Kanak-kanak kalau dah bermain, pasti di akhirnya akan berakhir dengan tangisan. Keterujaan mereka apabila berada di tempat baru atau tempat yang dirasakan selesa buat mereka menjadi lebih agressif dan hyper aktif.
Baru-baru ini, tular di aplikasi Tiktok sebuah posting dari seorang wanita yang mengatakan rasa sedih apabila seorang kanak-kanak di tampar oleh ibunya walaupun adiknya membuat salah.
“Merah pipi dan telinga awak sayang.”
Namun wanita ini mengatakan, dia berasa kagum kerana kanak-kanak tersebut tetap memohon maaf berkali-kali dengan ibunya walaupun kesalahan itu bukanlah dari dirinya.
@bungafia92 Big girl don’t cry #fyp #penang ♬ Untukmu Aku Bertahan – Afgan
Perkongsian ini mendapat pelbagai respon dari netizen. Ramai yang bersimpati dengan apa yang terjadi pada kanak-kanak tersebut.
Ada yang mengatakan, anak sulung selalunya menjadi tempat melepaskan amarah ibubapa dan ada yang mengatakan ibu bapa seharusnya memberikan layanan sama rata kepada semua anak-anak.
[TRENDING] “Dua-dua Princess Umi.” Ramai Puji Cara Isteri Fizo Omar Layan Maryam
[TIP MASAK] Hanya 15 Minit, Daging Liat Dapat Dilembutkan
Dalam pada itu, dari segi psikologi sikap sebegini sebenarnya akan membawa kesan jangka panjang ke atas anak-anak yang menjadi mangsa.
Menurut ahli terapi mental dan kaunselor, Mallory Williams, layanan tidak adil juga akan menjadi trauma berpanjangan yang menjejaskan emosi anak-anak.
“Bahaya jangka panjang terbesar ialah kemurungan, kebimbangan, tindak balas yang tidak stabil atau trauma dalam hubungan peribadi. Selain itu wujud kebimbangan prestasi untuk kedua-dua kanak-kanak yang digemari dan tidak digemari.
“Kanak-kanak yang tidak disayangi akan mengalami nilai diri yang rendah, perasaan penolakan dan tidak mencukupi. Selain itu seolah-olah ‘berputus asa’ kerana perasaan mereka tidak akan layak mendapat perhatian dan kasih sayang seperti adik-beradik yang lain.
“Ini selalunya mempunyai implikasi jangka panjang ke atas prestasi mereka dalam pekerjaan, di sekolah, dan dalam hubungan interpersonal. Ia kerana hubungan keibubapaan menetapkan asas dan jangkaan hubungan masa depan,” kata Williams.
Paling mengejutkan, sikap tidak adil juga akan menimbulkan perasaan seperti anak itu diabaikan, menyebabkan mereka berasa memerlukan ibu bapa atau sesiapa sahaja.
[MESTI BACA]
- Bantal Kepam Kini Seperti Baru. Guna 3 Bahan Ini Sahaja
- Berkat Kesabaran Berhadapan Dengan Suami Panas Baran, Lisdawati Kini Bersyukur Suami Lebih ‘Cool’
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Bersihkan Rumah Pun Kena Ada Ilmu, Elak Mop Lantai Bercampur Najis, Ustaz Ni Jelaskan!
Aktiviti mengemas rumah seperti mengemop lantai memang selalu kita buat setiap hari. Rutin harian ini nampak mudah pada pandangan mata kita. Mudah pada pandangan mata tetapi sebenarnya ada banyak ilmu yang harus kita pelajari.
Mengemop lantai hingga benar-benar bersih dan diistilah bersih di sisi islam, Ustaz Syed Shahridzan buat pencerahan ke atas permasalahan ini. Jangan pandang mudah. Pastikan rumah kita, syurga kita anak beranak ini bebas najis dan bersih.
AIR MOP LANTAI BERCAMPUR NAJIS
Banyak orang zaman sekarang, bila ada najis seperti muntah, tahi lipas ke, cicak ke, dia buang dulu najis kmudian mop, cuma, dia tak guna air mutlak, dia guna air mop lantai (sabun lantai). Adakah semua kawasan lantai yang dia mop menjadi najis atau kawasan najis tu sahaja selepas mop?
