
Sejak ramai yang suka dengan pokok snake plant, pokok lidah mertua atau juga dikenali dengan nama saintifiknya Sansevieria, harga dijual boleh tahan juga mahalnya. Maklumlah semua orang tercari-cari, virallah katakan.
Pun begitu, tahukah anda pokok jenis ini sangat mudah hidup dan cara untuk menyemainya juga sangat ringkas.
Sekiranya anda ingin miliki sepokok dua pokok-pokok ini tampa modal, apa kata anda ikut cara yang dikongsikan oleh wanita ini.
Menurutnya, jika terjumpa pokok Sanseviera yang berkenan kat rumah Jiran atau kawan dan teringin nak minta, minta daun dia je pun jadilah..Balik semai. Insyaallah hidup.
Pokok saya ni dari sehelai daun.. Keluar 2 anak.Saya semai sekitar awal bulan 6 lepas.
Saya try semai menumpang pasu aloevera.. Dah nampak keluar anak, korek dan pindahkan..
Sumber : Yuziyana Yusop
“Tuhan Tolong Tutup Auratku.” Sedih Aurat Terdedah Akibat Kemalangan, Kisah Ustazah Ini Cukup Menginsafkan.

Isu mengenai tudung hangat diperkatakan sekarang apabila seorang selebriti mengambil keputusan untuk membuka tudungnya selepas 5 tahun memakainya.
Berbeza situasi dengan seorang ustazah ini yang bergelut untuk memastikan kepalanya ditutup biarpun ketika itu dirinya sedang sakit akibat terbabit dalam satu kemalangan.
Kisah ustazah ini dikongsikan oleh Shadiya Abbas menerusi laman facebooknya.
Semasa kemalangan itu berlaku, aku mendengar seorang jururawat berkata kepada temannya yang aku mesti ditukarkan baju. Jubah dan tudung penuh darah.
Jururawat tu berkata kepadaku;
“Dik, kita gunting baju awak ni ye.” Saya akur. Kini badan saya ditutup dengan sehelai kain.
Kemudian seorang jururawat menarik stokin saya. Saya kata;
“Nurse, jangan. Kaki saya sejuk.” Sebenarnya, itu sahaja aurat yg mampu saya jaga.
Dalam ICU tu saya tidak tahu keadaan wajah saya. Tapi saya tahu cedera sahaja. Saya boleh bercakap, walaupun saya tak tahu bibir kanan saya dah koyak.
Sedih bila aurat terdedah…
Saya tahu rambut saya terdedah. Doktor lelaki dan perempuan bergilir-gilir meninjau keadaan saya. Sehingga seorang doktor lelaki mengambil gambar saya dan menunjukkannya kepada saya.
“Maaf ye. I terpaksa tunjuk muka U. Cedera teruk. Kita kena buat plastic surgery hari ni juga.” Saya merenung skrin telefonnya.
“Doktor, nanti kasi hidung saya macam U.” Saya katakan kepada seorang Dr perempuan India yang memberi kata-kata kekuatan kepada saya. Ketawa Dr India tu. Manis.
“You kan sakit, boleh buat joke.”
Dalam keadaan mata saya berbalam melihat cahaya lampu, saya disorong keluar. Saya dengar suara-suara manusia yg kebanyakannya lelaki. Hati saya galau.
Kemudian saya disorong masuk ke dalam sebuah bilik. Saya seorang diri. Sunyi dan sejuk di dalam bilik.
Saya merintih. Bukan kerana sakit, tetapi kerana saya TIDAK BERDAYA.
Berdoa kepada Tuhan supaya lindungi aurat…
“Tuhan, aku tidak berdaya. Aku redha tapi aku malu kerana auratku terdedah. Tutuplah kepalaku Ya Allah.”
Sedang saya berbisik-bisik tanpa suara, datang seorang jururawat.
“Ustazah, saya tutup kepala ustazah dengan tuala ye. “ jururawat yg saya tak nampak wajahnya, meletakkan kain atas kepala saya. Dia mengemaskannya sehingga menutup leher saya.
Saya sebak.
Tuhan…
Engkau Maha Memelihara, Engkau Maha Penjaga
Dalam keadaan aku berkuasa aku berusaha taat kepadaMu
Dalam keadaan aku tiada daya ampunilah aku
Engkau Tidak Akan Menghampakan HambaMu
Walau beribu derhaka
Berjuta peluang engkau buka agar kembali kepadaMu.
Aku tak boleh hidup tanpaMu.
Imbasan Peristiwa;
Shadiya, Hospital Besar Ipoh, April 2018
‘Perkenalkan Putera Kelima Kami, Tapi Yang Pertama Di Dunia.” 6 tahun Berjuang Miliki Cahaya Mata, Kisah Ibu Ini Cukup Berinspirasi!

