Tak sangka, pejam celik dah cepat saja masa berlalu. Kalau dulu kita tengok dia, masih bayi dan kemudian besar sikit. Macam-macam gelagat dia yang buat kita terhibur. Sekarang anak sulung Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin, Syeriv Samheizy sudahpun berumur tujuh tahun.
Bukan saja cerdik dan anak yang bertanggungjawab, malah sering menjadi pelindung kepada adik-adiknya. Terbaharu, Syeriv telah menyentuh perasaan ibunya apabila dia menawarkan diri untuk menjadi imam ketika menunaikan solat Maghrib.
“Sekadar berkongsi.. anak Bubu (panggilan kepada Tilla) dan Bapak dah boleh jadi imam. Ya Allah sebak tak habis lagi bila teringat dia mintak nak jadi imam Bubu bulan lepas.”
Katanya lagi, dia tidak dapat menahan air matanya keluar saat mendengar Syeriv membaca bacaan dalam solat.
“Merambu ayaq mata kita dalam sembahyang bila dengar anak kita baca bacaan dalam solat.”
Tilla berkongsi momen ketika Syeriv menjadi imam ketika mereka solat di sebuah surau di medan selera dan mengatakan sehingga mati pun dia tidak akan melupakan tempat itu.
“Tak sangka sungguh dia betul-betul boleh lead bubu solat maghrib dekat surau foodcourt! Bubu takkan lupa surau tu sampai mati.”
Tambah ibu cantik ini lagi yang dia tidak pernah memaksa anaknya itu untuk menjadi imam dan kini dia dapat merasai detik bangga seorang ibu. Tidak dilupa, dia juga meminta warga maya untuk mendoakan anak sulungnya itu.
“Tiada paksaan, dia sendiri mahu. Sekarang aku faham erti bangga yang sungguh bangga. Doakan Syeriv jadi anak soleh dunia akhirat, dapat jaga dan bimbing adik-adik buat kebaikan.”
Untuk pengetahuan, Syatilla mendirikan rumah tangga dengan Shaheizy Sam pada 8 Februari 2016.
Selain Syeriv, pasangan ini turut mempunyai anak perempuan iaitu Sarima Samheizy. 4, dan Salamah Samheizy, 3.
Artikel Menarik:
“Saya Takut Mati.” Isteri Baim Wong, Paula Verhoeven Kongsi Kisah Hijrah Pakai Hijab
“Lama Dah Gambar Ni.” Fattah Tunjuk Foto Fazura & Fatima Jadi ‘Wallpaper’ Telefon
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my