Menurut mazhab Syafi’ie, air yang berkapasiti 2 kolah (230 liter) dan ke atas bercampur dengan najis, maka air tersebut tidak bertukar menjadi najis melainkan berubah salah satu dari 3 sifat air tersebut, iaitu bau, warna atau rasa. Ini berdasarkan sepotong hadith yang menyebut:
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ – رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا – قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ – صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «إِذَا كَانَ الْمَاءَ قُلَّتَيْنِ لَمْ يَحْمِلْ الْخَبَثَ».وَفِي لَفْظٍ: «لَمْ يَنْجُسْ». أَخْرَجَهُ الْأَرْبَعَةُ، وَصَحَّحَهُ ابْنُ خُزَيْمَةَ وَابْنُ حِبَّانَ وَالحَاكِمُ
Maksudnya: Abdullah bin Umar RA bahawa Rasulullah -sallallahu ‘alaihi wa sallam- bersabda: “Jika kandungan air mencapai dua kolah maka ia tidak mengandungi kotoran.” Dalam suatu lafaz hadith: “Tidak bernajis”. (Diriwayatkan oleh Imam empat dan dinilai sahih oleh Ibnu Khuzaimah, Hakim, dan Ibnu Hibban)
Jadi jika air mutlak 2 kolah dan ke atas berubah salah satu sifatnya contoh jernih berubah warna kekuningan disebabkan najis, maka air itu bukan lagi air mutlak malah kategori air mutanajjis (air najis). Ini berdasarkan hadith baginda -sallallahu ‘alaihi wa sallam- yang menjelaskan:
وَعَنْ أَبِي أُمَامَةَ الْبَاهِلِيِّ – رضي الله عنه – قَالَ: قَالَ رَسُولُ – صلى الله عليه وسلم: «إِنَّ الْمَاءَ لَا يُنَجِّسُهُ شَيْءٌ، إِلَّا مَا غَلَبَ عَلَى رِيحِهِ وَطَعْمِهِ، وَلَوْنِهِ». أَخْرَجَهُ ابْنُ مَاجَهْ
Maksudnya: Abu Umamah al-Bahily RA bahawa Rasulullah -sallallahu ‘alaihi wa sallam- bersabda: “Sesungguhnya air itu tidak ada sesuatu pun yang menajiskan ia kecuali sesuatu yang dapat merubah bau, rasa dan warnanya.” (Riwayat Ibnu Majah)
Manakala air di bawah kapasiti dua kolah, jika bercampur dengan najis maka secara automatik ia berubah menjadi air mutanajjis (air najis) meskipun tidak berubah sifat sama sekali. Ini kerana kekuatan menolak kesan najis hanya ada pada air yang berkapasiti 2 kolah dan ke atas sepertimana yang dinyatakan oleh Baginda -sallalhu ‘alaihi wa sallam- dalam hadith di atas.
Berbalik kepada air mop yang bercampur najis seperti najis dan muntah. Mengikut kaedah mazhab Syafi’ie, air mop di dalam baldi bercampur dengan najis maka air itu menjadi air mutanajjis. Bahan bernajis seperti air mutanajjis haram dimanfaatkan termasuklah mop lantai menurut mazhab Syafi’ie. Perkara ini dinyatakan di dalam kitab-kitab fiqh Syafi’ie antaranya Imam al-Khatib al-Syirbini -Rahimahullah-, sepertimana kata beliau di dalam karangannya ‘al-Iqna Fi Hall Alfaz Abi Syuja’:
لو أخذ دما أجنبيا ولطخ به نفسه أي بدنه أو ثوبه فإنه لا يعفى عن شيء منه لتعديه بذلك فإن التضمخ بالنجاسة حرام
Maksudnya: ” Begitu juga seseorang yang mengambil darah orang lain(ajnabi) kemudian melumuri dirinya iaitu badannya atau pakaiannya maka ia tidak dimaafkan sedikit darinya kerana lumuran darah yang melampau pada dirinya, sesungguhnya meletakkan(menyentuh) najis adalah haram”.
Oleh disarankan sesiapa yang mop lantai agar mengelakkan dari membersihkan lantai yang dengan air yang sudah bercampur dengan najis. Ini kerana kapasiti air di dalam baldi ternyata di bawah kadar 2 kolah, maka ia bernajis apabila bercampur najis meskipun tidak berubah sifatnya. Ini kerana air yang bernajis tidak dikira mampu menyucikan sesuatu tempat dari najis.
