang masih ada ibu, hargai mereka selagi ada. Di luar sana ramai lagi yang impikan kasih sayang ibu walaupun tidak pernah merasai perasaan itu sejak kecil lagi.
Sama jugalah seperti sebuah kisah yang dikongsian di laman TikTok mengenai kasih sayang seorang ibu. Menerusi perkongsian azurabdul.6 di laman TikTok, wanita berkenaan dilihat sedang menyuap makanan kepada setiap cahaya matanya di pagi raya. Apa yang mencuri tumpuan adalah usia cahaya matanya seakan-akan sudah menjangkau usia 40 tahun.
Meninjau di ruangan komen, ternyata reaksi yang ditunjukkan oleh anak-beranak itu telah mencetuskan rasa sebak netizen. Malah, mereka juga turut mengakui jasa seorang ibu tidak akan pernah pudar selagi mereka masih terus bernafas di muka bumi ini.