Memiliki bibir yang merah menawan menjadi daya tarikan tersendiri bagi seseorang wanita. Pasti bila memiliki bibir bak delima merekah membuatkan wanita tampil cantik sempurna dan sekali gus menjadikan lebih berkeyakinan.
Pelbagai cara dapat dilakukan untuk membuatkan bibir menjadi merah merekah, salah satu yang biasa dilakukan adalah dengan menggunakan gincu. Namun cara ini tidak bersifat kekal, malah jika tidak serasi dengan lisptik yang digunakan akan menjadi penyebab masalah bibir lebih teruk. Bukan sahaja bibir terlihat lebam malah kering.
Oleh itu, alangkah lebih baik dan selamat anda menggunakan bahan-bahan semula jadi untuk memerahkan bibir. Biarpun kesannya tidak terlihat serta-merta namun jika konsisten anda pasti berpuas hati.
Berikut adalah 11 cara memerahkan bibir yang boleh anda amalkan agar bibir anda tampak merah, cerah dan lebih sihat. Selamat mencuba!
CAMPURAN LEMON DAN MADU
Lemon dan madu dikatakan dapat memberi khasiat yang meremajakan kulit. Mana tidaknya, lemon kaya dengan vitamin C manakala madu pula mengandungi khasiat anti-bakteria dan anti-penuaan.
Lakukan langkah di bawah:
• 1/2 sudu jus lemon.
• Tambahkan madu.
• Sedikit gliserin ( kalau tak ada, guna gula kasar ).
• Gaul sekata dan oles pada bibir.
Biarkan semalaman untuk mendapatkan kesan yang lebih ketara.
UBAT GIGI + BERUS GIGI
Kedengaran macam pelik bukan? Tapi memang berhasil jika diamalkan. Selain menggunakan ubat gigi untuk gigi dan lidah, ubat gigi juga boleh diletakkan pada bibir seperti skrub. Oleskan sedikit pada bibir anda dan biarkan selama 3 minit. Kemudian gosoklah dengan perlahan menggunakan berus gigi yang lembut untuk membersihkan bibir. Proses ini akan membuang sel-sel mati dan menjadikan bibir lebih menawan.
Ads
GULA
Tahukah anda, sebenarnya gula merupakan bahan utama dalam pembuatan skrub bibir yang berada di pasaran. Anda boleh buat sendiri skrub bibir di rumah menggunakan gula kasar dengan mencampurkannya dengan jeli petroleum atau ‘vaseline’ yang biasa terdapat di pasaran.
Ini cara membuat scrub bibir:
Bahan-bahan:
1/2 cawan gula
2ml jeli petroleum (‘vaseline’)
Ads
Jika tiada ‘vaseline’ bolehlah diganti dengan air suam. Campurkan bahan hingga sebati dan sapukan pada bibir dalam buat gerakan membulat pada keseluruhan bibir selama 3-4 minit. Bilas apabila kering.
BUAH-BUAHAN SEGAR
Buat sendiri ‘lip gloss’ atau balm dengan menggunakan buah-buahan merah semula jadi seperti strawberi, delima, buah naga, atau beri merah.
Lenyek atau kisarkan bahan-bahan ini dan tambahkan sedikit madu (sekiranya ada) dan oleskan pada bibir. Bilaskannya apabila ia mengering. Lakukan sekerap mungkin, sekurang-kurangnya 3 kali sehari. Buah-buahan ini bukan saja memberi kelembapan bibir, ia juga membantu mengembalikan nutrisi serta menyerlahkan kemerahan bibir.
BIT MERAH
Ubi bit atau ‘beetroot’ adalah salah satu makanan yang berwarna merah semula jadi. Ia mempunyai ciri pencerah semulajadi yang boleh membantu mencerahkan warna bibir yang gelap.
Oleh itu, kisar ubi ini sebelum masuk tidur dan oles pada bibir anda. Warna merah pada jusnya ini akan meresap pada bibir dan menjadikan bibir berwarna merah menawan pada keesokan paginya.
Ads
Anda juga boleh mencampurkan jus ubi bit dengan jus lobak merah untuk khasiat yang tak kurang hebatnya. Urutkan pada bibir anda selama lebih kurang 10 minit sebelum membilasnya dengan air suam. Lakukan langkah ini sekurang-kurangnya sekali setiap hari.
BANYAKKAN MINUM
Pastikan juga anda minum banyak air kosong untuk membantu penghidratan dan melancarkan pengedaran darah. Jika badan kurang air, pastinya bibir akan menjadi kering dan mana mungkin bibir merah bak delima merekah dapat anda miliki.
