Setelah beberapa hari kita semua melalui Perintah Kawalan Pergerakan bermula 18 Mac lalu, tentunya sebelum ini kita sudah pun merancang pembelian untuk stok makanan.
Pun begitu, tidak dinafikan ada antara stok makanan tyang dibeli semakin susut kuantitinya, maklumlah setiap hari kita memasak. Malaj dan ada juga kita terbeli barang-barang yang tidak perlu pun, akibat ketika itu terlalu panik.
Oleh itu, sekiranya ingin membuat pembelian untuk stok minggu kedua ini, ada baiknya merancang terlebih dahulu.
Mungkin anda boleh ikut tips ini, jom semak.
Saya share sedikit macam mana saya merancang pembelian barang keperluan asas (makanan) untuk simpan stok sementara waktu ini. TSMY pun dah buat pengumuman rasmi Perintah Kawalan Pergerakan bermula 18-31 Mac ini:
Ads
1. Rancang untuk sediakan makanan berkhasiat. Macam yang kita biasa masak. Cuma tak perlu lah masak beria sangat dan complicated.
2. Tak semestinya kena makan makanan segera, makanan dalam tin atau processed food (kalau peti sejuk kecik, no choice).
Ads
3. Pilih yang tahan lama.
Ada barang yang kita simpan pada suhu bilik, ada yang masuk fridge, ada yang masuk freezer. Kena tengok kuantiti yang sesuai dengan kapasiti yang kita ada.
Peringatan:
+ Barang keperluan diri, baby, ubat-ubatan, makanan kucing jangan lupa ya
+ Jangan keterlaluan,kiasu, panik borong stok untuk berbulan-bulan. Be considerate, orang lain pun nak beli juga. Tujuan kita buat begini untuk kurangkan pergerakan keluar rumah. Memadai untuk stok seminggu dua.
+ Rak barang di pasaraya dah kosong? Jangan risau. Insyaallah nanti mereka top up lagi barang.
+ Anak-anak nak jajan? Boleh lah beli sikit, atau boleh consider buat sendiri popcorn, jejari ketam, kacang rugged dll. Kerepek pisang/ ubi pun okay juga.
+ Boleh juga pulun habiskan baki ganti puasa. Dapat puasa Isnin dan Khamis pun bagus juga kan.
Masa ini boleh guna sebahagian simpanan kecemasan. Ingat jangan boros dan berlebihan. Berjimat cermat. Sebenarnya jika tiada pilihan, janji ada beras, tepung, ikan bilis, bawang dah boleh rasa bahagia makan sedap cara kita. Yang penting bertenang-tenang. Kita doakan dalam masa yang singkat keadaan kembali pulih dari penularan virus Covid-19. Semoga Allah Ya Rahman Ya Rohim Ya Muhaimin pelihara rakyat Malaysia dari sebarang kemudaratan yang lebih sulit. Insyaallah ini hanya sementara.
Memiliki rumah kediaman yang kemas adalah impian semua orang.
Apabila suasana dalam rumah kemas, sudah tentu kita berasa selesa malah mendapat ketenangan fikiran dan kebahagiaan jiwa.
Ini namanya, Rumahku Syurgaku. Tetapi sejauh manakah kita mampu menjadikan tempat tinggal kita itu bersih dan kemas.
Bukan calang-calang dapat memastikan rumah kemas tambahan pula dengan anak yang ramai dan masih kecil. Lebih hebat, tanpa bibik atau pembantu rumah.
Nak tahu caranya, seorang doktor berkongsi cara yang praktikal untuk mengemas rumah dengan mudah.
Ikuti perkongsian Dr Azirawati binti Ismail, Pakar Perubatan kecemasan HRPZ II, Kota Bharu, Kelantan.
Rumah sentiasa kemas & tenang bagi ibu yang bekerja walau tanpa bibik
Setiap wanita terutama yang bekerjaya semestinya sentiasa mahukan yang terbaik utk keluarga. Perasaan serba salah itu pasti singgah kerana 1/3 masa sudah dihabiskan di tempat kerja malah ada yang lebih dari tempoh itu.
Apabila pulang ke rumah, kerja rumah pula yang ‘menanti’. Keperluan anak-anak dan suami juga perlu dipenuhi pada masa yang sama. Tak kan lah hendak memesan makanan dalam talian senantiasa kan? Semestinya air tangan ibu juga yang didambakan.Begitu juga si suami mengharapkan dapat memakan hasil tangan isteri sebolehnya, terutama bagi suami yang tidak tahu memasak. Sementelah lagi musim pkp ini tidak mudah mencari kedai makan yang kena dengan selera.
