
Seorang wanita nekad menetap 40 hari di dalam Perodua Kancil kerana merajuk dengan anak dan menantu. Wanita berusia 51 tahun yang enggan dinamakan berkata penduduk Taman Suria, Pendamar di sini prihatin menghantar makanan sepanjang dia berada di dalam kereta itu.
“Ada perkara yang mereka (anak menantu) kata sehingga membuatkan saya kecil hati. Jadi lebih baik saya keluar daripada rumah kerana tidak mahu susahkan mereka.
“Saya hendak keluar dari kawasan itu, namun kereta saya tidak boleh bergerak membuatkan saya terpaksa tinggal di dalam kereta selama 40 hari.
“Memang saya ada niat hendak pergi rumah anak yang lain, namun belum tentu mereka terima saya. Mesej ucapan Aidilfitri saya pun tidak dibalas,” katanya.
Keperitan wanita berkenaan mendapat perhatian Lembaga Zakat Selangor yang menyewakan sebuah rumah, bantuan makanan, wang RM500 dan kos baik pulih kenderaan.
Elak Kerap Ke Kedai, Ini Cara Bekukan Daun Herba Supaya Kekal Segar, Nak Masak Pun Mudah!

Penularan pandemik Covid-19 menyekat pergerakankita termasuk jika ingin membeli-belah barangan dapur dan makanan.
Barang dapur basah misalnya merupakan bahan utama yang penting di dapur untuk penyediaan makanan harian kita.
Jadi untuk mengelak kerap ke kedai, kita mesti tahu cara menyimpan makanan yang betul boleh membuat makanan tahan lebih lama dan mengurangkan keperluan untuk keluar rumah bagi membeli barangan dapur.
Bukan itu sahaja, ia juga mengelakkan pembaziran kerana makanan yang dibeli tidak akan cepat rosak.
Ikuti sebagaimana perkongsian info oleh Public Health Malaysia.
Memang sayang sebab kadang kala, kita terpaksa buang daun sup, daun kari, daun bawang, kucai, daun pandan, daun limau purut, serai, lengkuas atau halia selepas beberapa hari membeli kerana ia sudah layu dan tak segar.
Untuk memanjangkan hayat daun daun herba ini..
1. Basuh daun daun herba
2. Potongkan menjadi kecil dan rendamkan dalam bekas plastik
3. Masukkan dibahagian beku
4. Selepas 3-4 jam , keluarkan dan masukkan dalam beg zip bag yang berlabel.
Apabila anda hendak gunakan.. keluarkan lebih awal.. biarkan air batu menjadi cair dan daun herba ini boleh digunakan. Keadaan masih segar, berbau wangi seperti baru dibeli.
Anda pun tak perlu bazir duit dengan membuang barangan yang tak dipakai. Sampah pun menjadi kurang. Kebersihan bumi pun terpelihara.
Sumber: Public Health Malaysia
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
10 Pesanan Ustazah Asma Harun Tentang Sikap Lupa Diri. Salah Satunya Berkira Kekurangan Pasangan Dan Anak. Deep!

Kadang kala, manusia alpa dengan tanggungjawab sebagai hamba Allah. Kejar dunia, akhirat dilupa.
Antaranya mereka lupa bersyukur nikmat kerluarga, menghitung kekurangab pasangan, lakukan maksiat dan lupa persiapan mati.
Ikuti 10 pesanan penceramah terkenal, Ustazah Asma Harun mengenai sikap segelintir manusia. Moga muhasabah diri.
Ikuti perkongsiannya.
1.Ramai yang sibuk mengintai kelebihan rezeki orang lain, hingga lupa nikmat yang dia ada.
2.Ramai yang sibuk mencela kesilapan dan maksiat orang lain, hingga lupa keaiban diri.
3.Ramai yang sibuk memuji memuja manusia, hingga lupa Allah yang Maha Terpuji.
4.Ramai yang sibuk menghitung kekurangan pasangan dan anak², hingga lupa bersyukur nikmat ada keluarga.
5.Ramai manusia sibuk menghitung kesusahan hingga lupa bersyukur akan kesenangan.
6.Ramai yang sibuk memberi dan mencari ilmu hingga lupa beramal.
7.Ramai yang sibuk beramal soleh hingga lupa membantu mereka yang memerlukan.
8.Ramai yang sibuk menikmati hidup hingga lupa persiapan akan kematian.
9.Ramai yang sibuk dengan perkara yang tak sepatutnya dia sibuk, akhirnya masa dan umurnya habis sia².
10.Manusia sentiasa sibuk, hingga saat kematian lalu dia terkejut. Barulah tersedar, dunia yang direbut² semuanya akan ditinggalkan.
Renungan Muhasabah Bersama.
Asma’ binti Harun.
#UAHSahabatDuniaAkhirat
Rupanya Tak Perlu Tunggu Start Kerja, Umur 14 Tahun Dah Boleh Jadi Ahli KWSP. Nak Daftar Pun Mudah, Guna Kiosk Je!

Sebut tentang KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja), pasti ramai yang tak tahu bahwa umur mencarum bukanlah ketika mula bekerja. Sebaliknya umur 14 tahun sudah boleh menjadi ahli.
Perkongsian lelaki yang menggunakan akaun facebook Mo Ameen boleh dijadikan rujukan yang mana, dia telah mendaftar dua orang anaknya sebagai ahli. Lebih memudahkan, proses pendaftaran tersebut hanya dibuat di kiosk sahaja tanpa perlu beratur di kaunter.
2 orang anak saya yang sulung dan no.2 (kedua-duanya masih sekolah menengah) telah pun mendaftar sebagai ahli KWSP pada tahun lepas (24 Disember 2021).
Ramai yang tak tahu, seawal umur 14 tahun sebenarnya sudah boleh menjadi ahli KWSP dan tidak perlu tunggu apabila mula bekerja.
Pendaftaran pula boleh dibuat di kios KWSP sahaja, tidak perlu ke kaunter.
Selepas daftar, perkara pertama yang saya suruh anak buat ialah daftar akaun online KWSP (i-Akaun) di kios yang sama.
Kedua, daftar akaun Simpanan Shariah menggunakan i-Akaun.
Ketiga, saya daftarkan caruman i-Saraan.
Alhamdulillah, akaun anak-anak saya telah pun ditukar ke akaun Simpanan Shariah berkuat kuasa 1 Jan. 2022.
i-Saraan pula adalah caruman secara sukarela. Disamping dapat menyimpan pada usia muda dan dapat dividen setiap tahun, kerajaan juga telah memperuntukkan insentif sebanyak 15% (jumlah insentif maksimum RM250 setahun).
Bayaran caruman i-Saraan secara online saya buat melalui Bank Islam.
Sebagai ahli KWSP juga akan mendapat manfaat kematian RM2500.
Mungkin ada yang bertanya, kalau sekadar nak menyimpan, boleh sahaja buka akaun bank atau tabung haji.
Berdasarkan pengalaman saya, simpanan anak-anak dalam Tabung Haji, akhirnya ayahnya juga yang guna 😃😃. Sekian!!
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja #KWSP #SimpananShariah #iSaraan
ARTIKEL MENARIK: “Daripada 7.8 Billion Manusia, Kamu Bertakhta Di Hati.” Aksi Malu-Malu Heliza Bikin Terhibur, Sweetnya Ucapan Suami
ARTIKEL POPULAR: “Ditanya Nak Hadiah Apa, Saya Cuma Nak DOA.” Suami Dedah Sebab Pilih Heliza, Resepsi Dihadiri Ilmuan, Alunan Al-Quran & Tazkirah
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club