SAPU AIR MAWAR
Rendamkan kelopak mawar di dalam air dan kemudian ratakan air mawar ke seluruh bibir. Lakukan setiap kali sebelum tidur.
MENTEGA
Ratakan mentega pada bibir setiap kali hendak tidur. Bibir bukan sahaja menjadi merah semula jadi malah lebih lembut dan tidak kering.
MINYAK ZAITUN
Selain itu, gunakan minyak zaitun atau minyak kelapa sebagai pengganti kepada lisptik anda buat sementara waktu. Kedua-dua minyak ini mempunyai banyak khasiat dan dapat memelihara keaslian warna bibir anda yang merah berseri.
LIMAU NIPIS
Perahkan limau nipis dan ambil jusnya sebanyak 2-3 sudu kecil. Kemudian bancuh bersama air suam. Sapukan pada bibir dan biarkan selama 10 hingga 15 minit. Setelah itu, bilaslah dengan air suam. Lakukan sebanyak 1-3 kali sehari. Dikatakan limau nipis boleh mengurangkan warna gelap pada bibir kerana limau nipis juga kaya dengan vitamin C.
MADU
Madu juga boleh digunakan untuk membuatkan bibir yang gelap menjadi lebih cerah dan merah merekah secara semula jadi. Anda dapat memanfaatkannya dengan cara mengambil sedikit madu asli, kemudian sapukan pada bibir secara merata. Cara ini akan lebih efektif jika diamalkan setiap malam sebelum tidur. Anda juga boleh melakukan cara ini 2-3 kali dalam sehari supaya mendapatkan hasil tona bibir yang lebih menawan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Ini dia makanan dan minuman untuk awet muda yang wajar kita semua kaum perempuan amalkan untuk tujuan kesihatan dan kecantikan. Dikatakan jika hidangan ini jika diambil selalu anda akan rasa lebih bertenaga dan nampak berseri.
Apa tidaknya salah satu bahan yang digunakan adalah cendawan tremella atau white fungus di mana khasiatnya hampir sama dengan sarang burung. Jadi tidak hairanlah menjadikannya cukup hebat dan bertindak aktif untuk melewatkan kesan penuaan pada wajah.
Oleh itu, usah tunggu lagi. Ayuh kita pelajari resipi penyediaannya sebagaimana yang dikongsikan oleh Puan Khairunissa untuk manfaat bersama. Selamat mencuba!
LUK MEI ni ialah makanan tradisi Korea,Cina & Jepun sejak ratusan tahun dulu.
Bertuah betul diri dapat resepi ni
Hari ini saya share dengan korang semua supaya korang pon boleh sihat dan awet muda.
BAHAN-BAHAN:
– Cendawan Tremella @ WHITE FUNGUS ( Khasiatnya hampir sama dengan sarang burung )
– Barli (optional)
– Jujube (Kurma Merah)
– Longan Kering
– Gula batu
– Daun Pandan.
Cara masak:
1) Rendam barli 30 minit dan cendawan sampai lembut dan kembang. Buang tampuk berwarna kuning di bawah cendawan.
2) Rebus barli terlebih dahulu sampai empuk baru masukkan cendawan.Rebus lagi selama 40minit dengan api sederhana.
3) Kemudian masukkan longan kering, kurma dan daun pandan serta gula batu.Rebus lagi lebih kurang 20 minit atau bila nampak kurma merah itu sudah kembang.
4) Sedap dimakan ketika sejuk.
**Kalau rebus pakai periuk tanah lebih bagus.
* Gula batu boleh digantikan dengan gula kerek/gula organik(tapi masukkan lepas rebusan sudah siap) untuk rasa ala-ala laicikang
KHASIAT :
– meningkatkan kelembapan kulit
– anti penuaan
– mengurangkan kedut
– Bagus utk paru- paru serta sistem penghadaman
– mengelakkan dr sakit sendi(sesuai utk mereka yg ade sakit lutut)
– antioksida
– antifungal
– anti bakteria
– anti stress
– efektif menangani jaundis pada bayi
– cepat pulihkan luka
– merendahkan kadar kolestrol
– sihatkan usus
– Bantu menangani masalah kencing kotor
– Menyejukkan badan
Amalkan minum setiap hari untuk kulit yang cantik serta awet muda.
Dikatakan amalan meminum rebusan Tremella ini berasal dari gundik maharaja Cina. Beliau dikatakan sangat awet muda kerana kelihatan seperti wanita 40tahun pada usia 80 tahun!
Saya dah test pada encik suami, sebelum bersukan dia minum Luk Mei dan hasilnya, Encik suami boleh main futsal tanpa rasa semput selama 1 jam.