Tidak semua orang mampu mempunyai ‘bibik’. Jika mampu pun tidak semua bernasib baik mendapat bibik seperti yang diharapkan. Jadi di bawah adalah petua yang boleh digunakan untuk memastikan rumah kita dalam keadaan selesa sentiasa di samping ‘perut’ ahli keluarga kenyang dan ibu juga tidak stress.
1) BELAJAR MINIMALIS BARANGAN RUMAH
Gambar sekadar hiasan
– belajar menyimpan HANYA barang-barang yang diperlukan SHJ termasuk perabot. – tidak perlu sayang untuk melepaskan barang-barang yang tidak digunakan/diperlukan – mana-mana barang yang boleh dilepaskan boleh disedekahkan atau dijual dengan harga yang sepatutnya – kalau kita perasan sebenarnya kita banyak menyimpan ‘sampah’ di dalam rumah yang menyebabkan rumah nampak penuh dan sarat – kajian menunjukkan jika barangan tersebut kita tidak guna selama 6 bulan sebenarnya kita tidak memerlukan barang tersebut dan bolehlah kita lepaskan kepada mereka yang memerlukan
2) WUJUDKAN SATU STOR – stor ni pun suatu yang amat penting supaya jika kita sayang untuk buang atau lepaskan barang-barang kita boleh simpan di dalam stor sementara kita berfikir ke mana kita nak lepaskan barang ini utk selama-lamanya. – jika kita letakkan di tepi-tepi sudut pun sebenarnya ia amat mengganggu penglihatan dan lama kelamaan membuatkan tempat tersebut berhabuk.
3) ELAKKAN MEMBUAT KERJA YANG SAMA SETIAP HARI
– Jika kita perasan kenapa kita asyik buat kerja yang sama setiap hari, kemas sudah rumah tetapi esok kena kemas lagi. – ini berkait rapat dengan perkara no 1 tadi. Kerana kita menyimpan ‘sampah’. ‘Sampah’ itu bersepah dan kita kemas lagi dan lagi dan lagi. – cuba kita buang ‘sampah’ ini dan kita dapati kita tidak perlu lagi mengemas ‘sampah’ ini lagi. – contoh: di atas meja banyak hiasan-hiasan yang tidak perlu dan berhabuk. Hari ni kita buang habuk itu dan esok berhabuk lagi dan kita buang lagi..kalau kita minimise kan hiasan dan habuk akan berkurang. Jadi kita tidak perlu buat kerja yang sama setiap hari.
4) SEDIAKAN RUANG KHUSUS UNTUK ANAK ‘MENGEMAS’ -bagi yang ada anak kecil seperti saya juga, amat sukar untuk kita melihat rumah kita seperti istana setiap hari dan setiap saat. Agak mustahil juga kita hendak melarang mereka dari ‘mengemas’ sebab itu memang ‘nature’ mereka sebagai budak dan cara mereka menonjolkan kreativiti. – jadi kita sediakan ruang utk mereka tonjolkan kreativiti mereka dan pada masa yang sama kita hanya perlu ‘lapangkan hati’ dan ‘butakan mata’ melihat tempat mereka ‘bekerja’. – boleh ajar mereka untuk mengemas kembali tempat mereka selepas bermain.
5) AJAR ANAK-ANAK MENGEMAS BILIK, TANDAS & BARANGAN PERIBADI MEREKA – anak-anak seharusnya dilatih dari kecil untuk menjaga barangan peribadi mereka sendiri termasuk bilik tidur dan bilik mandi. Kerana mereka yang guna sendiri. Jika mereka boleh lihat bilik/tandas kotor ianya melambangkan sikap peribadi mereka. – mula-mula kita latih dulu mereka untuk membersihkan bilik air dan buang sampah. Lama-kelamaan mereka akan ikut dan buat sendiri. – latih dari kecil supaya bangun sahaja dari tidur mereka perlu lipat selimut dan waktu hujun minggu arahkan mereka untuk mengemas bilik masing-masing. Lama kelamaan akan menjadi kebiasaan bagi mereka.
