Merajuk Dengan Anak & Menantu, Wanita Ini Pilih Berteduh 40 Hari Dalam Kereta

Share

Seorang wanita  nekad menetap 40 hari di dalam Perodua Kancil kerana merajuk dengan anak dan menantu. Wanita berusia 51 tahun yang enggan dinamakan berkata penduduk Taman Suria, Pendamar di sini prihatin menghantar makanan sepanjang dia berada di dalam kereta itu.

“Ada perkara yang mereka (anak menantu) kata sehingga membuatkan saya kecil hati. Jadi lebih baik saya keluar daripada rumah kerana tidak mahu susahkan mereka.

“Saya hendak keluar dari kawasan itu, namun kereta saya tidak boleh bergerak membuatkan saya terpaksa tinggal di dalam kereta selama 40 hari.

“Memang saya ada niat hendak pergi rumah anak yang lain, namun belum tentu mereka terima saya. Mesej ucapan Aidilfitri saya pun tidak dibalas,” katanya.

Keperitan wanita berkenaan mendapat perhatian Lembaga Zakat Selangor yang menyewakan sebuah rumah, bantuan makanan, wang RM500 dan kos baik pulih kenderaan.