Perjalanan pasangan ini dalam mendapatkan zuriat cukup berliku. Lima kali dikurniakan cahaya mata namun takdir Allah semuanya dijemput Ilahi sebelum sempat menjengah dunia.
Namun, tidak sedikit pun timbul keluhan jauh sekali meratapi akan nasib diri. Sebaliknya, pasangan ini terus berusaha dan tidak putus asa memohon pada Yang Esa.
Nyata doa mereka dimakbulkan bila mana lahirnya seorang putera melengkapi hidup pasangan ini. Ikuti kisah yang dimuat naik puan As-syahidah Dukturah Inirah dalam facebooknya. Cukup berinspirasi buat pasangan lain yang masih berusaha untuk memiliki cahaya mata.
KERANA TAKDIR ALLAH SELALU INDAH.
Alhamdulillah segala kesusahan dan kesulitan terasa ringan setelah melihat wajah yang tidak berdosa.
1. Wan muhammad asdaq, 17w, 240g
2. Wan muhammad ahmas, 19w, 270g
3. Thuwaibatul aslamiah, 20w, 290g
4. Wan muhammad aman, 23w, 400g
#5. WAN AHMAD DIHYAH KHALIFAH BIN WAN MUHAMMAD SILMI,
12/10/20, 37w1d, 2.78kg, baby boy
We did it!!
Perkenalkan putera ke lima kami, tapi yang pertama di dunia. 😊😊😊😊
PERMULAAN pada perjuangan kami untuk anak sulung di dunia ini telah selesai.
Setelah hampir 6tahun perjuangan 😭😭
Namun masih jauh perjalanan di hadapan sana.🤧🤧
Merancang untuk hamil pada bulan 3 setelah perbincangan dgn pakar. Alhamdulillah awal bln 3 disahkan mengandung. Indahnya takdir 😊
Pada awal kandungan, sy bermimpi melihat bulan mengambang, besar dan cerah, saiz nya besar daripada bulan yang kelihatan di dunia ini. Pada saat tu, sy yakin Allah akan beri peluang bagi kami kali ini.
Warded di HUSM selama 16minggu, dari umur kandungan 20minggu sehingga 36minggu. Sempat discaj seminggu, dan selamat melahirkannya pada 37minggu.
Sempat menyambut besday suami d wad korporat (20w-29w stay d wad korporat).
29w ke atas stay dalam wad biasa. Tanpa suami menemani di wad dan waktu bersalin kerana musim covid. Seminggu sekali saja dapat jumpa suami dan mak.
Kisah Saidatina Maryam menjadi penyuluh dan penguat semangat. Beliau menghadapi saat mengandung dan kelahiran seorang diri. Hanya kepada Allah tempat bergantung dan berserah diri.
Kuasa Allah! Doa termakbul bila kandungan dapat bertahan sehingga 37minggu. Walaupun pada usia 33w terpaksa buka ikatan cerclage kerana ada kontraksi pramatang. Alhamdulillah, baby bertahan cukup bulan!
Ok, Covid Gelombang ketiga awak keluar Dihyah 😅
Saat lahirnya Dihyah ke dunia, Allah sahaja yang tahu perasaan ketika itu. Syukurnya, tanpa ucapan yang mampu diungkapkan. Dan perkara pertama yang ku ingat, adalah wajah abang-abang dan kakak nya. Mirip sekali semuanya.
“Dihyah, awak ada kakak dan abang-abang, mereka tunggu kita di sana 😊😊”
Mama takkan lupakan anak2 mama yang sentiasa menunggu kami di sana.
Sekali lagi diuji, belum sempat balik ke rumah, Dihyah ditahan di wad kerana jaundice. Dan sekali lagi, mama seorang diri bersama Dihyah.
Belum sempat rehat mental fizikal, kena kuatkan jiwa sendiri. Air mata tumpah memberi kekuatan untuk bertahan. Sehari bagaikan seminggu. Dan memang seminggu dalam wad 😅😅
Alhamdulillah hari ketujuh Dihyah boleh balik rumahhh!! Terus tahnik.
Dihyah Khalifah merupakan seorang sahabat Nabi, antara yang terawal memeluk agama Islam, merupakan sahabat yang paling tampan (paling mirip wajahnya dengan baginda nabi), malaikat Jibril menyerupai beliau ketika menyampaikan wahyu kepada Nabi.
Semoga Dihyah juga menjadi seorang yg soleh. Aminnn..
*ingin sy kongsikan antara amalan harian kami lakukan sepanjang mengandung. Ikhtiar kami supaya dikurniakan rezeki anak di dunia. Namun, segalanya adalah kehendak Allah jua.