6) JANGAN LARANG ANAK UNTUK MENOLONG KITA – mendapat anak-anak yang rajin ni adalah suatu nikmat. Tetapi yang menjadi contohnya adalah kita ibu bapa. -jika anak ingin bantu kita untuk membuat sesuatu kerja rumah, jangan larang mereka, malah perlu galakkan mereka dan betulkan apa yang sepatutnya walaupun masih kecil. -jika kita melarang, mereka akan merasakan kita merendahkan mereka dan tidak hargai mereka dan menjadikan mereka kecewa untuk membantu lagi. Bila besar nanti susah nak disuruh pula. – galakkan juga mereka membasuh pinggan dan pakaian sendiri dan juga bahagikan tugasan selepas makan siapa basuh pinggan, tiarap pinggan, kemas meja dll.
7) SIAPKAN KEPERLUAN AHLI KELUARGA DAHULU -kenali sifat ahli keluarga kita.Jika anak-anak dan suami jenis yang bangun pagi terus mencari nasi, maka sebolehnya kita sediakan dahulu makan minum mereka dan barulah kita buat kerja rumah yang lain. – jika perlu ajak suami dan anak-anak masuk dapur sekali menolong atau menyiapkan tempat makan dll – ahli keluarga kenyang, ibu pun happy dan tidak stress.
8) JANGAN BIARKAN KAIN BERTIMBUN – kain baju yang bertimbun ni sebenarnya satu stress dalam rumahtangga sebab tidak senang mencari kain-kain ‘tersembunyi’ terutama jika nak cepat. – jadi jika tiada masa melipat kain boleh tetapkan satu keadaan contohnya apabila kain ada 2 bakul jer mesti kena terus lipat. Atau bila nampak baju suami dah hampir separuh dah terpakai mesti kena lipat kain. – sesetengah orang semasa menyidai kain mereka terus menggunakan hanger bagi kain yang sepatutnya. Dan apabila angkat tidak perlu dilipat.terpulang atas kreativiti.
9) CARI PEMBANTU YANG SESUAI
-pembantu yang saya maksudkan ini adalah yang menolong kita memudahkan urusan kerja rumah. – cth : alat bantuan memasak, mesin dryer, steam iron, vacuum dll mengikut kesesuaian dan keperluan dalam sesuatu rumahtangga. – alat bantuan memasak ni amat banyak sekarang dan isteri perlu bijak memilih supaya walaupun canggih jika tidak digunakan pun ia akan melibatkan pembaziran. -para isteri perlu tahu membezakan antara keperluan dan kehendak dalam konteks ini dan perlu berbincang dengan suami.
10) AJAK AHLI RUMAH BERSAMA-SAMA -paling penting kerjasama antara ahli rumah. Kerja rumahtangga ni bukan kerja isteri seorang atau suami seorang atau diberikan kepada anak-anak. – kita nak hidup bahagia dan tenang kena tenang semua ahli rumah. Jadi semua kena bekerjasama untuk mencapai ketenangan dalam rumahtangga. -contoh jika kita ibu, kita jenis orang yang suka buat kerja rumah dan berada dalam rumah.Jadi suami boleh ambil ‘port’ berkebun dan membersihkan kawasan di luar rumah. Angkut anak-anak sekali untuk membuat kerja rumah. Ni antara perkongsian hari ni. Cukuplah 10 point. Jika ada lagi kita boleh tambah selepas ini. Sebenarnya perkara paling penting adalah minimalis barang-barang rumah..Apabila ‘sampah’ dibuang sebenarnya banyak masa yang kita boleh luangkan dengan diri sendiri dan juga boleh luangkan masa dengan membaca dan menimba ilmu.
Semakin meningkat usia orang tua kita, semakin kita perlu berhari-hati dengan tutur kata dan perbuatan kita kepada mereka.
Ini kerana ia penting untuk memastikan ibu bapa tidak berkecil hati dengan setiap butir bicara ketika bersama mereka.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Umum mengetahui, orang tua menjadi lebih sensitif dan hati mereka mudah tersentuh dengan perlakuan dan tutur kata kita sebagai anak, tidak kurang juga yang makan hati dengan kata-kata kita.
Lantaran itu, tiap kali anda balik ke kampung, ingat beberapa pesanan yang ditulis oleh Ws Adli W Muhammad di akaun facebooknya.
Ujarnya bila balik ke rumah mak dan ayah, ada beberapa perkara yang perlu kita jaga. Terutama mulut kita. Antaranya:
1. Bila mak hidangkan air, kita minum dan terasa air agak manis atau tawar, diamkan sahaja elakkan dari berkata yang bukan-bukan kepada mak. Mak dah tua. Barangkali deria rasa mak pun berubah, atau mak terlupa.
Ayat-ayat seperti “Manisnya air mak buat ni! Tawarnya air mak ni!” cukuplah sekadar dalam hati kita sahaja.
