Daun limau purut memang sering kali kita gunakan dalam masakan harian, jika tidak dibuat penyedap rasa masakan paprik, tidak sempurna pula jika tidak dimasukkan daun limau purut ini di dalam masakan tomyam.

Begitu juga dengan penggunaan limau kasturi, alangkah sedap rasa sambal belacan andai diperahkan bersama limau kasturi. Cukup sempurna rasanya. Atau paling tidak pun, sering kita gunakan buah limau kasturi tersebut untuk dijadikan minuman yang menyegarkan untuk seisi keluarga.

Menyedari betapa kerapnya kita seisi keluarga menggunakan beberapa jenis limau ini, alangkah baiknya andai ada sepokok dua ditanam di laman rumah. Jika terasa ingin menggunakan, terus boleh dipetik.

Pun begitu sebelum ada yang berangan lebih jauh tentang hal tersebut, jom kita pelajari cara menanam pokok limau kasturi yang dikongsikan oleh Pyan Sempoy dan semoga ianya bermanfaat.

POKOK LIMAU KASTURI – Teknik semai keratan batang

IKLAN

Hangpa tau dak selain guna biji benih & tut, kita boleh juga semai pokok limau kasturi guna keratan batang ?? Mesti ramai yang tak tau kan?
Daripada buang macam tu ja dahan-dahan pokok yang dipangkas, baik hangpa ‘cucuk’ kat tanah..nanti boleh dapat anak pokok limau yg baru..

Cara saya semai keratan limau kasturi :

1. Pilih ranting yang sihat, berdaun cantik, dah pernah atau sedang berbuah, tidak terlalu lembut/muda & tidak terlalu tua

2. Potong & buang pucuk/daun/duri & sisakan 2-3 daun sahaja..

3. Potong separuh daun2 tu cucuk ke media yang lembap..saya guna campuran cocoapeat + sekam bakar + tanah hitam sawit..padatkan media di sekeliling keratan jangan bagi dia bergoyang..boleh guna penggalak akar jika ada..lagi cepat dia berakar nanti

4. Sungkup menggunakan plastik atau apa-apa..saya guna cup atas bawah
letak kat tempat teduh sampai keluar tunas baru dan akar..siram sikit-sikit jika media nampak dah kering..kena buka sungkup pastu tutup balik

5. Boleh pindah ke bekas lebih besar jika anak pokok dah stabil

Boleh guna teknik ni untuk jenis2 limau yang lain seperti limau nipis, purut (susah sikit), lemon dll..selain tu semua jenis pokok jambu air pon boleh guna teknik ni juga..