1. Selawat 500x setiap hari
2. Qiamullail, tahajjud, taubat, hajat, witir
3. Baca quran sebelum subuh
4. Sedekah setiap hari, dan jika jumpa dengan org susah, minta mereka doakan kandungan kita selamat
5. Alfatihah 41x selepas solat maghrib beserta doanya
6. Solat hajat 100x qulhuallah
7. Istighfar sebanyak mungkin
8. Membaca alquran sebanyak mungkin, dan dengar Qurantime sebagai pengisian jiwa
9. Solat dhuha 12 rakaat (4/6/8/10 rakaat ikut kemampuan)
9. Doa lah banyak2, karang ayat yang baik untuk dibaca di hadapan Allah, minta kepadanya dengan bersungguh2.
Amalan2 ini semua daripada nasihat2 orang dan ilmuwan sekeliling. Mungkin amalan2 ini blh membantu kalian juga dalam mencapai hajat kalian (jodoh, anak, harta). Semoga ia juga menjadi saham pd kami. 😊
Selamat datang ke dunia yang penuh pancaroba ini, malaikat kecil, Dihyah.
Doakan anak kami jadi anak yang soleh, dipilih Allah menjadi penolong agamaNya. Amin….
اللهم فقهه في الدين وعلمه التأويل امين
Catatan ini sebagai nukilan mama untuk mama sendiri sebagai memori terindah perjalanan melahirkan Dihyah ke dunia.
Terima kasih ya Allah atas takdirMu yang terindah ini. 🥰🥰🥰
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club https://t.me/keluargagaderclub
Disatukan Semula! Ni Wajah Terkini Kanak-kanak Dalam Iklan Merdeka Arwah Yasmin Ahmad!

Tentunya dikalangan kita masih ada mengingati iklan merdeka yang yang bertajuk Tan Hong Ming Dilamun Cinta sekitar tahun 2007 yang dibintangi kanak-kanak kecil, seorang anak lelaki berbangsa Cina dan seorang anak perempuan berbangsa Melayu. Ianya bukan sekadar iklan malah terkandung makna yang tersirat hasil karya Allahyarhamah Yasmin Ahmad.
Meskipun video berdurasi 33 saat, namun iklan ini nyata meninggalkan impak dan terkesan di dalam hati yang menonton. Apatah bila melihat senyuman dan kecomelan dua teraju utamanya, Tan Hong Ming dan juga Ummi Khazriena.
Apa yang jelas melalui iklan tersebut kita dapat lihat betapa Tan Hong Ming begitu ikhlas dan selamba menceritakan kisah cinta pertamanya dengan rakan sekelas Ummi Khazriena. Iklan ini dilihat berjaya menyampaikan mesej keharmonian rakyat Malaysia.
Ketika penggambaran, Hong Ming dan Ummi Khazriena ialah murid tahun satu di sebuah sekolah di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur dan kini selepas 15 tahun siapa sangka mereka disatukan semula menerusi iklan Merdeka yang diterbitkan oleh pengeluar jersi sukan dan gaya hidup terkemuka yang berpengkalan di Pulau Pinang, Lokalteez dan Teamwear.
Menerusi satu video berdurasi lapan minit yang tular baru-baru ini memperlihatkan mereka terasa kekok tatkala bersua kembali memandangkan sudah lama tidak bertemu.
Rakaman itu sebenarnya adalah teaser di sebalik tabir iklan terbaru yang dibintangi Hong Ming dan Ummi Khazriena sebagai teraju utama yang diterbitkan Lokalteez (jenama jersi lifestyle berkualiti). Karya itu diarahkan penulis hiburan dan skrip berpengalaman, SlenFadzil.
Antara inti pati lain yang dipaparkan adalah bercerita tentang perkembangan terbaharu mereka, di samping meluahkan aspirasi masing-masing terhadap maksud kemerdekaan bagi rakyat Malaysia.
Hong Ming dan Ummi Khazriena juga sempat mengimbau kenangan ketika bekerja di bawah arahan pengarah tersohor, arwah Yasmin Ahmad.
Kata Ummi, arwah Yasmin berjaya menyerlahkan rasa muhibah dalam iklan yang dilakonnya dulu.
“Pada pandangan saya, itulah kualiti terbaik yang ada pada Yasmin Ahmad. Beliau seorang yang berbakat besar, malah Yasmin mampu keluarkan rasa dan jiwa dalam karyanya. Bagi Ummi, beliau adalah seorang dalam sejuta,” ungkapnya.
Untuk pengetahuan semua, Ummi Khazrien kini bertugas sebagai seorang eksekutif, sementara Hong Ming pula baru saja menamatkan pengajian dalam bidang psikologi di Sunway University, Kuala Lumpur.
ARTIKEL MENARIK : Adunan Tak Naik? Wanita Ni Kongsikan Sebabnya Pada Yis!
Baca Ini Juga :Hidup Mewah, Rupanya Datuk Lee Chong Wei Buat Macam-macam. Bukan Main Badminton Je Dulu!
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club