Jika lantai yang sudah dimop dengan air yang bercampur najis yang tidak dimaafkan, maka wajib lantai dibilas/disapu dengan air mutlak sehingga hilang kesan-kesan najis pada tempat itu. Apa pun terpulang kepada kebijaksaan masing-masing untuk melaksanakan cara penyucian tempat yang bernajis mengikut kaedah yang telah ditetapkan oleh syarak.
Antara najis yang dimaafkan ialah najis cicak yang terlalu sedikit. Sebagai contoh najis cicak dua tiga butir termasuk ke dalam air baldi, ia dikategori najis yang dimaafkan selagimana ia tidak merubah sifat air. Ini kerana tahi cicak antara najis yang sukar untuk dielakkan. Jika ia banyak maka tidak dimaafkan iaitu menajiskan air yang sedikit walaupun tidak berubah sifat.
Bolehkan membersihkan tempat bernajis dengan air sabun? Menurut mazhab Syafi’ie, tempat atau benda yang terkena najis wajib dibersihkan dengan air mutlak dan tidak sah dengan air mutlak yang bercampur dengan bahan lain seperti sabun. Tiada masalah untuk menggunakan air sabun untuk basuhan awal namun basuhan kedua mestilah menggunakan(bilas) air mutlak.
Menurut mazhab Hanafi, air mutlak yang berubah sifatnya dengan bahan lain seperti sabun maka ia tetap suci dan menyucikan. Pendapat mazhab Hanafi boleh diamalkan jika melibatkan kawasan terlalu besar seperti kilang dan proses pembersihan melibatkan mesin canggih yang menggunakan sabun, ini termasuk kategori darurat. Manakala tempat yang kecil seperti rumah maka jangan lari dari kaedah mazhab Syafi’ie.
Wallahu A’lam
Abu Ruqayyah Ba ‘Alawi
Kredit: Ustaz Syed Shahridzan
Yana Samsudin Didik Anak Memakmurkan Masjid Sejak Kecil.
Ibu mana yang tidak bimbang apabila anak yang sedang membesar tidak menunjukkan displin yang baik.
Bagi Yana Samsudin, dia bimbang sekiranya Mateen boleh mengganggu jemaah sehingga menghilang kyusuk dalam ibadah.
“Mateen selalu kata nak ikut daddy pergi masjid , kami takut nak bawa sebab dia ni jenis tak takut orang dan risau main jauh jauh kacau orang.
View this post on InstagramA post shared by Yana Samsudin (@yanasamsudin) on
“Sebelum ni pernah pergi masjid kat Putrajaya habis dia tawaf, macam mana mak nak kusyuk! Haaha .Pagi ni ada improvement ! Dia duk je depan mommy dan nenek sepanjang solat tapi , sepanjang tu lah dia nagis manjaaaa nak dukung. Sampai lah kami habis.
“Kat rumah elok je golek golek depan sejadah nak oii.. .Tengah dengar kutbah sedap pulak dia tido.Hahaha takpa lah nak… asalkan bahagia,” tulis Yana.
Dalam pada itu, ibu kepada seorang anak ini, turut didik ke masjid waktu kecil dahulu.
“Mommy dulu umur 5 tahun baru pergi surau, masjid jauh kena seberang jalan besar . Abah nak angkut semua memang tak mampu sebab ada motor vespa sahaja.
“Huhuhu Zaman sekarang dah galakkan anak kecil ke surau, ke masjid siap ada ruangan lagi untuk mereka.. berkarpet , ada aircond selesa… beruntung…Pengalaman kalian macam mana pula?,” kongsinya lagi.
Foto : Instagram Yana Samsudin
Pengajaran Terbaik. Anak Ni Kongsi Misi Bawa Ayah Balik Setelah Jatuh Sakit Ketika Bercuti Di Luar Negara!
Perkongsian daripada seorang anak ini bilamana ayahnya diuji dengan tahap kesihatan ketika sedang bercuti di Seoul, Korea baru-baru ini cukup mencemaskan. Banyak pengajaran dalam setiap detik yang dilalui sepanjang di sana hingga berjaya membawa ayahnya pulang ke tanah air.
Diharapkan daripada perkongsian ini akan lebih ramai antara kita memahami kepentingan adanya travel insuran, namun perlu pilih yang bersesuaian agar tidak terbeban dengan polisi pay & claim.
Ok, ini perkongsiannya.
SEOUL MISSION!
PERCUTIAN TRADEGI.
INSURANCE PAY & CLAIM!! (SAKIT DAHULU BARU BANTU)
A very Good Lesson!