Cuaca panas bukan bahang dia je tapi cahaya matahari tu terpancar je kena kita. Pakai sunscreen memang boleh lindung kulit muka tapi bila tak re-apply, boleh burn jugak.
Lagipun, siapa je rajin nak re-apply banyak kali kan. Tak kan la nak re-apply atas foundation kan.
Tambah lagi, orang yang kulit cerah memang lagi senang untuk dapat burn. Kenapa? Sebab orang kulit cerah tak banyak melanin berbanding orang yang kulit lebih gelap.
Kebanyakkan wanita dekat negara kita pulak berlumba-lumba nak kulit putih kan. Jadi, boleh cuba tips ni untuk pulihkan kulit muka yang dah burn.
TIPS PULIHKAN KULIT MUKA TERBAKAR
BAHAN-BAHAN:
-Gel aloe vera
-Yogurt (bukan berperisa)
-Bekas
CARA-CARA:
1. Masukkan 1 sudu besar yogurt dalam bekas
2. Masukkan 1 sudu besar gel aloe vera
3. Kacau hingga sebati
4. Pakai kan di muka dan biar selama 10-15 minit
5. Dah cukup masa, bilas muka dengan air suam. Jangan lupa untuk pakai pelembab muka untuk elakkan kekeringan.
EXTRA TIPS: Sapu vaseline pada muka untuk lembabkan kulit dan kurangkan rasa pedih. Elakkan pakai skincare yang ada bahan active contohnya glycolic acid dan sacylic acid. Cuba untuk rehatkan muka dari sebarang skincare kecuali hanya pelembab/vaseline.
Guna pelindung kulit yang bersesuaian dengan jenis kulit dan situasi aktiviti. Ramai yang beranggapan memilih losen yang mempunyai SPF (Sun Protecting Factor) tinggi adalah lebih baik. Sebenarnya, losen pelindung daripada cahaya matahari mempunyai banyak jenis perlindungan misalnya SPF 15, SPF 30 mahupun SPF 45.
Seorang pakar dermatologi Florida, Dr. James M Spencer, melaporkan bahawa produk dengan SPF 15 menghalang 94% sinar UVB dan produk dengan SPF 30 memberi perlindungan sehingga 97% pada sinaran yang sama. Manakala, produk SPF 45 pula menghalang 98% sinar UVB.
Memakai losen tidak memadai. Jika anda seorang yang teliti, pemakaian baju lengan panjang dan cermin mata gelap adalah pilihan terbaik. Memakai cermin mata membantu masalah kerosakan katarak mata. Sebaiknya pilih cermin mata yang mempunyai perlindungan UVA dan UVB yang boleh melindungi mata dari sinaran matahari terik.
Amalkan penggunaan skrub mandian dua kali seminggu. Tujuannya adalah untuk menanggal sel-sel kulit mati yang telah rosak akibat terlalu terdedah kepada panas dan suhu sejuk terutama penghawa dingin.
DALAMAN
Jika anda seorang yang obses dengan pil, terpulang pada anda asalkan pengambilan pil merujuk kepada pakar. Hari ini, terlalu banyak produk pencerahan dan kecantikan yang dijual secara berleluasa. Ada yang mendapat kelulusan dan juga sebaliknya. Biar apa pun tujuan pengiklanan dan pemasaran yang digunakan, anda perlu tahu kesan sampingan dan mintalah pendapat pakar.
Untuk mempunyai kulit yang sihat dan cantik, pengambilan makanan yang kaya vitamin C boleh membantu secara semula jadi. Amalan meminum jus oren membantu menyegar, melambatkan penuaan dan mencerahkan kulit. Begitu juga dengan pengambilan tomato dan kacang soya. Makanan ini mampu membantu kulit menerima lebih banyak kolagen untuk menganjalkan kulit dan mengurangkan kedutan-kedutan halus daripada menjadi lebih ketara.
Elak makan makanan yang berlemak dan bergoreng kerana memberi peluang kulit tersumbat dengan minyak-minyak yang tidak baik. Apabila pori-pori kulit tersumbat, lama-kelamaan kulit akan dipenuhi dengan noda-noda hitam yang tidak diingini.
Selain mengamalkan pemakanan sihat, jangan lupa rehatkan minda agar tidak stres. Masalah stres juga salah satu punca utama kulit merasa tekanan dan tampil kusam. Solekan tebal tidak mampu memberi gambaran kulit yang cantik kekal lama. Stres tetap boleh menjadi punca menampakkan kulit yang lesu.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.