Manusia memang tidak lepas daripada dosa. Sehubugan itu, digalakkan melakukan sunat taubat dalam kehidupan kita.
Taubat ertinya menyesal seperti menyakiti teman kita, lalu kita menyesal atas perbuatan itu. Itu termasuk taubat.
Kerana itu orang yang dianggap bertaubat adalah bila mana dia menyesal dan tidak mengulangi perbuatannya.
Hadis Nabi SAW menyatakan: “Penyesalan itu adalah taubat.” Hadis Riwayat Ibnu Majah dan Ibnu Hiban. Namun tentu saja tidak cukup dengan menyesal, kita juga mesti berazam tidak mengulangi kesalahan itu.
Solat Sunat Taubat adalah solat yang disunatkan dilakukan apabila seseorang melakukan dosa atau merasakan diri telah berbuat dosa dan ingin bertaubat kepada Allah.
Waktu Sesuai Solat Taubat
Waktu melakukan solat sunat taubat ialah bila-bila masa. Walaupunbagaimana pun, solat ini lebih afdhal dilakukan selepas tengah malam sewaktu qiamulillai.
Cara Taubat
1. Gembiranya Allah menerima TAUBAT hambaNya melebihi kegembiraan seorang yang kehilangan unta dan bekalan makanan ketika berada padang pasir, hanya menunggu mati. Tiba-tiba unta dan bekalan makanan itu muncul semula setelah terjaga dari tidur. Kegembiraan dan harapan untuk hidup bersinar.
Sabda Nabi saw ” Orang yang bertaubat adalah kekasih Allah dan orang – orang yang bertaubat dari dosa adalah seperti orang yang tidak berdosa”
2. Berusaha melepaskan dari daripada berterusan melakukan perbuatan yang mendatang dosa. Jangan cepat terasa jika orang menegur sikap kita, kuatkan hati untuk ucapkan terima kasih kerana menurut Imam Al-Ghazali, dosa tu seperti penyakit kusta di wajah, hanya nampak bila lihat cermin atau orang lain yang menyampaikan.
3. Cari ubat untuk sembuhkan. Menurut imam Al-Ghazali lagi ubat terbaik ialah selalu ingatkan diri kita, setiap yang akan datang itu dekat. Mati itu dekat, sakit itu dekat, kesusahan itu dekat. Sebelum kita tidak mampu, tidak berdaya maka berusahalah.
4. Berusaha meninggalkan kenikmatan dunia kerana mencari kebahagiaan akhirat. Syaitan yang bisikan rasa nikmat bila kita dapat mengata orang, fitnah orang dan dapat menyusahkan hidup orang. Ingatlah sahabat.. Nikmat ini yang menarik kita ke neraka.
5. Jangan bertangguh, takut hilang kesempatan yang ada. Allah tidak bangkitkan kita hari ini untuk sambung dosa semalam.
Sumber: Aminah Mat Yusoff