Alhamdulillah. Saya kongsi kan pengalaman ini untuk rujukan dan pengetahuan kawan kawan di media sosial ini. Cerita ini sangat panjang. Perlu sedikit masa untuk anda habiskan.
14/8/2019
– Keluarga saya (abah, mak, adik dan husband) empat beranak telah ke Seoul Korea untuk tujuan bercuti. Tiba di seoul pada petang hari tersebut. Terus check in dan berehat.
15/8/2019
– Mereka bergerak ke Nami Island untuk mulakan percutian mereka. semua nya nampak indah dan sangat enjoyed dengan keindahan negara Korea.
– Pada sebelah petang selesai pulang dari Nami Island mereka pulang ke guest house di Itaewon untuk makan dan berehat seketika.
– Abah mengadu tekak nya kurang selesa. Sehingga nak telan air pun susah. Suhu badan abah tiba tiba naik mendadak. Kondisi mula nampak lemah. Kata nya tekak sudah rasa kurang selesa sejak tiba di korea semalam. Tapi sekarang lebih memburuk.
– Family members lain cadang membawa abah ke klinik berhampiran. Mereka berjalan kaki mencari klinik terdekat. Rupanya klinik terdekat dengan lokasi mereka hampir 1km. Setiba nya di klinik, klinik tersebut pula tutup.
– Abah dah sangat mengah dan bernafas dengan sangat laju. Lalu meminta adik untuk call ambulan dan bawa ke Hospital berhampiran.
– Hospital terdekat ialah Soon Chun Hyang University Hospital. Abah di bawa ke sana untuk mendapatkan rawatan dan bantuan oxygen. Adik ipar telah pergi untuk mendaftar abah di kaunter pendaftaran sementara adik stay dengan abah.
– Selepas beberapa minit, abah suffocating. Macam tak dapat nak bernafas. adik bagi tahu pada staff di emergency department mereka. Mereka langsung bawa abah untuk buat emergency treatment. Semua sudah mula panik.
– Selepas beberapa ketika. Doktor memberitahu adik yang tekak abah membengkak dengan sangat teruk sehingga menyebabkan throat dia compressed dan sebabkan obstruction dan susah untuk bernafas. Kata nya perlu untuk buat procedure intubate (masukkan tube dari mulut) untuk bantu abah bernafas. Abah perlu di bawa ke ICU untuk rawatan dan pemeriksaan lanjut. Tapi perlu lah membuat pembayaran awal terlebih dahulu baru akan ditolak masuk ke ICU.
– Waktu ini berlaku kejutan pertama. Bila mereka memberitahu yang kos untuk registration dan emergency respond adalah sebanyak 3 juta lebih won atau bersamaan lebih RM10k. Perlu di selesaikan segera untuk memboleh kan abah di bawa ke ICU.
– Ok di situ lah bermula penglibatan saya dalam cerita ini. Adik call dan beritahu perlu membuat bayaran segera. Saya yang tengah makan hampir tersembur makanan sebab terkejut dengan kos yang perlu dibayar segera. Selepas itu saya terus memasukkan duit untuk tujuan itu.
– Adik bagi tahu yang abah ada ambil ‘TRAVEL INSURANCE’ daripada AXA insurance. Saya rasa agak lega untuk seketika. Malam itu berlansung dengan keadaan abah di wad ICU.
16/8/2019
– Awal awal pagi adik telah update yang abah masih belum sedar. Bill hospital pula naik kepada belasan ribu ringgit.
– Saya terus hubungi AXA insurance untuk bertanya tentang policy insurance yang abah ambil dan detail detail yang lain.
– Pihak insurance confirmkan yang abah memang ada ambil travel insurance dengan mereka dengan coverage sebanyak 300k RM. Saya lega dan bertanyakan procedure untuk pihak insurance cover atau direct deal dengan pihak hospital.
– MALANGNYA. Policy insurance yang abah ambil merupakan ‘PAY & CLAIM’ policy untuk sebarang kes disebabkan Illness. Mereka kata hanya direct cover jika disebabkan sebarang Accident. Jika melibatkan Illness perlu PAY dulu, bila Full medical report dah keluar baru CLAIM.
– Hati yang tadi nya lega bertukar gundah gulana. Bill sekian meningkat setiap jam. Kondisi abah masih belum sedar. Tidak banyak yang mampu di buat waktu itu.