Pergilah ke dapur ambillah air masak, campurkanlah dengan air kita tu tadi. Sehabis baik kita cakaplah bebaik kepada mak kenapa kita buat begitu. Buatlah lawak sikit-sikit. Bagi mak gembira.
Selesai. Mak tak kecil hati, tak terluka perasaannya.
2. Bila mak masak, mak pelawa kita makan, pergilah makan. Bab diet tak ada masalah. Yang penting, kita tak bagitahu mak yang kita dah tak makan itu ini kononnya nak jaga badan.
Hati mak kena jaga. Dah tak makan nasi, pergilah makan lauk dan sayurnya. Mak gembira sangat tengok anak-anak mak makan. Terkenang sungguh mak masa tengok kita makan, terbayang-bayang semasa kita kecil-kecil dahulu.
Biasanya mak makan lambat-lambat. Sebabnya bukan apa pun, sekadar ambil peluang curi-curi tengok kita makan masakannya. Indah sungguh bagi mak.
Oh mak, hati mak bila dah makin berusia, makin mudah tersentuh hati. Semasa ketawa pun boleh sebak. Kan?
3. Bila kita sampai, tengok-tengok ayah tak ada. Ayah tidur. Atau pun sepanjang kita di rumahnya, kita perasan ayah kerap tidur.
Tak perlulah kita pergi ke bilik ayah, kejutkan ayah. Biarkanlah ayah. Biar ayah bangun sendiri.
Bila ayah keluar dari bilik, elakkan dari menyapa seperti “Hai abah, puas dah tidur? Hai ayah, asyik tidur je kerjanya.”
Ayah dah tua. Jalan tak segagah macam dahulu. Tenaga dah semakin berkurang. Beza semasa muda dahulu. Ingatlah.
Ini masa ayah berehat.
4. Ayah suka ajak kita keluar. Kadang bukan ke mana pun, sekadar pusing keliling kampung, pusing bandar sekejap.
Elakkanlah dari berkata “Tak naklah pergi. Lain kalilah.”
Semasa kita kecil-kecil dahulu, inilah orang yang tak pernah jemu bawa kita pergi meronda ke mana sahaja. Baik naik kenderaan atau berjalan kaki, sama ada dikendong, didukung kita atau diletakkan kita di belakang tengkuknya.
Sungguh. Permintaan ayah itu, sebenarnya adalah bagi mengubat rindunya membawa kita bersiar-siar satu ketika dahulu.
Cuma bezanya, kita pula yang membawanya.
Kawan-kawan,
Sama ada kita atau mereka yang pergi dahulu, tetapkan dalam hati untuk memberi layanan sebaiknya kepada mereka.
Manfaatkanlah masa bersama selagi dikurnia izin daripada Allah. Sampai satu masa, inilah rindu yang tak akan boleh dibuang dari fikiran dan hati kita, juga mereka. Kekal selama-lama selagi hayat dikandung badan.
Cara mendidik anak-anak bukan boleh dilakukan asal boleh, tetapi perlu perhatian khusus dan ia juga merupakan salah satu cabang ilmu yang perlu dipelajari.
Lantas apabila melihat cara Imam Muda Asyraf mendidik anak-anak yang masih kecil agar mencintai kisah-kisah nabi, wajar kita contohi.
Mengulas tentang itu, Imam Muda Asyraf berkongsi tip di akaun instagramnya. Menurutnya, apa yang penting adalah mendidik kebiasaan pada anak-anaknya. Sama ada mereka faham atau tidak adalah perkara kedua.
Menurutnya lagi, cuba bercerita serba sedikit tentang gelagat anak-anaknya. Pastinya setiap anak itu berbeza perangainya.
Katanya lagi, biarpun setiap hari sibuk memberi ceramah dan kuliah di merata tempat, namun jika ada ruang masa akan digunakan sebaik mungkin walau sekadar membacakan sebaris hadith.
Untuk itu bersamalah kita didik diri untuk menyuburkan majlis ta’lim dengan membaca Al Quran dan Hadith bersama-sama di rrumah.Semoga hidayah Allah bersinar di dalam setiap hati ahli keluarga yang kita cintai.
Sumber : Instagram Imam Muda Asyraf
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Resipi agar-agar sirap ros selasih, sedap makan sejuk-sejuk. Agar-agar merupakan salah satu sajian pencuci mulut yang popular dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Teksturnya yang kenyal dan lembut serta rasanya yang manis dan menyegarkan menjadikannya pilihan utama, terutamanya apabila disajikan dalam keadaan sejuk.