Keibubapaan

Menyusu Anak Dalam Gelap, Yana Samsudin Panik Tiba-Tiba Bau Hanyir!

Share

Pelakon dan pengacara Yana Samsuddin yang pernah berkongsi leher anaknya berdarah akibat digaru berkongsi keadaan anaknya yang kini semakin pulih.

Kata Yana, luka itu disebabkan kuku jari tangan anak ketiganya yang berusia tujuh bulan itu tumbuh ke atas dan agak keras sehingga menyebabkan pendarahan apabila digaru.

“Sebenarnya kuku anak saya tumbuh ke bahagian atas dan agak keras. Ia mungkin sebab kalsium tinggi.

“Jadi apabila dia panas dan berpeluh pada leher, dia akan menggaru sampai terluka,” katanya berkongsi.

Berkongsi detik itu kata Yana dia pada mulanya tidak perasan leher bayinya berdarah namun tercium bau hanyir ketika menyusukan anaknya dalam gelap.

“Masa kejadian waktu malam, saya dengar dia menangis dan mengangkat dia untuk memberikan susu badan.

“Saya pula tak buka lampu tapi ada tercium bau hanyir macam darah. Bila saya buka lampu, tengok memang anak berlumuran darah. Saya panik sebab ingatkan ada benda lain yang berlaku pada anak.

“Jadi saya ambil video dan hantar pada suami. Tak sangka pula dia kongsi di media social,” katanya berkongsi.

Kata Yana lagi, biarpun sudah sembuh, bahagian leher anaknya masih lagi kemerah-merahan disebabkan bayinya masih menggaru lehernya.

“Walaupun dah jumpa doctor, masih lagi kemerah-merahan disebabkan goresan kuku.

“Saya pula tak pandai potong kuku anak yang masih kecil, jadi keadaan itu berulang,” katanya lagi.

Terdahulu, Yana dan suaminya, Fadzil Zahari mendirikan rumahtangga pada 13 Februari 2015. Pasangan ini dikurniakan dengan tiga orang cahaya mata.

Menarik: Catriona Ross Luah Rasa Rindu Pada Arwah Ibu Bapanya, “The Most Romantic Couple I Know!

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my