– Ada family members yang memberitahu pihak kedutaan di Seoul tentang kondisi abah. Pihak kedutaan menghantar wakil untuk tengok. Malangnya waktu dia datang tak dibenarkan masuk sebab tiada family members waktu itu di hospital sebab mereka balik ke guest house untuk mandi dan makan.
17/8/2019
– Kondisi abah masih sama. Tapi dah mula sedar sekejap sekejap. boleh dengar dan respond dengan angguk jika di tanya. mulut penuh dengan tube.
– Bill hospital meningkat RM 20k ++ . Adik beritahu yang bill semalaman di ICU dalam 400k Won bersamaan dengan 1k lebih RM. Charge untuk nurse yang menjaga juga sama. belum termasuk charge doktor doktor dan pakar pakar yang terlibat. dan mesin serta rawatan lain. Secara ringkas nya bill bergerak dengan sangat laju dan tinggi.
– Doktor cadang untuk buat CT Scan dan bakal menelan belanja Sebanyak 600k WON bersamaan RM 2k ++. Jika tidak dibuat tidak tahu keadaan tekak abah. Kami terpaksa setuju dan mereka membuat procedure tersebut.
– Adik call dan beritahu bill perlu di bayar segera. untuk teruskan dengan rawatan. Kami yang ada di Malaysia bertungkus lumus mencari wang segera. Mujur ada kawan kawan dan keluarga terdekat yang banyak membantu. Kami berjaya mendapat duit segera itu dan membuat bayaran.
18/8/2019
– Kondisi abah awal pagi ini agak baik. boleh respond. Boleh menulis. tapi masih sangat lemah.
– Bill terus meningkat. Abah tulis bertanya tentang insurance dan sebagainya. Kami terpaksa cakap semua sudah diuruskan. Tak nak dia risau. Sedangkan kami di sini yang kerisauan tengok bill macam air yang mengalir deras.
– Sebelah petang. Abah tiba tiba demam. Kondisi yang tadi nya nampak semakin membaik bertukar memburuk. Adik call dan bagitahu keadaan abah.
Mak yang mula risau call dalam keadaan menangis risau dengan keadaan abah dan kos belanja yang terlalu tinggi. Mana nak cari duit. Terpaksa guna ilmu penenang waktu ini untuk kelihatan cool bagi mengawal keadaan.
– Sudah 4 hari 3 malam di ICU. Kos sudah mencecah RM40 k. Satu pertumbuhan angka yang sangat drastik laju nya.
– Aset mudah cair seperti Emas dan sebagai nya terpaksa dicairkan untuk mengimbangi kos yang terpaksa ditanggung. Begitu juga terpaksa meminjam daripada kawan kawan sebab cash flow sangat laju dan kami perlukan fast cash.
– Sebelah malam, saya hubungi kawan kawan yang juga medical doctor untuk bertanya pendapat dan saranan mereka. Alhamdulillah kawan kawan semua nya superb dan banyak membantu.
– Salah satu yang di telefon merupakan Dr Riduan, Owner untuk Brand Klinik Anda. Bertanya pendapat dan idea beliau. Akhir sekali terlintas idea untuk membawa dia ke sana untuk melihat dan membantu apa yang patut untuk membawa abah balik ke Malaysia dapat rawatan di sini pula. Mungkin dengan condition yang sedikit stabil dan assist daripada medical doctor mereka boleh pertimbang untuk benar kan kami bawa baik abah ke Malaysia.
– Dr Riduan meminta tempoh sehingga besok tengah hari untuk memberi jawapan. perlu reschedule jadual nya terlebih dahulu.
19/8/2019
– Awal awal pagi dah mula resah. Call agent insurance untuk minta bantuan mungkin boleh diberi satu guarantee letter kepada pihak hospital. Sebab kos upfront sudah sangat tinggi. Wakil staf nya sangat membantu. Cuba untuk mendapatkan persetujuan daripada bos nya.
– Mereka hubungi semula dan meminta maaf sebab bos mereka kata tak ada apa yang boleh di bantu sebab memang dalam policy insurance state ‘PAY&CLAIM’
– Saya dah tak dapat tunggu lebih lama. Adik dan mak di korea call mengharap saya dapat ke sana untuk bantuk urusan di sana. Mereka dah tak boleh nak handle dan tahan dengan pressure di sana.
– Saya terus hubungi Dr Riduan untuk jawapan daripada beliau. Alhamdulillah saya terima jawapan yang positive daripada beliau. Setuju untuk fly ke Korea awal pagi besok. Jam 1 pagi.
– Flight ticket di beli. Detail persiapan di urus. Sampai sahaja waktu nak check in ticket online. Baru perasan passport saya dah expired.
– Terus bergegas ke UTC sentul untuk renew passport. Alhamdulillah proses lancar.
20/8/2019
– Awal pagi jam 0.55 kami berangkat terbang ke Seoul Korea.
– Untuk pertama kali nya saya menjejak kaki ke bumi Korea. Tidak bagi Dr Riduan yang sudah kerap ke sana.
– Tiba sahaja kami terus berangkat ke Hospital naik kenderaan yang telah di atur oleh adik ipar Dr Riduan yang memang membuat travel agency di sana dan juga tokey kepada Restaurant Halal Malaysia di Myeong Dong ‘Kampungku’ di sana.
– Kami tiba di Hospital jam 11 pagi. dan terus berjumpa dengan doktor in charge. Bertanya tentang kondisi abah dan sebagai nya.
– Medical Conversation antara Dr di sana dan Dr Riduan berlangsung. Kami melahirkan hasrat untuk membawa abah pulang ke tanah air untuk mendapat rawatan susulan di Malaysia pula.
– Mereka kata abah tidak fit untuk fly. Sebab masih intube dan guna oxygen support. Kata nya pd peringkat awal lung abah yang juga infected sudah dalam keadaan tidak merisaukan. Cuma perlu tunggu doktor daripada ENT untuk mengesahkan beberapa perkara. Kami minta untuk berjumpa dengan ENT surgeon tersebut segera.
– Tak lama kemudian kami dipanggil oleh ENT surgeon tersebut. Lalu dia menunjukkan video ct scan keadaan tekak abah. Memang jelas nampak sangat bengkak. Jika keluar kan tube tu maka saluran pernafasan abah akan kembali tertutup dan boleh mengancam nyawa.
– Kami tetap dengan pendirian nak bawa balik abah. Kemudian Dr ENT tersebut beri cadangan untuk buat procedure tracheostomy (tebuk bahagian tekak dan masukkan tube untuk bypass penafasan) baru boleh dipertimbangkan untuk balik.
– Kami bersetuju. Cuma Dr tersebut beri tempoh masa 7 hari selepas minor surgery tersebut untuk boleh discharge, kami bantah dan tetap nak bawa balik sesegera mungkin.
– Procedure selamat dilakukan. Abah bernafas melalui tube di tekak. Nampak lebih selesa.
– Kami hubungi pihak airlines untuk lihat siapa yang boleh consider untuk terima pesakit dengan condition begini. Malang nya semua tak terima KECUALI MALAYSIA AIRLINES.
– Tapi MAS beri syarat perlu isi medical form terlebih dahulu dan submit. Mereka akan periksa dan respond dalam 3 hari. Itu terlalu lambat buat kami waktu tu. Tapi kami tetap lengkap kan borang dan minta doktor di hospital untuk isi detail borang tersebut.
– Dalam masa yang sama. Oleh sebab ada saranan dari beberapa orang untuk deal dengan flight ambulance. Maka kami cuba dapatkan quotation nya. Kos nya sebanyak 75k. Ya 75k bukan RM tapi USD. bersamaan 300k RM. huhu. Memang tak dapat nak guna. Walaupun dalam insurance ada tetapkan limit unlimited untuk bawa pulang ke Malaysia. Masalah nya adalah kami kena dahulukan.
– Minta pula quotation daripada Company Medivac lain kos jika guna airlines commercial dan dengan assistant mereka. Kos nya hampir 40k RM.
– Dua dua idea tersebut gagal dan kami hanya tingal MAS sebagai harapan. Air Asia strictly no to health problem passenger.
– Sebelah petang pula. Tiba tiba Dr Riduan telah terima berita daripada Malaysia bahawa nenek beliau telah berada di Zon Merah di Hospital Terengganu. Dia terpaksa pulang.
– Terus booked tiket dan pulang ke Malaysia pada sebelah malam.
21/8/2019
– Tiba di hospital. Langkah langkah untuk discharge mula di lakukan. Pihak Hospital minta pakaian dan lain2.
– Kami terpaksa beritahu yang airlines belum terima dengan condition abah sekarang dan kami sedang buat pernohonan.
– Kami minta abah ditukar ke wad biasa untuk jimat kos. Rupanya kos untuk wad biasa pun dalam 7k lebih juga sehari.
– Mereka uruskan proses untuk pindah dari ICU ke Wad biasa. Tapi perlu tunggu kekosongan katil.
22/8/2019
– Pihak Hospital Call dan beritahu abah sudah sedia untuk dipindah ke wad biasa.
– Kami terus ke hospital untuk urus apa yang patut.
– Borang medical form MAS sudah lengkap di isi oleh doktor hospital. Kami scan dan hantar kepada pakcik di Malaysia.
– Beliau bergegas ke office MAS untuk hantar borang pada kaunter khidmat medical team mereka. Mereka kata akan usahakan secepat yang boleh. Tapi paling cepat pun mungkin keesokan hari.
23/8/2019
– Dalam masa tengah hari sebelum solat jumaat, pacik yang menguruskan urusan borang dengan pihak medivac MAS telah beritahu yang mereka dah approved untuk abah terbang pulang. Dengan syarat
—> Perlu provide oxygen support (guna battery)
—> Perlu ada suction machine
—> Dengan medical assistant
– Alhamdulillah lega. Pacik beritahu dia akan ambil flight keesokkan hari. Untuk beri sedikit masa buat persediaan.
– Tiket flight sudah di booked. Flight confirm keesokan hari pada jam 11. Harga tiket untuk saya dan abah hampir RM5000
– Saya dan adik terus ke pharmacy dan kedai alatan perubatan di sekitar hospital. Untuk mencari suction machine. Kebanyakan yang ada menggunakan electrical supply. Tapi akhirnya kami jumpa juga dengan yang menggunakan battery tapi perlu di order. Boleh dapat hanya pada sebelah petang. Harga dalam RM3000
– Oxygen machine pula. puas kami round. memang tak jumpa. Akhirnya ada juga yang boleh dapatkan. Tapi harga nya RM10,000. memang luar kemampuan waktu itu.
– Beritahu pada pakcik. kami dah mula risau sebab oxygen machine belum ada. Flight sudah di booked. Beliau terus beritahu yang pihak MAS ada beri contact vendor yang boleh sewakan machine tersebut. Baru lah lega. Sewaan hanya RM1600
– Tapi untuk dibawa ke Seoul. Jika guna pos akan ambil masa 10 hari. Kami sudah tiada masa. Kami lihat flight MAS ke Seoul untuk tumpang hantar machine tersebut disebabkan machine tersebut adalah vendor kepada MAS. Malangnya flight paling cepat ke sana hanya keesokan hari. Yang mana tak akan sempat sampai sebelum flight kami yang sudah di beli.
– Akhirnya pihak vendor mencadangkan salah seorang daripada ahli keluarga untuk hantar sendiri machine ke seoul naik flight lain. Kami terus check flight AA ke seoul. Ada flight paling awal jam 1 pagi. Dan akan tiba di seoul pada jam 8.35. Tempoh masa yang kami dijangka ada di airport. Terus beli tiket untuk adik perempuan sorang lagi datang untuk hantar machine itu.
– Pesediaan rapi dibuat. Ahli keluarga lain pergi urus dan hantar adik ke airport beramai ramai untuk misi ini. Kerisauan kami sebab jika diikutkan airasia tak benarkan membawa device oxygen ini dalam flight mereka. Tapi kami buat rayuan pada ground staff mereka sebab kami tak guna. Hanya bawa dan akan asingkan battery nya dahulu. Alhamdulillah dipermudahkan urusan. Adik dibenarkan masuk.
– Di hospital. Kami di panggil semula untuk confirmation discharge besok seperti dirancang. Mereka bertanya kan detail dan persediaan kami. Adakah mengikut syarat syarat yang dah ditetapkan. Saya beritahu satu persatu persediaan kami. Mereka agak lega dan impress dengan persediaan yang telah di buat. Dan benarkan untuk discharge pada jam 9 pagi.
– Saya membantah sebab beritahu mereka yang flight sudah di booking pada jam 11 pagi. Kami tak akan sempat ke airport jika dilepaskan jam 9. Alasan mereka kaunter pembayaran dan urusan hanya dibuka jam 8.30 pagi. Kami bantah dan cadang untuk saya dan abah dibiarkan discharge dahulu. Dan segala urusan hospital akan diurus oleh adik dan mak dan masih tinggal. Sebab flight mereka jam 4 petang. Mereka setuju
25/8/2019
– Awal pagi jam 7 kami ke hospital dan buat persediaan ke airport. Abah dengan bantuan wheelchair dan portable oxygen. Kami bergerak dengan kenderaan yang sekali lagi dibantu oleh adik Dr Riduan.
– Tiba di Airport. Terus ke kaunter MAS. Beri mereka salinan mediform dan terus beritahu bantuan yang diperlukan. Waktu ini saya ditemani pihak kedutaan Malaysia untuk bantuk urusan urusan di airport.
– Adik yang membawa oxygen machine tiba ke bumi Seoul. kami berjumpa di airport. Proses pasing over dilakukan.
– Dengan bantuan pihak airport, kedutaan, dan staf MAS. Kami di bawa masuk ke dalam dengan menggukan fast lane. Semua urusan alhamdulillah lancar. Kami sampi di pintu pesawat betul betul jam 10.20 pagi. Ngam waktu boarding. Kami diiring masuk terlebih dahulu. Pihak cabin crew MAS yang sudah bersedia terus membantu segala proses.
– Pujian patut diberi kan kepada semua cabin Crew MAS. Mereka sangat banyak membantu dan sangat cekap mengurus kes kes seperti ini. You all had my hat off. Superb services.
– Alhamdulillah kelegaan yang amat sangat bila sudah berada dalam pesawat. Passenger lain pun mula masuk selepas kami selesai urusan dan penerangan dari cabin crew. Cabin crew mengosongkan 2 barisan tempat duduk untuk persediaan jika berlaku kecemasan kesihatan abah.
– Cabaran terus menerpa. Battery Oxygen machine yang sepatutnya tahan 8 jam setiap satu. Kami sediakan 3. Malangnya baru terbang 2 jam. kami dah guna battery yang ke 2. Setelah 4 jam lebih perjalanan tinggal battery yang terakhir dengan lifetime kurang separuh (kurang 1 jam mampu bertahan)
– Pergi ke cabin crew untuk bertanya jika boleh guna power supply. Beritahu mereka kami kehabisan battery. Dengan tenang mereka beri tahu yang tiada power supply dapat tampung voltage machine tersebut untuk charge. Tapi mereka beri option untuk guna emergency oxygen tank mereka. Perlu kebenaran ketua mereka.
– Crew datang semula dan beritahu ketua mereka benarkan dan terus pasangkan oxygen support mereka pada abah. fuh lega. satu tank tahan dalam 30 mini -45 minit. 2 tong habis digunakan. Sebelum sambung guna oxygen machine kami sewaktu nak mendarat. Battery nya ngam ngam tinggal sedikit waktu sampai.
– Alhamdulillah. Touch down ke KLIA. Waktu pramugari beritahu ‘We arrived at KLIA, to all malaysian welcome back’ rasa nak menitis air mata. haha.
– Passenger lain dibenarkan keluar dulu. Ramai yang sambil jalan keluar beri kata kata semangat kepada kami. Terahu seketika.
– Kami di uruskan urusan untuk keluar. Ambulan dan lift telah bersedia di pintu kecemasan sebelah kanan.Seorang Doktor dan MA telah bersedia. Pegawai imegresen datang ke dalam kapal untuk cop passport. Selesai itu kami dibawa turun dan naik ambulan untuk dibawa ke hospital.
Selesai cerita ini dengan total perbelanjaan di anggar sekitar RM 120,000.
Alhamdulillah berkat doa dan bantuan semua pihak. Kami selamat tiba di hospital.
Abah telah dapat rawatan di hospital Selayang selama beberapa hari dan kini telah selamat keluar dan pulang ke rumah. Condition makin membaik dari hari ke hari.
Minta doakan kesembuhan sepenuhnya.
SETINGGI TINGGI PENGHARGAAN KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT TERUTAMA KEPADA SEMUA AHLI KELUARGA DAN KAWAN KAWAN YANG MEMBANTU DARI SEGI URUSAN DAN WANG RINGGIT.
special credit to Md Hanafiah Nordin , Hawari Din, Muhammad Riduan Wd, Mohd Imran Yusoff, Farah Sofia Rahim, Mohd Rustam, Mujadeed Azizan, Persatuan kebajikan UTEM dan semua orang yang terlibat. Pihak Hospital Selayang terumata Dr Azman. Tak termampu untuk senarai semua. Terlalu ramai yang membantu. Setinggi tinggi penghargaan kepada anda semua.Hanya Allah swt sahaja mampu membalas semua kebaikan anda.
TERIMA KASIH
sumber : Kamarol Khahar